5 Sebab Kenapa ‘Body Lotion’ Lebih Cute Daripada Kucing Korang

latest

Setuju tak sekiranya korang mengenakan ‘body lotion’ setiap hari ialah salah satu daripada beberapa cara untuk memanjakan diri sendiri.

‘Bath body lotion’ mampu perangkap kelembapan dalam kulit dan semestinya dapat elakkan kulit menjadi kering. ‘Body care lotion’ pula melembutkan dan melicinkan permukaan kasar kulit seperti di siku, lutut dan tumit, kemudian tukarkan kulit korang jadi lebih menarik dan ‘shining-shining’ gitew.

Losyen badan yang berkualiti dapat remajakan kulit korang. Saya yakin mewakili berjuta-juta peminat losyen badan, bersetuju, ianya memberikan terlalu banyak kebaikan sekiranya korang amalkan secara kerap.

1. Menyegarkan kulit kering.
Sekiranya korang sering kali bekerja luar pejabat dan kulit kerap terdedah kepada sinaran matahari yang lama, mampu menyebabkan sel kulit cepat tua dan mati.

Korang perlukan tip anti penuaan ?
Saya cadangkan korang gunakan losyen badan sekerap mungkin, terutamanya dikawasan kulit yang terdedah. Sentiasa bawa losyen badan dalam beg korang.

Bukan sahaja sinaran matahari perlu korang elakkan , korang juga perlu berhati-hati apabila
cuca terlalu sejuk semasa korang pergi melancong atau ‘out station’ kerana cuca sejuk juga penyebab
kulit senang berkedut dan kering.

Kenakan losyen badan hanya selepas mandi kerana ia mampu perangkapkan air dan kelembapan
pada kulit.

5 Sebab Kenapa ‘Body Lotion’ Lebih Cute Daripada Kucing Anda

2. Bau harum dan rasa keyakinan diri meningkat.
Korang tentu suka bagaimana rasanya krim losyen apabila disapukan pada kaki yang lenguh dan letih.

Hayati sensasi yang menenangkan apabila losyen disapukan pada kaki dan tangan. Di kedai-kedai seperti Guardian , Watson juga menawarkan pelbagai jenis ‘body lotion’ dengan pelbagai jenis haruman.

Pilih haruman yang serasi dan kenakan losyen haruman yang dipilih mengikut ‘mood’ korang pada hari tersebut.

5 Sebab Kenapa ‘Body Lotion’ Lebih Cute Daripada Kucing Anda


3. Bantu korang relax dan hilangkan “stress”.
Walaupun keadaan kulit korang ok malah tidak perlu dikenakan losyen, sebaliknya cuba sapukan losyen di tapak dan pergelangan tangan.

Tip: Kenakan losyen yang dipanaskan terlebih dahulu untuk bangkitkan dan hidupkan kembali deria kulit korang.

Urutan lembut dan manja secara putaran berterusan mampu untuk hilangkan stress, lenguh-lenguh badan serta seimbangkan hormon untuk buatkan korang rasa segar.

Urutan losyen bagaikan satu hadiah yang mencerminkan kasih sayang kepada seseorang yang rasa amat letih dan terlalu sibuk bekerja.

5 Sebab Kenapa ‘Body Lotion’ Lebih Cute Daripada Kucing Anda

4. Lembutkan bahagian kulit korang yang paling kasar.
Adakah kaki korang kering setelah dicukur ? Bagaimana pula dengan telapak tangan yang kasar ataupun tumit kaki yang keras ?

Tidak kiralah apakah jenis gaya hidup korang sama ada bekerja di pejabat, sering ‘out station’ atau terlibat dengan aktiviti lasak, losyen badan mampu manjakan diri serta menjadi teman rapat sepanjang perjalanan hidup.

Tip: Letakkan losyen di beberapa kawasan dalam rumah korang seperti
A. Sebelah sofa di ruang tamu. Sambil relak menonton TV, losyen amatlah sesuai disapu.
B. Dapur sebelah sinki. Amat sesuai digunakan setelah selesai mencuci pinggan.
C. Bilik tidur sebelah katil. Sebelum tidur losyen disapu pada kaki dan tangan.

Gunakan imaginasi dan pastikan setip losyen yang diletakkan di kawasan berbeza mempunyai haruman berbeza.

5. Jadikan kulit korang ‘Glow’.
Terdapat pelbagai jenis pilihan yang dapat ‘glow ’ dan kilatkan tona kulit korang. Agen Mencerahkan kulit selalunya di letakkan dalam losyen untuk menghasilkan permukaaan berkilau sekiranya dikenakan pada kulit.

5 Sebab Kenapa ‘Body Lotion’ Lebih Cute Daripada Kucing Anda

Ada beberapa jenis losyen mampu untuk mencerahkan kulit dan membuang sisa kulit mati dan hidupkan kembali tisu kulit yang lemah.

Ramai antara korang memilih kucing yang comel berbanding losyen badan. Pada pandangan saya kucing mampu hilangkan stress korang dengan gelagat-gelagat mereka yang comel, manakala losyen pula mampu manjakan kulit korang dengan urutan serta haruman yang menenangkan.

(Visited 281 times, 1 visits today)
%d bloggers like this: