Novexpert The Repulp Mask Review – Hishop

Salam semua. Ini blog post pertama dalam march. Apa cerita kali ni? Hari aku akan wat review mengenai satu mask yang di beri nama The Repulp Mask dari NOVEXPERT.

Novexpert The Repulp Mask

Bila cakap pasal mask aku memang suka sangat. Yerla dah bermacam jenis mask aku pakai tapi yang ini kira lain sikit dari yang lain. Apa yang lain  nyer? Selalu aku akan pakai clay mask atau sheet mask tapi pada kali ini mask ini untuk penjagaan anti aging.  Novexpert The Repulp Mask ini di buat di France oleh Dr. Colletta. Ia di katakan boleh membuatkan kulit korang selembut bayi dalam masa 10  minit pemakaian.

Novexpert The Repulp Mask

Jom kita tengok betul ke idak. Hehehe… Mula-mula cuci muka dulu sebelum pakai Novexpert The Repulp Mask. Kemudian sapukan mask di muka. Bagi yang berkulit normal ke combination biarkan selama 10 minit. Manakala bagi kulit yang kering biarkan selama 15 minit.  dan kemudian bilas dengan air suam. Lebih elok di pakai 2 kali seminggu.

Novexpert The Repulp Mask

Masa pakai mask ni aku rasa macam bubuh soufflé cream. Lepas beberapa minit cream tu macam hilang meresap kat muka. Teksturnya lembut berkrim dan bewarna putih.. Bau nyer pulak lebih kepada daun-daunan yang semulajadi.Lepas dah bilas aku tengok kulit aku jadi lembut dan anjal. Aku sarankan bagi yang berkulit kering memang sesuai pakai Novexpert The Repulp Mask ni sebab melegakan kulit,memperbaiki dan menjanakan kulit dari dalam dan hasilnya kulit selembut bayi. Mask ini juga boleh digunakan selepas terdedah kepada matahari, cuaca sejuk, angin dan selepas bersenam, seberapa kerap yang diperlukan.


1

Sebelum

 2

 Selepas

Kesimpulannya kulit jadi lebih lembut dan segebu bayi. Buat perbandingan dari segi tekstur kulit ya. (Maaf lighthing untuk gambar)

Novexpert memberi jaminan bahan dalam repulp mask ni :

100% semulajadi

0% bahan pengawet

0% bahan kimia

Sesuai di gunakan oleh :

Pengguna yang berumur 20 ke atas

Kulit berjenis kering ke normal

Kulit sensitiff

Lelaki dan perempuan

Ia bersaiz  50ml dan berharga RM133. Korang dapatkan Novexpert The Repulp Mask di Hishop.

9

8

(Visited 288 times, 1 visits today)

Readers Comments (2)

  1. Fatimah Khaidir March 26, 2014 @ 3:59 am

    Best… Creamy sangat… rasa cam buh whipped cream kat muka. kak lily kan suka pakai mask. moh cuba… hehehe…

  2. cam best je produk ni, nampak cma selesa je lepas guna

Comments are closed.

%d bloggers like this: