Serikan Diri Di Aidilfitri dengan Garnier

Hari Isnin minggu lepas aku berkesempatan singgah ke Mydin Usj sempena kempen Serikan Diri Di Aidilfitri. Garnier pada kali ini bekerjasama dengan Mydin untuk menyumbang kepada masyarakat menerusi usaha memperkasakan wanita.

Kempen TechForGood ialah sebuah program di bawah Global Entrepreneurship Movement Association (GEMA) yang merupakan inisiatif untuk meningkatkan dan memperkasakan komuniti mikro di Malaysia.

Garnier dan Mydin memberi manfaat kepada TechForGood dalam dua cara:

i. Bagi setiap pembelian produk Garnier di Mydin sepanjang bulan Ramadhan, RM0.20 akan di sumbangkan kepada program

ii. Bagi setiap pembelian RM30 ke atas untuk produk Garnier yang di beli di Mydin antara 24-30 Jun 2019, pembeli akan terima beg tote buatan tangan atau beg pouch yang boleh di guna semula yang di jahit oleh para wanita di bawah program ini.

Sepanjang kempen berlangsung sebanyak 48,000 barangan hadiah yang di buat oleh para wanita di bawah program ini. Sejumlah RM15,000 telah berjaya di kumpulkan dan akan di sumbangkan kepada kemajuan progam ini di mana dapat memberi manfaat kepada lebih ramai ahlinya


Masa acara penutupan kempen, barisan pelakon Serikan Hatimu seperti Amyra Rosli, Shafiq Kyle dan Azira Shafinaz turut datang memberikan sokongan. Dia orang pun berkongsi produk kegemaran mereka

Apa yang penting aku sempat berkenalan dengan beberapa orang gadis yang merupakan antara 50 ahli TechForGood. Mereka ni memang sempoi, Dia orang ajar cara deco beg yang dia orang jahit. Terima kasih Nabila dan Raihana sebab sudi ajar akak yang tak berapa reti jahit ni. Ni lah bag yang telah siap dengan aksesori manik-manik. Kreatif dia orang ni.

(Visited 26 times, 1 visits today)
%d bloggers like this: