Tokyo Love Soap Pure Girls Review

Tokyo Love Soap
Tokyo Love Soap

Salam semua,

Dok tak dok dah pertengahan tahun 2014. Ada azam yang dah tercapai ke? Hujung bulan ni pun dah mula puasa. Erm cepat betul masa berlalu. Sekarang ni nak cerita pasal produk yang patut di reviewkan…

Kali ni aku di berikan kesempatan untuk cuba sabun kegilaan  ramai wanita seluruh dunia. Sabun ni dari jepun nama pun Tokyo Love Soap. Sabun buku ni ada 3-4 jenis seperti Tokyo Love Soap Pure Girl, TLS PREMIUM, TLS Whitening and TLS Medicated. Yang aku dapat untuk review ialah Tokyo Love Soap Pure Girls beserta sample Tokyo Love Soap Medicated.

Tokyo Love Soap Pure Girls
Tokyo Love Soap

Sebelum aku nak guna sabun ni aku ternampak ia di perbuat dari placenta extract. Jadi agak mengelirukan juga sebab placenta apa yang di gunakan? So aku terus email ke customer service dia yang kat Jepun tu untuk kepuasan hati. Lepas email berbalas jadi di katakan sabun ini dari vegetal extract.

Tokyo Love Soap

Untuk permulaan aku cuba yang sample dulu, Tokyo Love Soap medicated bersaiz 15g selama 2 minggu. Hasilnya agak memberangsangkan. Jerawat di muka jadi kecut dan parut-parut di muka turut pudar. Tengok gambar testimoni nanti. Sabun ni belum di jual lagi tetapi untuk 100 orang terawal yang membeli sebarang Tokyo Love Soap di Natta Cosme akan mendapat sample ini secara percuma. Korang hanya perlu key in kod TLSM semasa check out pembayaran.

Tokyo Love Soap Medicated
Tokyo Love Soap Medicated

Seterusnya beralih kepada barang utama iaitu Tokyo Love Soap Pure Girl. Belum guna lagi baru jer nak buka kotak hurmmmm… Semerbaknya bau rose. Kalo bagi siapa yang pernah cuba Thayers Rose Petal Witch Hazel Toner bau dia seakan-akan sama. Dirumuskan sehingga menjadi bau phermone perempuan secara semulajadi yang dianggap penting dalam menyebabkan daya tarikkan seksual dan keinginan dari kaum adam. Inilah sebabnya mengapa sabun ini  di beri nama “Girls”!

Tokyo Love Soap Pure Girls

Cara-cara nak guna Tokyo Love Soap Pure Girls ni

1. Basahkan kulit.
2. Gosokkan Tokyo Love Soap perlahan-lahan ke muka dan badan.
3. Biarkan buih selama 3 minit.
4. Bilas dan ulangi jika perlu.
5. Gunakan setiap kali mandi untuk hasil yang terbaik.

Tokyo Love Soap Pure Girls
Tokyo Love Soap Pure Girls

Oleh sebab sabun ni besar juga. Jadi aku potong 4. Jimat. Seminggu pakai satu.  Masa beberapa minggu pakai sabun ni boleh di katakan dapat cerahkan sikit kulit muka. Memang betul Tokyo Love Soap Pure Girls ni boleh buatkan pipi korang merah secara semulajadi. Rosy cheek. Tak payah pakai blusher lagi. Lagi satu yang buatkan aku suka pakai sabun ni ialah dia buat kulit kita jadi lembap. Bau pulak kekal aroma ros seluruh badan. Tersangat la jimat. Dari muka sehingga ke kaki boleh pakai sabun ni…

Tokyo Love Soap Pure Girls

1. Gambar bertarikh 18/5/2014 Hari pertama penggunaan kulit nampak bersih

2. Gambar bertarikh 20/5/2014 Selepas 2 hari penggunaan pipi kemerah-merahan

3. Gambar bertarikh 27/5/2014 Selepas seminggu kulit menjadi semakin cerah dan Tona parut semakin sekata dengan kulit wajah.

Akulah testimoni berjaya. Ahaks…. Apa yang di ragukan lagi? Jom cepat-cepat dapatkan Tokyo Love Soap Pure Girls di Website www.nattacosme.com bersaiz 80g dengan harga RM85.00

Jangan lupa bertandang : http://www.nattacosme.com
Daftar Akaun : www.nattacosme.com/register
Like Natta Cosme : https://www.facebook.com/NattaCosme
Follow Instagram : http://www.instagram.com/nattacosme

2 Comments on Tokyo Love Soap Pure Girls Review

  1. Assalamualaikum, saya nak minta kebenaran daripada sis utk ambil testimoni sis bagi produk tokyo love soap ni. Kalau sis mmpunyai apa2 mslh boleh email sy 🙂

Comments are closed.