Sertai The Brush Contest, peraduan mekap antarabangsa yang pertama di dunia oleh L’Oréal Paris | imahtalks.com

Sertai The Brush Contest, peraduan mekap antarabangsa yang pertama di dunia oleh L’Oréal Paris

Woman's Makeup Brush Close Up.

The Brush Contest

The Brush Contest

Tanggungjawab utama seseorang mekap artis atau pereka mekap adalah menghasilkan seni, menggunakan alat solek sebagai medium dan wajah sebagai kanvas. Wajah dengan mekap rapi adalah kunci kesempurnaan, terutamanya untuk majlis karpet merah. Itulah sebabnya ramai mekap artis mendapat pengiktirafan antarabangsa atas kemahiran luar biasa mereka.

Tahun ini, jenama kecantikan nombor satu dunia, L’Oréal Paris, bersedia untuk sesuatu luar biasa dengan The Brush Contest, iaitu peraduan mekap antarabangsa yang pertama, eksklusif di YouTube.

Sebagai jenama kecantikan utama yang dijual di outlet runcit, L’Oréal Paris menghasilkan produk paling inovatif untuk semua yang gemar tampil cantik dan anggun. Sehingga kini, dutanya (termasuk selebriti terkenal seperti Eva Longoria, Jennifer Lopez dan Blake Lively) mewujudkan kecantikan ideal yang menepati frasa legenda jenama ini: “Kerana dirimu begitu berharga.” Wanita-wanita ini memiliki segalanya – kecantikan, kecerdikan dan keyakinan – yang menjadikan mereka model peranan yang sempurna untuk wanita lain di serata dunia. Rekaan L’Oréal Paris mereka rangkaian alat solek paling bermutu dan pakar, maka membolehkan semua wanita menghasilkan penampilan dengan solekan paling ajaib dari Paris, iaitu pusat kecantikan itu sendiri.

Buat pertama kali, L’Oréal Paris memperkenalkan platform untuk peminat menunjukkan kemahiran mereka, dan berpeluang untuk merebut peluang untuk menjadi Pereka Mekap L’Oréal Paris! Sebagai sebahagian daripada pasukan Pereka Mekap L’Oréal Paris, anda berpeluang untuk meluahkan imaginasi anda dan menyolek wajah bagaikan sebuah mahakarya dengan penampilan dengan mekap yang menakjubkan.

Puan Goh Sa Ki, Pengarah Pemasaran, dari L’Oréal Paris juga menyatakan perasaan teruja terhadap The Brush Contest ini. “Kami semestinya ternanti-nanti akan The Brush Contest ini, terutamanya dengan konsep baharu yang unik. Inilah kali pertama platform dibentuk untuk membolehkan pereka mekap baharu menyerlahkan kreativiti mereka atas talian, disiarkan di YouTube. Kami mahu memberi peminat mekap di seluruh dunia peluang keemasan ini sebagai lonjakan yang mungkin akan menjadi permulaan bagi karier mekap antarabangsa yang hebat.”

“Bukan itu sahaja, The Brush Contest juga membolehkan semua wanita menghasilkan semula penampilan hebat ini dengan mudah yang dihasilkan oleh bakal pereka mekap ini, supaya semua orang boleh menemui dan meneroka aspek-aspek kreatif mekap bersama-sama. Peminat mekap berhak mendapat pengiktirafan atas hasil mereka oleh dunia dan kami bangga kerana dapat membantu mereka untuk mencapainya.”

Dua syarat untuk menyertai The Brush Contest ini sungguh mudah. Anda mestilah meminati kecantikan dan berusia sekurang-kurangnya 18 tahun! Mekanisme peraduan ini adalah seperti berikut:
a)Hasilkan video tutorial mekap yang diinspirasikan oleh tema ‘Color Clash’ (tempoh maksimum 3 minit).
Anda boleh menggunakan sebarang jenama alat solek tetapi jenama selain daripada L’Oréal Paris tidak boleh dipapar atau ditonjolkan di dalam video. Peserta boleh menyolek muka mereka sendiri atau muka seorang model. Selain itu, penampilan wajah bersolek penuh adalah wajib.
b)Hantarkan video.
Log masuk ke www.thebrushcontest.com dan hantarkan video lengkap dalam seksyen “COMPETE!”. Isi borang pendaftaran dan perkenalkan diri anda.

Tiga puluh video terbaik akan dikongsi bersama umum untuk undian, dan 10 video teratas yang disenarai pendek akan mendapat tempat dalam Peringkat Akhir Kebangsaan, di mana bakal mekap artis ini akan menghadiri Kem Pereka Mekap yang dianjurkan oleh L’Oréal Paris Malaysia. Pada 8 Mac 2015 pula, orang awam akan berpeluang bertemu dengan 10 finalis teratas Malaysia di kedai Watsons Alamanda dan mendapat makeover percuma!

Panel pengadil yang berpengalaman akan memilih pemenang berdasarkan jumlah skor, dan pemenang tersebut akan mewakili Malaysia untuk bersaing di Grand Finale Antarabangsa di Paris, bersama 12 finalis antarabangsa lain dari negara-negara seperti Perancis, Amerika Syarikat, Kanada, UK, Australia, China, Thailand dan banyak lagi. Finalis-finalis ini kemudian akan menunjukkan kemahiran mereka dengan menyolek supermodel terkenal dalam industri dan wajah-wajah L’Oréal Paris, seperti Lara Stone, Karlie Kloss, Freida Pinto dan Barbara Palvin. Grand Finale ini juga akan disiarkan di YouTube pada 1 Mei 2015, dan akan dihoskan oleh, tidak lain tidak bukan, duta L’Oréal Paris, Eva Longoria.

Bagi pemenang The Brush Contest, hadiah impian yang menjadi kenyataan bakal menantinya: pemenang akan menerima kontrak profesional dengan pasukan Pereka Mekap L’Oréal Paris untuk setahun, bernilai 100,000€. Bukan itu sahaja – yang menambah keseronokan lagi, pemenang pertandingan juga akan dapat menyertai pasukan L’Oréal di sebalik tabir dalam acara dan majlis paling glamor, yang dihadiri oleh ramai bintang terkenal, iaitu Festival Filem Antarabangsa Cannes. Sebagai Pereka Mekap L’Oréal Paris, mengambil bahagian dalam sesi mengambil gambar, penciptaan tutorial, temu ramah dan liputan media di seluruh dunia adalah sebahagian daripada tugasan kerja.

The Brush Contest bermula pada 19 Januari 2015 dan akan berkakhir pada 12 Februari 2015, dan terbuka kepada profesional, amatur, blogger, vlogger dan Youtuber. Semarakkan kreativiti mekap dalam diri anda sekarang!

Untuk maklumat lanjut, log masuk www.thebrushcontest.com. Ikuti perkembangan dan berita The Brush Contest dengan hashtag #TheBrushContest di Facebook, Instagram dan Twitter.