SKIN FACTORY 7 Seconds Touchfit Liptatoo Pack Review

SKIN FACTORY 7 Seconds Touchfit Liptatoo Pack Review

Skin Factory Touch Fit Liptatoo Pack

Bila masuk minggu kedua puasa ni. Dah mula nak bersiap sedia menjelang raya. Aku pun tak ketinggalan untuk beli make up nak pakai waktu raya nanti. Jadi aku nak ber-eksperimentasi dengan produk yang agak terkenal iaitu  SKIN FACTORY 7 Seconds Touchfit Liptatoo Pack.

Pelbagai kegunanaan Liptatoo ni dia ala-ala lip tint, dapat membuang kulit mati dan mengelupas pada bibir, melembapkan bibir dan warna kekal lama tanpa perlu pakai berulang-ulang. Selain itu, ia merupakan masker bibir. Produk buatan Korea lah katakan. Kalau nak tahu di Korea sahaja ia merupakan lip tint yang sentiasa di cari-cari.

 SKIN FACTORY 7 Seconds Touchfit Liptatoo Pack

Memang tak hairanlah! Sebab mempunyai bibir yang cantikkan satu kemestian bagi setiap wanita. Tambahan pula sesuai di pakai dari peringkat remaja hingga ke wanita pada bil-bila masa. Tidak kira jenis kulit termasuklah kulit bibir yang kering.

Cara penggunaan yang cukup mudah. Hanya :

1.Sapukan secukupnya pada bibir mengikut garisan bibir
2.Keringkan selama lebih kurang 5-10 minit (mengikut berapa keteblan sapuan) ELAKKAN bahagian atas bibir bersentuhan dengan bahagian bawah bibir.
3.Bila sudah kering, kupaskan perlahan-lahan bermula dari bahagian luar bibir ke dalam.
4.Akhiri dengan menggunakan pelembap bibir atau transparent lip gloss. Warna liptatoo pack akan kekal selama 12 jam

Terdapat dalam 3 warna iaitu :

Sexy Pink

 SKIN FACTORY 7 Seconds Touchfit Liptatoo Pack  SKIN FACTORY 7 Seconds Touchfit Liptatoo Pack

Jewelry Pink

 SKIN FACTORY 7 Seconds Touchfit Liptatoo Pack  SKIN FACTORY 7 Seconds Touchfit Liptatoo Pack

Vita Fruit Peach

 SKIN FACTORY 7 Seconds Touchfit Liptatoo Pack  SKIN FACTORY 7 Seconds Touchfit Liptatoo Pack

Antara bahan-bahan semulajadi yang terkandung dalam SKIN FACTORY 7 Seconds Touchfit Liptatoo Pack ni ialah Ekstrak Betik, Ekstrak madu, Damask Rose water, Ekstrak Royal Jelly, Ekstrak Aloe vera, Ekstrak buah-buhan termasuklah buah Pic, Blueberry, Delima, Ceri dan Oren. Teksturnya pula seperti gam jernih atau senang nak cerita macam peel off mask. Melekit…. Jadi kena tunggu sampai kering.

 SKIN FACTORY 7 Seconds Touchfit Liptatoo Pack  SKIN FACTORY 7 Seconds Touchfit Liptatoo Pack

Apa yang membuatkan aku suka sangat nak guna produk ni ialah warna yang tinggal pada bibir tu tahan lama, tidak comot dan bila minum, warna pada bibir tu tidak melekat pada permukaan gelas. Bibir nampak semulajadi. Nampak macam warna bibir yang sebenar.

 SKIN FACTORY 7 Seconds Touchfit Liptatoo Pack

Packaging yang comel ni tube bersaiz 15ml dengan harga RM59. Di mana nak dapatkan  SKIN FACTORY 7 Seconds Touchfit Liptatoo Pack ni? Korang semua boleh beli secara atas talian di Natta Cosme. Psssttt…. Cer tengok Natta Cosme buat promosi raya.

Raya2015_blog