Review Clinique ABS (Anti Blemish Solution)

Review Clinique ABS (Anti Blemish Solution)


Hari ni aku merupakan hari pertama aku pakai abs from clinique. Benda ni sampel aku dapat tahun lepas. Masa tu aku tengah ngandung kan Imran. Masa time ngandung takut lak aku nak pakai menda ni. So aku pun bukak balik tempat khazanah sampel dan bermula pengembaraan aku dan Anti Blemish Solution ni. Bila aku google kat clinique.com tak der lah pulak menda ni yang ada Acne solution. Mungkin dah tukar nama atau pun panggilan manja tu hanya untuk Malaysia sahaja. Nanti aku gi counter tanya kan untuk korang ek! Dalam sampel yang aku dapat tu ada 3 benda, macam 3 steps korang. Ada bar soap, clarifying lotion and clearing moisturizer.

 

IMG01776-20130909-0054

Masa aku gi cuci muka tadi. sabun tu tak banyak buih sangat. aku pun gonyoh sesuka hati. Lepas dah lap muka kekering. Aku rasa minyak kat sekitar muka hilang tapi masih lembap2 kulit kitalah. Pastu aku pun dab2 la clarifying lotion ni kat sekitar muka. Tapi sebelum nak pakai benda ni kena goncang dulu sebab ada serdak putih kat bawah dia. Jadi kena sebatikan dulu baru tepuk kat muka guna cotton ball. Bila sapu jer kat muka aku rasa sejuk rasa cam spirit taruk kat muka. hikhik… Marah lak Clinique nanti.. Ni pandangan apa yang aku rasa.

 

20130909_022220              s2

Bila dah agak kering lotion tu aku pun tempek clearing moisturizer. Arahan dia suruh sapu nipis2 jer. Risau kulit mengelupas. Yerla dah nak kasi kecut jerawat. Mesti menda tu mengering kan kulit kita. Texture dia tak oily cepat resap dekat kulit. Habis bab 3 steps ABS. Tunggu sampai aku habis pakai baru kita tau perubahannya.

20130909_021854 c