Tips Imahtalks membantu mengurangkan ketidakselesaaan akibat resdung

Tips Imahtalks membantu mengurangkan ketidakselesaaan akibat resdung

Resdung sinusitis

Resdung Oh Resdung! Sebulan sekali aku mesti sakit kepala sebab resdung. Hidung tersumbat, nak bernafas pun susah. Mata, telinga, hidung, gigi semua sakitlah. Jangan cari pasal dengan orang yang sakit kepala pasal resdung. Silap-silap makan tangan jawabnya.

Seperti posting aku yang sebelum ni (boleh baca lebih detail pasal resdung) resdung ni memang semua orang ada. Cuma kuat dengan tidak jer. Kalau macam aku kategori kuat juga la…. Bila dah sakit tu satu muka aku tampal koyok. paling tidak pun itu jer cara yang boleh buat aku tidur kalau resdung menyerang. Cantik tak gambar akak kat atas tu? Macam Mak Mask Rider kan?

Setiap kali kena resdung, sebelum nak tidur tu aku akan bancuh teh o panas. Kalau letak halia sikit pun ok. Bagi lubang hidung ni senang sikit nak bernafas. Try la teh yang organik kalau ada. Contoh beli kat cosway. Atau green tea. Bukan pasal apa. Masa sakit resdung ni lah nak kena manja2 kan diri. Siapa lagi nak buat kalau bukan sendiri. Kalau tak der teh apa2 pun boleh. Janji halal! 🙂

Resdung sinusitis

Baru-baru ni tengok iklan kleenex kat tv. Pasal tisu yang ada scent Eucalyptus tu. Kekonon pakwe tu kesian tengok awek ni selalu bersin. Jadi dia hulur tisu ni. Awek tu pun rasa lega sikit sebab ada bau Eucalyptus. Bertapa pengaruh iklan kat tv membuatkan aku nak beli. Huhuhuh. So far guna ok-ok jer. Sebab bau dia tak berapa kuat sangat. Boleh lah kurangkan sikit rasa sakit resdung tu.

Resdung sinusitis

Next, Essential oil. Yang ni aku baru nak berjinak-jinak dengan EO ni pasal bagus untuk seisi keluarga. Untuk yang ada duit lebih sikit labur lah kat EO. Pasal EO kurang mesti ingat lavender jer kan? Banyak lagi EO kat muka bumi ni beratus-ratus kot. Dari yang boleh makan sampai ke mandi. okay ni tips aku cuba sendiri tau. Tak bertanggungjawab kalau korang cuba tak okay ya. Aku akan blend 1 titik peppermint EO dengan 1 titik Eucalyptus EO. Pastu boh kat tisu. Lebih kurang macam korang hidu minyak angin. Tutup sebelah hidung pastu sebelah lagi hidu dalam2… Pergh…. Berdesut hidung ko rasa pijar2. Ha~~~ amik ko. Rasa lega selega leganya. Benda yang tersumbat tu akan keluar dengan banyak dan jayanya. Kalau rajin guna blend tadi wat steam muka. Boh kat air panas selubung kepala dengan kain. Bernafaslah ko dalam tu.

Resdung sinusitis

Selain dari benda yang aku senaraikan tadi. Aku juga guna sabun Seri Emas Formulasi Resdung. Dalam banyak-banyak bahan yang di gunakan semua di gabungkan untuk di jadikan sabun. Bahan semulajadi. Di perbuat dari Bunga tanjung, kulit kayu manis, dan madu. Seperti yang di sarankan guna 2 kali sehari. Selepas 3 hari guna. Dapat rasa miang-miang kat muka dah kurang. Kalau tak, kat muka rasa gatal pastu mata berair. Siapa yang ada resdung jer yang tahu. Bukan setakat resdung yang kat dalam muka, resdung jerawat yang kat luar pun mula kecut. Itulah keindahan dan kenikmatan bila kita guna bahan semulajadi.

Resdung sinusitis

 

Kalau tak percaya cuba tengok testimoni pengguna sabun seri emas

Resdung sinusitis

 

Resdung sinusitis

 Resdung sinusitis

Ada banyak lagi testimoni korang baca kat sini

Rawatan Resdung Seri Emas

Untuk info lanjut mengenai produk berkesan membantu mengurangkan alah resdung, sila layari :

Fanpage : www.facebook.com/seriemasmy
Website : www.seriemasbeauty.com
Whatsapp : 0132298329