
Dah nak dekat Tahun Baru Cina. Semua shopping mall di hiasi tanglong dan warna merah. Perkara yang sama berlaku di Sunway Putra Mall yang bertemakan Red Cherry Blossom.
Pada 14 January 2016 dengan semangat perayaan satu Malaysia, 30 kanak-kanak dari Yayasan Chow Kit dan 22 Warga Emas dari Sri Jayanti Metta Care Centre dan Persatuan Kebajikkan dan Sosial Kim Loo Ting telah di jemput sempena pelancaran Tahun Baru Cina di Sunway Putra Mall. Setiap seorang menerima bag cenderahati. Ini merupakan sambutan Tahun Baru Cina yang pertama kalinya semenjak pembukaan Mall tersebut pada Mei 2015.
Untuk menandakan perayaan tersebut, Mr Chan, Mr Tan dan Ms Phang telah membuat acara khas iaitu ‘eye-dotting ceremony’. Pada masa yang sama Monkey King dan God of Fortune turut memeriahkan acara tersebut.
Pada acara kemuncak tarian singa, Skrol merah telah di berikan kepada Mr Tan dengan mesej yang tertera “May Sunway Putra Mall shine and have success all year long“. Ia di ikuti dengan letusan confetti.
Seterusnya Mr Chan dan Ms Phang meneruskan dengan memberi ang pao dan bag cenderahati yang di taja oleh Cold Storage dan Bread Story kepada kanak-kanak Yayasan Chow Kit dan warga emas menandakan Sunway sentiasa menyokong dan menceriakan hari mereka.
Bermula dari 21 Febuari 2016, Sunway Putra Mall akan mengadakan penebusan menarik bagi tiga peringkat pembeli. Pembeli yang berbelanja sebanyak RM200 dalam 3 resit, mereka boleh menebus 2 set paket sampul ang pau. Sempena tahun monyet, pembeli yang berbelanja sebanyak RM600 ke atas akan menerima anak patung monyet yang comel. Manakala pembeli yang berbelanja sebanyak RM1500 boleh membawa pulang Wah Chan Golden Monkey Pendant atau Poh Kong Gold Trinket.
Selain itu, Sunway Putra Mall juga telah menyusun pelbagai persembahan dan aktiviti menarik sepanjang musim perayaan tahun baru cina seperti persembahan tarian singa dan tarian tradisi cina, malah anda juga dapat bertemu dengan God Of Fortune berjalan-jalan di sekitar Mall dan menerima angpao dan oren mandarin dari beliau.
Untuk maklumat lanjut layari www.sunwayputramall.com
Jom singgah pengalaman bersama onexox