DVB T2 decoder review menukarkan siaran analog kepada siaran digital

DVB-T2 Decoder Review

Salam semua. Dah lama aku tak update post. kali ni aku nak review pasal DVB-T2 Decoder yang aku beli tahun lepas. Cerita dia, aku beli menda ni lepas aku potong @str0. Asyik cerita yang sama jer ulang. Jadi ambil inisiatif tengok channel biase jer la.

Masa aku beli ni belum lagi berkuat-kuasa tengok siaran digital masih boleh guna lagi siaran analog. aku beli ni sebab kekonon boleh rekod pvr ala2 @str0.

Kotak decoder kecil la juga. ada option la nak guna hdmi ke kabel 3 sekawan merah,kuning, putih ni pun boleh (aku tak tau apa nama dia). Okay lepas google nama dia kabel AV. Jangan lupa la beli antena. Kalau dak mimpi nak dapat siaran. Ada usb slot untuk korang masuk pendrive nak jadikan kawan ni pvr atau korang boleh play video kat DVB-T2 Decoder ni.

Cara pasang DVB-T2 ni kalau nak cari siaran tu make sure pasang antena siap-siap baru search. Nak pakai antena luar boleh, kalau nak pakai indoor antena pun boleh. Aku pakai yang indoor antena jer. Beli kat Aeonbig. sebab antena yang kat bumbung tu dah reput. Siap jatuh lagi. Huhuhuh! Okey sambung balik cerita, DVB-T2 Decoder ni akan cari apa siaran yang dia dapat sambar. Kemudian save. Selain pada tu korang boleh sorting channel ni ikut suka korang la. Jadi mudah la nanti tekan 1 kuar la tv1, tekan 8 kuar tv8. Cara setting DVB-T2 ni memudahkan orang tua kita kalau nak tukar-tukar channel. Takder la nak tunggu tekan 3 nombor baru boleh nak tukar channel lain. Kita pun terkial-kial apa tah lagi orang tua kita.

Setakat hari ni dapat 16 Channel Tv dan 14 Channel Radio.

Untuk guna sebagai pvr kat DVB-T2 Decoder. Korang sumbat dulu pendrive tu. Pergi ke —– Andai korang tau cerita tu mula pukul berapa habis pukul berapa. Pepandai la ko estimate. Senang cerita korang tambah la 10 minit sebelum dan 10 minit selepas. Sebabnya kita pun tak tau cerita tu kekadang mula awal habis lambat. Misal kata dah record korang boleh gi ke —- untuk tengok cerita yang kita set untuk record tadi. Apa yang best kalau rekod kat usb ni korang boleh play kat desktop atau laptop korang. Kalau beli pendrive bergig-gig banyak lah cerita korang boleh rekod. Cuma aku belum pernah cuba external hard disk untuk rekod.

Lepas tu kalau masa cerita tengah live korang tak rekod tapi nak wat something. Boleh jer korang pause dulu. Pastu kalau nak play dia akan terus sambung pada takat korang pause tadi.

Bagi aku memang puas hati la beli DVB-T2 Decoder ni.

Aku share sikit info serba serbi tentang DVB-T2 ni untuk korang lebih faham.

Siaran TV Digital Terestrial adalah siaran yang menggunakan frekuensi VHF / UHF seperti penyiaran analog, tetapi dengan kandungan digital.
Sistem ini menyediakan transmisi digital sehala melalui rangkaian penghantaran darat yang dapat diterima oleh antena TV UHF konvensional.

Kualiti Imej Warna tajam dan resolusi tinggi HD
Terdapat pelbagai jenis saluran baru
Sokongan Media Player untuk keperluan multimedia, dengan memasukkan flash / cakera keras ke port USB untuk memainkan filem, muzik dll.
Sesuai dengan semua jenis LCD TV, LED, Plasma ETC

CIRI CIRI DVB T2
. DVB-T / T2 sepenuhnya
. 265 sokongan HEVC (Pengekodan Video Berkecekapan Tinggi)
. Sokong antara muka 3D AC-3 (Dolby Digital)
. Menyokong Coaxial, output RF, port USB dan Output HDMI (1080P)
. Sokongan Panduan Program Elektronik (EPG) 7 hari
. Saluran serasi sokongan (HDTV)
. Menyokong fail MPEG (avi) (mkv) (JPEG) dan fail MP3
. Menyokong port USB 2.0 dengan fungsi PVR dan HDD luaran
. Menyokong resolusi output Video: 480i / 576i / 480P / 576P / 720P / 1080i / 1080P
. Sokongan Media Player untuk keperluan multimedia, dengan memasukkan flash / cakera keras ke port USB untuk memainkan filem, muzik, gambar di layar TV

KELENGKAPAN
1 x DVB-T2 decoder box
1 x Kabel RCA
1 x Penyesuai AV
1 x Alat Kawalan Jauh
1 x Buku Manual

Malaysia Free Sample