Salurkan bantuan kepada Mangsa Banjir dengan sms

Tabung KemanusiaanKomunikasi dan Multimedia Malaysia 2014

Salam sahabat handai sekalian. Seperti yang kita lihat di akhbar-akhbar dan berita di dalam negara. Sudah tentunya kita amat prihatin dengan sanak-saudara, rakan-rakan kita yang berada di Kelantan terutamanya sekarang ini. Keadaan hujan lebat dan banjir hampir ke aras bumbung rumah. Memang amat menyedihkan. Di tambahkan lagi mereka yang sehelai sepinggang. Kekurangan makanan dan pakaian. Terlintas di kepala tentang keadaan mereka lebih-lebih lagi bayi, kanak-kanak dan warga emas. Jika kita tidak dapat membantu dari segi tenaga. Di sini apa salahnya kita saling membantu untuk meringankan beban dengan menghantar sms seperti berikut.

LANGKAH 1 : BANJIR<jarak>(Amaun)

CONTOH : BANJIR RM10

LANGKAH 2 : Hantar kepada 13999

***Derma boleh di buat dalam amaun RM1, RM3, RM5, RM10, RM15, RM20, RM30, RM40 dan RM50

Tabung KemanusiaanKomunikasi dan Multimedia Malaysia 2014

Semua sumbangan ini akan di salurkan kepada Tabung Kemanusiaan Komunikasi & Multimedia Malaysia.