Shower and body care essential moo moo kit Yoko Review

yoko milky set

Kebaikkan susu dalam produk penjagaan memang tidak asing lagi sekarang ni. Mana taknya susu boleh memutihkan, melembutkan dan menghaluskan kulit. Cleopatra pun mandi susu tau.

Kenapa nak cerita pasal susu ni? Sebab….. review kali ni mengenai set penjagaan kulit dari Yoko. Produk yang berasal dari Negara jiran kita, Thailand.

Yoko Spa Milk Salt Shower Bath
Ini merupakan produk yang dapat menyingkirkan kulit mati dan menyihatkan kulit dengan Vitamin E, Protein susu dan juga garam semulajadi. Membuatkan kulit kita menjadi lebih cerah selepas mandi. Dari segi bau memang best. Bau Aiskrim Vanila. Mujur tak scoop buat makan. Cara-cara nak guna. Sapukan garam mandian ini pada kulit yang basah. Biarkan selama 3 minit. Kemudian bilas dengan air bersih. Peringatan : Jangan sapu pada kulit yang luka. Al maklumlah garam. Pedih tak ingat nanti. Huhuhuh.

Yoko Spa Milk Salt Shower Bath

Yoko Spa Milk Salt Shower Bath

review yoko spa salt before review yoko spa salt after

 

 

 

 

 

 

 

 

Yoko Milky Body Lotion
Formula tidak melekit ini kaya dengan protein susu dan Vitamin B3 untuk menyihatkan dan melembapkan kulit. Sementara Vitamin E dan Ekstrak Licorice meninggalkan kesan lembut, ringan dan membuat kulit kelihatan lebih sihat. Bau losyen ni pulak memang bau susu. Lembut jer. Cara-cara nak guna. Sapukan pada kulit selepas mandi pagi. Urut sehingga meresap ke dalam kulit.

Yoko Milky Body Lotion

Yoko Body Butter Cream Milk Protein
Krim yang kaya dan menyerap pantas merupakan kunci untuk melembapkan kulit bagi menentang kedutan, mencerahkan kulit dan membaikkan tekstur kulit supaya menjadi lebih lembut dan licin. Protein susu, Ekstrak Aloe Vera dan Ekstrak Chamomile merupakan bahan utama dalam pembuatan body butter ni. Cara penggunaan. Sapukan pada badan sebelum tidur malam. Urut perlahan-lahan sehingga meresap.

Yoko Body Butter Cream Milk Protein

Yoko Hair Spa Milky Rich
Kandungan yang unik dalam Hair Spa ini membuatkan rambut menjadi sihat bersinar dari akar ke hujung rambut. Kebaikkan dari Protein susu, minyak kelapa dan minyak argan merupakan gabungan yang amat bagus bagi rawatan rambut. Cara penggunaan. Selepas bersyampu, lurutkan Yoko Hair Spa ni pada rambut terutama pada hujung rambut yang merupakan bahagian yang kering dan paling tua pada rambut. Balut rambut dengan tuala yang di basahkan air suam selama 10 minit. Kemudian bilas.

Yoko Hair Spa Milky Rich

Jadi semua dah tahu pasal kebaikkan susu. Bukan sahaja untuk di minum malah ia merupakan bahan utama dalam produk penjagaan kulit. Dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki. Produk Yoko ini boleh di dapati di Natta Cosme. Harga yang pasti berpatutan.

Jangan lupa bertandang : http://www.nattacosme.com

Like Natta Cosme : https://www.facebook.com/NattaCosme

Follow Instagram : http://www.instagram.com/nattacosme