KLEENEX® WET TOILET TISSUE

Tisu Tandas Basah Kleenex Baharu Membantu Rakyat Malaysia Menangani Kesulitan Mengguna Tandas Awam


Rakyat Malaysia pandai menyesuaikan diri apabila berdepan dengan cabaran. Contohnya, tandas awam: kebanyakan rakyat Malaysia akan menggunakan pelbagai cara “kreatif” tetapi menyusahkan untuk membersihkan diri mereka dan menggunakan tandas apabila berdepan dengan pengalaman yang tidak menyenangkan di tandas awam.

Untuk memahami lebih mendalam tentang pengalaman dan tabiat rakyat Malaysia menggunakan tandas awam dan untuk membantu rakyat Malaysia menangani kesulitan menggunakan tandas awam, baru-baru ini Kleenex® telah mengadakan kaji selidik bebas dalam talian yang melibatkan 1,160 wanita dan lelaki di Malaysia.

Cabaran Menggunakan Tandas Awam

Secara keseluruhan, kaji selidik tersebut mendedahkan yang tiga daripada lima rakyat Malaysia sangat tidak yakin untuk menggunakan tandas awam, dengan alasan-alasan serupa iaitu lantai atau alas tandas yang basah dan kotor, tandas tersumbat atau tidak dipam, dan ketiadaan air bersih dan tisu tandas.

Khusus untuk pembersihan peribadi, rungutan yang paling banyak diterima kebanyakannya berkaitan dengan hos air kotor (60%) dan ketiadaan air dan tisu tandas (37%). Kaji selidik itu turut mendapati ramai rakyat Malaysia mengubah tabiat mereka semata-mata untuk mengelak menggunakan tandas awam. Misalnya, empat daripada lima orang yang menjalani kaji selidik itu menyatakan mereka kurang meminum air apabila keluar untuk menghadkan penggunaan tandas awam manakala ada segelintir yang akan membawa bekalan air untuk membersih ke mana-mana sahaja.

Selebriti pendukung jenama Jihan Muse berkata, “Menggunakan tandas awam ibarat berlakon dalam komedi tragik hebat – anda patut lihat bagaimana saya dengan kasut tinggi dan gaun panjang labuh, memegang beg membeli-belah, cuba mengelak lantai basah sambil mengangkat kain saya dan berharap barang-barang saya tidak terjatuh!”

Hal ini ternyata benar kerana keputusan kaji selidik menunjukkan majoriti rakyat Malaysia (67%) bersetuju bahawa pakaian dan barang yang mereka pegang menjadikan lebih sukar untuk mereka membersihkan diri di tandas awam.

“Di samping penyelenggaraan yang baik, saya rasa tandas awam di Malaysia akan menjadi lebih bersih jika kita menggunakannya sebagaimana kita menggunakan ruang peribadi kita sendiri. Jadi jika anda membuat kotoran, bersihkannya; jangan pijak alas mangkuk tandas; lapkan sebarang tumpahan dan yang paling penting, pam tandas selepas menggunakannya!”

Keputusan kaji selidik menunjukkan dan mengesahkan yang sememangnya terdapat cabaran apabila menggunakan tandas awam di Malaysia – dan pelbagai langkah boleh diambil untuk memberikan penyelesaian yang mudah dan inovatif kepada rakyat Malaysia bagi pembersihan di luar rumah.

Standard Baharu Penyelesaian Pembersihan Peribadi dengan Kleenex®

kleenex wet toilet tissue

Menerajui usaha untuk menyokong penggunaan tandas awam yang lebih positif dan standard yang lebih baik dalam pembersihan peribadi di kalangan rakyat Malaysia, Kleenex®, jenama peneraju dunia dalam produk pembersihan peribadi, telah memperkenalkan penyelesaian ringkas yang boleh digunakan dengan mudah pada bila-bila masa dan di mana sahaja – Tisu Tandas Basah Kleenex®.

Berdasarkan kaji selidik tersebut, satu daripada dua responden percaya penggunaan tisu basah adalah penyelesaian terbaik berbanding terpaksa menghadapi situasi menyusahkan apabila tiada air atau tisu tandas.

“Tisu Tandas Basah Kleenex® adalah yang pertama seumpamanya di Malaysia, ia direka mengikut keperluan pengguna untuk pembersihan di luar rumah. Bungkusannya yang kompak boleh dibawa ke mana-mana dan senang untuk digunakan – hanya sapu dan pam,” kata Encik Raman Tarun, Pengarah Pemasaran, Kimberly-Clark Malaysia. “Kadang-kadang kita tidak sedar dengan adanya produk sekecil ini di dalam bag kita, boleh memberikan perbezaan ketara – ia umpama kebersihan peribadi di dalam poket.”

“Selepas dilancarkan dengan jayanya di pasaran-pasaran lain seperti Korea Selatan, Switzerland, Taiwan, dan Singapura, kami yakin pilihan baharu tisu tandas basah ini akan diterima dengan baik di Malaysia!”

*Selamat untuk dipam dan hipoalergenik, Tisu Tandas Basah Kleenex® diformulasikan dengan air yang ditapis sebanyak 9-peringkat untuk memastikan 99.9% kebersihan dan lembut dan halus di kulit, memberikan rasa lebih bersih dan segar kepada pengguna selepas menggunakannya.

Akhir sekali, menurut Jihan, “Daripada menahan diri sehingga tiba ke rumah, saya boleh menggunakan Tisu Tandas Basah Kleenex® untuk pembersihan mudah yang membuatkan saya berasa bersih dan segar sama seperti di rumah.”

Tisu Tandas Basah Kleenex® boleh didapati dalam dua saiz – pek dengan 10 helai yang boleh diletakkan dalam poket atau beg tangan (RRP RM2.10), bungkusan nilai-jimat tiga pek (RRP RM5.80) atau pek dengan 40 helai (RRP RM7.40). Ketiga-tiga saiz kini boleh didapati di pasar-pasar raya di seluruh negara.

Sertai Kleenex® dan Jihan Muse hari ini untuk Menangani Kesulitan Mengguna Tandas Awam

Dapatkan pek sampel percuma dan sertai pertandingan kuiz mudah untuk memenangi bekalan setahun Tisu Tandas Basah Kleenex® dengan mendaftar di www.kleenexcleans.com.my.  Pengguna juga digalakkan untuk berkongsi pengalaman mereka dalam menggunakan produk terbaharu ini di media sosial dengan menggunakan hashtag, #KleenexSurvivalGuide.

Untuk maklumat lanjut berkenaan Kleenex® secara am, layari halaman Facebook Kleenex® Malaysia (www.facebook.com/Kleenex.Malaysia) atau hubungi Talian Khidmat Pengguna Kimberly-Clark di 1-800-82-1188 (tol percuma) pada hari minggu dari 9 pagi hingga 5 petang.

* Dinasihatkan untuk mengepam tidak lebih daripada 2 helai tisu pada satu masa, tidak sesuai untuk digunakan di dalam tangki septik.