JOHNSON’S BABY Of The Year

Setiap Bayi Adalah Bintang JOHNSON’S BABY Of The Year


Print

Tahun ini, Johnson’s Baby bekerjasama dengan panel pakar paediatrik dan neonatologi yang diketuai oleh Dr Anna Padmavathy Soosai, dan juri selebriti Johnson’s BOTY yang pertama, Dynas Mokhtar, dalam pencarian bintang termuda paling comel dan menawan hati di Malaysia!  Pertandingan Johnson’s BOTY 2014 mengambil pendekatan yang lebih holistik kepada perkembangan kanak-kanak, di mana penilaian bukan sekadar berdasarkan sifat-sifat fizikal, bahkan melibatkan aspek perkembangan kognitif  dan sosio-emosi juga.

johnson2

Selain menawarkan kategori baru berdasarkan umur tertentu – 0-12 bulan, 13-24 bulan dan 25-36 bulan, pertandingan Johnson’s BOTY 2014 dianjurkan lebih besar dan lebih baik dengan unsur baru dan menarik, termasuk tawaran lebih banyak hadiah bernilai sehingga RM 100,000 untuk dimenangi. Selain itu, semua bayi akan dijadikan bintang Johnson’s Baby dan diberikan liputan dalam media.

johnson4

Cara Penyertaan Pertandingan Johnson’s Baby of the Year

Jadi, berilah anak anda peluang untuk menjadi bintang dari 1 Mei hingga 30 Jun! Untuk penyertaan, cuma lampirkan dua keping gambar terbaik si manja anda. Kemudian, beli produk Johnson’s Baby bernilai sekurang-kurangnya RM15 untuk melayakkan penyertaan, dan simpan resit sebagai bukti pembelian.

Ingat, bayi mesti berumur di antara 0-36 bulan, dan setiap bayi yang menyertai pertandingan ini akan disiarkan dalam majalah!

10253325_786097514735337_1548305206_n

Lengkapkan borang penyertaan dan kepilkan gambar berserta resit. Penyertaan boleh diserahkan di kedai-kedai yang mengambil bahagian di mana khidmat fotografi percuma juga disediakan; melalui pos ke alamat Johnson’s Baby of The Year 2014 Contest, PO Box 3186 Subang Jaya, Selangor; atau secara dalam talian melalui Johnson’s Baby Facebook Page: www.facebook.com/ilovejohnsonsbaby.com.

johnson3

Pada tahun 2014, pertandingan ini juga menonjolkan unsur kemasyarakatan melalui Yayasan OrphanCARE, sebuah pertubuhan bukan berasaskan keuntungan yang menolong bayi yang ditinggalkan dan anak yatim mencari rumah perlindungan dan penjagaan – bagi setiap penyertaan dalam pertandingan ini, sebanyak RM1 akan didermakan kepada program anak angkat OrphanCARE.

Untuk maklumat lanjut tentang pertandingan Johnson’s Baby of the Year contest, sila layari www.facebook.com/ilovejohnsonsbaby.com.