Warning: mysql_num_fields() expects parameter 1 to be resource, boolean given in /home1/asz888/public_html/imahtalks.com/wp-includes/wp-db.php on line 3083
Sakit lutut serta rawatan dan pencegahan

Sakit lutut dan sakit belakang lega dengan Pro Kas

sakit lutut
sakit lutut

Sakit lutut, kemerahan, bengkak dan kekejangan sendi satu penyakit yang di namakan Arthritis. Ia merupakan kerosakkan pada permukaan sendi-sendi yang mengalami penipisan rawan yang sering menyebabkan kecerderaan atau koyakkan pada sendi lutut.

Pernah tak korang semua mengalami sakit lutut? Bukan orang tua jer ada sakit lutut. Kadang-kadang terlampau banyak senaman juga boleh menyebabkan sengal badan dan sakit lutut. Tapi itu bukan alasan untuk korang tak senaman tau.

sakit lutut
Sakit lutut

Antara sebab-sebab sakit lutut berlaku adalah kerana kerosakan sendi, jangkitan kuman, penyakit yang diwarisi atau sebab-sebab lain. Golongan dewasa yang selalu menghidap Arthritis seperti sakit lutut.

Tanda-tanda orang yang mengalami Arthritis atau sakit lutut :

  1. kesakitan semasa bergerak atau berjalan
  2. pembengkakkan lutut yang tiba-tiba datang dan pergi
  3. kekakuan atau kesukaran menggerakkan sendi lutut
sakit lutut
sakit lutut

Jenis-Jenis sakit lutut

  • Artritis degeneratif – Banyak melakukan pergerakan lutut akan menyebabkan kerosakan progresif pada tulang, rawan lutut dan tendon.
  • Ligamen terseliuh – Di mana Ligamen yang koyak sedikit dan koyak sederhana.
  • Bursitis dan tendenitis – melakukan senaman memusing, menendang atau membengkokkan kaki dengan penggunaan lutut secara berlebihan.
  • Meniskus koyak – Lebih kurang sama seperti yang sebelumnya. Ia terjadi akibat pergerakan memusing dan pemampatan lutut yang berulang-ulang.
  • Berikut mungkin faktor yang menambahkan risiko arthritis. Berat badan yang berlebihan, Peningkatan usia, Keturunan dan kecederaan berat bagi yang bersukan.
sakit lutut
Sakit Lutut

Perlindungan buat pesakit lutut dan Sendi

Gunakan kasut yang menyerap hentakan. Elakkan aktiviti yang memberi tekanan dan sakit lutut pada otot sendi. Guna alat pembantu untuk bagi bangun dari kerusi, tandas dan katil. Bagi mengurangkan sakit lutut, elakkan duduk dan mencangkung sebaiknya duduk di atas kerusi. Sebaiknya gunakan kerusi yang ada pemegang tangan untuk membantu anda bangun dari kerusi.

Cara menangani masalah tekanan otot sendi dan sakit lutut adalah dengan kerap berehat dan bertenang. Aktiviti juga harus di ubah supaya sesuai dengan diri. Jangan paksa diri melakukan perkara yang lebih berat sebaiknya seimbangkan aktiviti dan rehat.

Pencegahan sakit lutut

Bersenam dapat membantu melancarkan pengaliran darah dan ia dapat membuatkan tulang dan otot kita kuat. Mengurangkan berat badan untuk mengurangkan tekanan pada sendi. Pemilihan makanan yang seimbang untuk memiliki berat badan yang ideal. Gunakan mekanisma badan dan postur. Jaga kesihatan dengan berehat dan kurangkan tekanan pada sendi.

Antara contoh makanan yang dapat membantu mencegah sakit lutut

Dengan pengambilan kalsium seperti yang terdapat dalam kacang, badam, oren, bayam, kacang buncis, ikan salmon dan produk tenusu seperti susu skim, keju dan yoghurt. Selain daripada makanan diatas terdapat juga beberapa buah-buahan dan sayuran yang dipercaya bagus untuk mencegah sakit lutut. Pengambilan makanan ini dapat membantu menguatkan tulang dan sendi anda. Berikut adalah buah-buahan dan sayuran tersebut :

sakit lutut
sakit lutut – makanan cegah

Oren – Jus segar segelas sehari dapat menurunkan risiko keradangan

Tomato – Minum 2 kali sehari dapat mencegah tulang rapuh

Brokoli – Mengandungi banyak vitamin yang berguna untuk menjaga kekuatan sendi

Kiwi – Dapat mengurangkan risiko Arthritis dan baik untuk tulang

Epal – Mengandungi antioksida yang melawan radang sendi.

Lobak – Selain untuk kesihatan mata, ia juga bagus untuk kekuatan tulang.

Jenis rawatan sakit lutut :

Rawatan Konservatif sakit lutut 

A)Mengambil ubat penahan sakit
B)Menggunakan ais untuk membantu surut bengkak
C)Menggunakan tongkat bagi mengurangkan impak tekanan ke atas lutut yang cedera
D)Menyuntik pelincir tiruan ke dalam lutut

sakit lutut
Sakit Lutut

Rawatan Pembedahan sakit lutut dan sendi

Bagi meniskus yang koyak, (bergantung kepada keadaan koyakkan tersebut) meniskus yang koyak sedikit, boleh dijahit semula. Akan tetapi untuk koyakkan yang kompleks atau koyakkan secara degenerasi perlu dinipiskan menggunakan alatan mudah secara artroskopi tanpa perlu pembedahan luka yang besar.

sakit lutut sakit belakang
Sakit Lutut

Selain daripada rawatan untuk sakit lutut di atas, ada berita baik untuk korang. Terdapat juga cara untuk membantu mengurangkan sakit lutut iaitu dengan menggunakan Pro Kas. Gel Sapu berkualiti tinggi untuk kegunaan luaran mampu MEMBANTU :

Mengurangkan sakit lutut, sengal sendi, sengal bahu, lenguh tulang dan memberi kesegaran selepas menggunakan Pro Kas.

Sakit Lutut Sakit Belakang Pro Kas

Antara bahan-bahan yang terkandung dalam Pro Kas ini ialah Aloe Vera, kaya Vitamin dan Mineral, DMSO, Soya, Delima dan Menthol.

Sakit Lutut Sakit Belakang Pro Kas
Sakit Lutut – PRO KAS

Untuk info lanjut mengenai produk yang membantu mengurangkan sakit lutut, sila layari PRO Kas segera.

Tidak salah kita cuba semua kaedah rawatan baik rawatan pakar mahupun alternatif. Yang penting kesihatan haruslah di jaga sebaiknya. Tidak ada sakit lutut sebelum usia meningkat. Lututkan nak pakai lama.

***Info sumber rujukan dari Hospital Port Dickson dan Utusan Kesihatan.

Nak lebih tips dari Imahtalks ? Layari Review & Tips

(Visited 8,629 times, 3 visits today)