Serlahkan kulit matte dengan L’Oréal Paris Mat Magique | imahtalks.com

Serlahkan kulit matte dengan L’Oréal Paris Mat Magique


 L’Oréal Paris Mat Magique

L’Oréal Paris Mat Magique

Dalam cuaca tropika yang biasanya panas dan lembap, kulit kita mudah berminyak dan kelihatan kusam, terutamanya pada penghujung hari. Menggunakan bedak muka hanya menghasilkan efek yang bertompok dan tidak sekata dan memburukkan lagi keadaan.

Namun, jangan risau! L’Oréal Paris membawakan penyelesaian terbaik untuk mengakhiri masalah anda. Direka dan dirumus khas bagi wanita Asia Tenggara, L’Oréal Paris Mat Magique All-in-One Compact with SPF 34 PA+++ membolehkan anda memiliki kulit yang cantik, segar berseri dan kesan seakan-akan tiada pori selama 12 jam lamanya*!

 L’Oréal Paris Mat Magique

Sebagai sebuah jenama kecantikan global, visi L’Oréal Paris adalah untuk menjadikan kecantikan sesuatu yang senang dimiliki semua. Menggabungkan teknologi terkini dengan ramuan yang berkualiti tinggi, jenama ini membawakan produk kecantikan mewah pada harga mampu-milik bagi semua orang di serata dunia memperoleh kecantikan. Dengan pelbagai produk yang popular sejagat antarabangsa, L’Oréal Paris sememangnya jenama kecantikan global yang menempa nama atas dedikasinya dalam menghasilkan pilihan terbaik bagi para penggunanya. Cogan katanya, “Kerana Dirimu Begitu Berharga”, melambangkan pegangan jenama L’Oréal Paris. Setiap wanita adalah unik, dan L’Oréal Paris membantunya meraikan kecantikannya disamping meningkatkan keyakinan serta harga dirinya.

 L’Oréal Paris Mat Magique

Terkini dari Paris Fashion Week, gaya Matte Moden merupakan kegemaran terbaru dalam dunia kecantikan. Lupakan efek kusam dan berkapur yang dahulunya orang kaitkan dengan kulit matte, Matte Moden menghasilkan efek yang efek ringan dan mulus, menjadikan kulit segar berseri. Hasilnya, kulit yang tidak berminyak dengan efek seakan-akan bebas pori, yang bertahan sepanjang hari tanpa perlu memakai semula bedak kompak kemudian hari.

Dengan L’Oréal Paris Mat Magique All-in-One Compact with SPF 34 PA+++, anda boleh menyempurnakan kulit anda dengan sekelip mata. Ini merupakan penemuan terbaru dalam dunia kecantikan, mineral unik yang berkualiti tinggi: Natural Volcanic Perlite menjadikan kulit tampak matte dan menyerap minyak, memberikan anda kulit yang tidak berminyak dan segar untuk berjam-jam lamanya.

loreal2

Bedak kompak semua-dalam-satu ini berfungsi dalam tiga cara bagi menghasilkan rupa Matte Moden yang berpanjangan:

1)Mencantikkan – Ciri Mat Magique yang mengimbangi keadaan kulit membuatkan kulit tidak berminyak selama 12 jam*, walaupun dalam cuaca yang panas dan lembap seperti di Malaysia. Malah, anda tidak perlu lagi memakai semula bedak kompak sepanjang hari!

2)Menutup – Mat Magique membantu menutup cela dan kekurangan, memberikan penutupan yang sehebat bedak asas lain, sambil memanjakan kulit dengan lapisan bedak yang ringan. Dengan kemasan mulus dan ringan, kulit berubah dengan serta-merta.

3)Melindungi – Dengan SPF 34 PA+++, Mat Magique menawarkan perlindungan dari pancaran UVA/UVB pada spektrum yang luas, dan memastikan kulit anda kekal terlindung dari gangguan luar, untuk menjamin kecantikan berpanjangan.

“Di L’Oréal Paris, kami ingin menawarkan kepada pelanggan kami produk yang menggabungkan teknologi terkini dengan warna, tekstur dan kemasan yang terbaru, pada harga yang boleh dimiliki ramai. Mat Magique merupakan jawapan bagi masalah kulit wanita Asia Tenggara. Dengan hanya satu sapuan, anda dapat menghilangkan kulit berminyak, lubang pori yang jelas, warna kulit yang tidak sekata serta kekusaman. Natural Volcanic Perlite menjadikan kulit matte dengan segera, menjadikan ia tidak berminyak selama 12 jam lamanya*, tanpa perlu memakai semula bedak,” kata Cik Goh Sa Ki, Pengarah Pemasaran L’Oréal Paris Malaysia.

 L’Oréal Paris Mat Magique

Untuk melengkapkan gaya Matte Moden, padankan dengan L’Oreal Paris Color Riche Moist Matte baru, sebuah rangkaian gincu yang mewah dan terang, yang memberikan kemasan matte pada bibir sehingga empat jam lamanya.

 L’Oréal Paris Mat Magique

Pelakon muda, Erin Malek berkata bahawa kulitnya kelihatan segar dan sempurna lebih lama setelah menggunakan L’Oréal Paris Mat Magique. “Saya seorang pelakon dan sentiasa berhadapan dengan kamera. Oleh itu, saya perlu kelihatan segar setiap masa. Nasib baik saya ada L’Oréal Paris Mat Magique. Ia mengekalkan kecantikan kulit saya selama 12 jam agar kelihatan sempurna. Perlindungan UV setinggi SPF 34 PA+++ juga menawarkan perlindungan berspektrum luas daripada pancaran UVA/UVB, dan ini sememangnya diperlukan oleh kulit saya kerana tugas saya memerlukan saya bekerja di bawah matahari terik,” kata pelakon ceria ini dengan senyumannya yang menawan.

 L’Oréal Paris Mat Magique

Dengan jadualnya yang padat dan gaya hidupnya yang sentiasa sibuk, tugas Megan Tan sebagai hos TV memerlukannya untuk kelihatan cantik sepanjang hari. “Kulit saya memang berminyak secara semula jadi, dan ini agak menyusahkan kerana solekan saya kelihatan berkilat dan tidak sekata setelah seharian bekerja. Lagi-lagi tatkala saya sibuk dengan penggambaran, temu ramah dan mesyuarat – matahari dan kelembapan merosakkan keadaan kulit saya! Setelah mencuba L’Oréal Paris Mat Magique, saya dapati bahawa kulit saya kekal matte lebih lama, dan saya tidak perlu memakai semula bedak sepanjang hari. Yang bagusnya, bedak ini memberikan rupa yang asli, dan tidak meninggalkan kemasan yang tebal. Kini saya boleh keluar bersama teman-teman bagi makan malam sambil kelihatan segar, walaupun saya sebenarnya sibuk sepanjang hari!” katanya.

 L’Oréal Paris Mat Magique

Benar, matte merupakan pilihan musim ini. Dengan Mat Magique, anda boleh mendapatkan rupa Matte Moden dengan hanya satu sapuan, dan lengkapkan gaya anda dengan Color Riche Moist Matte kegemaran anda. Biarkan kulit anda menjadi tarikan dan nikmati rasanya untuk dikagumi. Sememangnya “Kerana Dirimu Begitu Berharga”!

 L’Oréal Paris Mat Magique

L’Oréal Paris Mat Magique All-in-One Compact with SPF 34 PA+++ boleh didapati dalam tiga tona yang dirumuskan khas bagi tona kulit Asia Tenggara: R1 Rose Ivory, N2 Nude Vanilla dan G2 Golden Ivory; manakala L’Oréal Paris Color Riche Moist Matte terdapat dalam 8 warna. Bedak kompak dijual pada harga RM39.90, isian semula boleh didapati pada hanya RM19.90, manakala gincu bibir pula dijual pada harga RM35.90 setiap satu dan boleh didapati di farmasi dan runcit terkemuka.