Uriage Thermal Micellar Water Penanggal Make-Up Tanpa Bilas

Wanita dan make-up memang tak boleh di pisahkan. Heheh. Tapi bila dah make-up malas pulak nak cuci muka kan? Okey meh sini, kita share satu produk yang boleh menanggalkan make-up tanpa perlu di bilas. Pasti ni berita baik.

Untuk review kali ni datangnya dari produk Uriage Eau Thermal – Thermal Micellar water untuk kulit kombinasi dan berminyak. URIAGE THERMAL MICELLAR WATER melalui kedalaman French Alps dan diperkaya dengan unsur-unsur surih dan mineral. Air isotonik mengekalkan penghidratan kulit. Menanggalkan make-up dan pembersihan kulit adalah penting bagi sebarang rutin penjagaan kulit. Malah make-up juga menyebabkan sebum terkumpul, menjadikan kulit kusam dan suram. Fungsi Micelles dalam menanggal make-up ialah untuk membersihkan make-up dan kekotoran secara berkesan tetapi ia boleh merosakkan  kulit dan menyebabkan transepidermal kehilangan air dan rasa ketidakselesaan. Untuk menjaga kulit agar kelihatan berseri dan selesa, Uriage dermatologi Laboratories telah menghasilkan inovatif URIAGE THERMAL MICELLAR WATER untuk  merawat kulit semasa menanggalkan make-up serta membersihkan muka dan mata mengikut kesesuaian dengan semua jenis kulit.

Cara-cara untuk menggunakan URIAGE THERMAL MICELLAR WATER:

  • Tuangkan URIAGE THERMAL MICELLAR WATER ke cotton pad, kemudian dengan lembut sapukan ke serata wajah, mata dan leher. Tidak perlu bilas!
  • Selepas wajah bersih sepenuhnya, semburkan Uriage Thermal Water ke seluruh wajah dan biarkan sahaja, Tidak perlu tepuk untuk resapan.

Ini gambar semasa pakai make-up. (Foundation, eyeshadow dan lipstick)

Uriage Thermal Micellar Water Tanpa Bilas Untuk Kulit Kombinasi - Berminyak

Ini pula selepas menggunakan Uriage Thermal Micellar Water

Uriage Thermal Micellar Water

Memang amat menjimatkan masa. Hanya pakai 2 cotton pad boleh bersih seluruh wajah. Macam ajaib pun ada. Selalunya kalau pakai oil cleansing sampai 2-3 pump baru bersih satu muka.

Uriage Thermal Micellar Water

 Dari segi teksturnya terasa sejuk dan baunya sungguh fresh, dengan ekstrak epal hijau yang bertindak sebagai mengawal kehadiran sebum. Untuk rating, aku nak bagi 4.5/5. Memang mengagumkan.

Nak cuba dapatkan Uriage Thermal Micellar Water? Botol bersaiz 250ml ni harganya RM80.90, Korang boleh dapatkan di Hishop dengan Klik Sini

Khas buat pembaca imahtalks. Korang boleh dapatkan rebate 15% dengan menggunakan discount code IMAHTALKS sebelum melakukan bayaran.

Jangan lupa bertandang : http://www.hishop.my
Like Hishop : https://www.facebook.com/hishopmy
Follow twitter : https://twitter.com/hishopmy
Follow Instagram : http://www.instagram.com/hishopmy