Resipi Puding Coklat Sempoi

Selamat berpuasa semua. Hari aku nak share resipi penyejuk tekak untuk berbuka. Resipi Puding Coklat Sempoi! Aku dapat resipi ni dari FB. Terima kasih kepada yang empunya resipi. Dapat gak merasa puding coklat buatan sendiri.

Bahan-bahannya

20g agar-agar tali (kalau tak tali tak tau jadi ke tak)

1/2 cawan gula

1/2 cawan koko

1 tin susu pekat manis (boleh kurangkan kalau takut manis)

5 cawan air

Sebelum nak masak agar-agar ni lebih elok rendam dulu jap bagi kembang sikit. Okay kita mulakan dengan masukkan agar2 tali bersama-sama 5 cawan air. Bila agar2 dah larut, Kemudian masukkan gula.

Kacau pelan-pelan pastu masukkan susu pekat manis. Macam dalam resipi tadi aku ada bagi tau kalau takut manis boleh la kurangkan. Kalau macam aku dalam setengah tin jer lebih kurang satu cawan.

Kemudian yang terakhir masukkan koko. Kacau sampai sebati. Pastu dah boleh tuang dalam acuan atau loyang. Simpan dalam peti sejuk.

Resipi Puding Coklat

Resipi Puding Coklat

Inilah rupa puding coklat lepas dah beku. Oleh kerana buat masa tengah puasa tak boleh nak budget rasa. Masa time berbuka tu cuba makan, rasanya okaylah manis-manis buah jer sebab aku tak letak 1 tin ikut macam resipi. Cuma coklat dia tak berapa rasa sangat. Mungkin next aku bubuh 1 cawan. heheheh 😛 biar piau pahit coklat tu. Patutlah tengok gambar orang lain nya coklat hitam jer rupa, yang aku nyer coklat tak berapa hitam. Mungkin depa tambah koko lagi. Next boleh adjust lagi koko tu. Sebab aku ni memang hantu dark chocolate. So selamat mencuba. 🙂

(Visited 1,209 times, 1 visits today)


%d bloggers like this: