Unbox – Althea Un-pore-gettable Box. Tiada lagi kawah bulan! | imahtalks.com

Unbox – Althea Un-pore-gettable Box. Tiada lagi kawah bulan!

Althea Un-pore-gettable Box

Pernah tak korang selalu dengar ayat “rupamu cantik bagai bulan purnama”. Okay!  korang tau tak bulan tu banyak kawah – berlubang-lubang. Jadi bila orang cakap dengan kau, muka kau cantik bak bulan. Ko rasa itu satu pujian atau ……?

Hurm…. Stop cerita pasal bulan. Kenapa nak sebut pasal kawah bulan bagai. sebenarnya aku nak cerita kat korang pasal Un-pore-gettable box dari Althea set yang penuh dengan produk yang dapat mengecilkan liang pori. Dah tentu  akan membuatkan muka korang cantik bak bidadari bukan bulan lagi.

Althea Un-pore-gettable Box

Untuk Un-for-getable box kali ni memang meriah. Ada 6 full size produk iaitu Mild Peeling Finger Pad, All Kill Pore Tightening Ice Stick, My Beauty Mask Pack dan Jeju Volcanic Pore Care Sample Kit. Di mana 3 antaranya merupakan produk star seller seperti Innisfree Jeju Volcanic Mask, Laniege BB Cushion dan Klairs Toner.  Selain tu korang akan dapat banyak  sampel  dan akan di berikan secara rawak. Yes!

Jom kita terjah satu-satu  produk utama dalam Un-for-gettable box.

Lepas dah bersihkan muka, mula-mula sekali aku merasmikan Mild Peeling Finger Pad. Dalam kotak ni ada 7 pack. Cara guna gosok secara memutar kat sekitar muka. Ada bau macam lemon. Memang sinonim kan kalau peeling dan lemon. Ingatkan masa cuci muka tadi dah bersih tapi masih ada lagi sisa yang kita tak dapat lihat dengan mata kasar.

Althea Un-pore-gettable BoxAlthea Un-pore-gettable Box

 

 

 

 

 

 

 

 

Lap muka bersih, sapu pulak Klairs Toner. Tujuan toner ni untuk membantu penyerapan produk seterusnya ke dalam kulit. Jadi tak la rugi sapu serum ke cream ke sebab toner ni dapat boost kan keberkesanan produk yang nak di pakai selepas tu. Toner ni putih jernih dan agak likat, teksturnya macam lebihan serum dalam sheet mask. Jangan risau masa sapu toner tu sebab ia terus meresap dalam kulit.

Althea Un-pore-gettable Box

Dah rasa segar sikit muka, boleh la guna All Kill Pore Tightening Stick. Kegunaan untuk mengecilkan pori, memperbaiki complexion, menurunkan suhu kulit. Apa yang istimewa tentang produk ni, ia mengandungi Iceberg water dari Iceland. Wow! patutlah ada rasa sensasi dingin. Rasa nyaman jer macam pakai facial mist.

Althea Un-pore-gettable Box

Sebelum nak keluar pulak pakai Laneige BB Cushion. Cer tengok sebelum ni kalau pakai bedak mesti Nampak liang pori. Lepas dah guna satu-satu produk ni nampak ada perbezaan sikit. Bila sapu BB Cushion Smooth jer. Tak ketara pori-pori.

Althea Un-pore-gettable Box

Dah puas keluar jalan-jalan. Balik rumah cuci make up semua pakai pulak Red Ginseng Gold Hydrogel Mask. Ini pertama kali pakai sheet mask jenis gel. Menariknya bau ginseng tu boleh di terima. Rasa tenang jer bila hidu macam aromaterapi. Rasa sejuk masa pakai macam pakai sleeping pack. Tak der serum yang meleleh lansung. Mengandungi antaranya emas, madu dan ginseng yang berusia 6 tahun. Bila pakai mask ni rasa macam jatuh cinta pandang pertama. Akan di buat stok nanti bila aku beli barang dari Althea.

Althea Un-pore-getable Box 16

Althea Un-pore-getable Box 16

 

 

 

 

 

 

 

 

Last sekali, hari minggu lak. Relax-relax sambil tengok Gegar Vaganza. Boleh lah tepek Innisfree jeju Clay Mask. Semakin ia mengering, kita akan rasa macam miang-miang sikit. Jangan risau, sebab itu lah proses nak mengecilkan pori-pori.

Althea Un-pore-gettable Box

Ini yang kita nak. Produk-produk yang di himpun dalam satu kotak dan dapat menyelesaikan masalah yang di hadapi. Sesuai sangat dapat review box dari Althea. Memandangkan aku memang perlukan produk ni untuk sekurang-kurangnya dapat la kecilkan sikit pori-pori ni.

Betul ni! Apa tunggu lagi? Cepat lah dapatkan Un-pore-gettable box ni. Sebab setiap kali Althea keluarkan box baru dengan produk terkini, mesti sold out. Silap-silap masa korang baca ni pun dah sold out. Harga asal RM417 tetapi sebab Althea baik hati semua ini hanya RM127. Memang berbaloi. Kalau nak beli satu-satu memang parah. Boleh dapatkan di Althea Korea.

Althea Un-pore-gettable Box

Bagi yang masih belum tahu mengenai Althea Korea. Ia merupakan platform online untuk pembelian  seperti kosmetik, produk penjagaan diri dan wajah. Dengan pembelian produk sebanyak RM99 ke atas, kos pos adalah percuma. Di terbangkan khas dari Korea. 100% produk asli. Antara website untuk online shopping produk Korea yang menawarkan harga mampu milik. Jika tidak berpuas hati jaminan pemulangan tanpa syarat.

Untuk maklumat lanjut boleh singgah :

Website : my.althea.kr

Facebook : https://web.facebook.com/altheamalaysia/

Instragram : https://www.instagram.com/altheakorea/

Youtube : https://www.youtube.com/c/AltheaKoreaTV