Resipi Puding Coklat Sempoi

resipi puding cokelat

Selamat berpuasa semua. Hari aku nak share resipi penyejuk tekak untuk berbuka. Resipi Puding Cokelat Sempoi! Aku dapat resipi ni dari FB. Terima kasih kepada yang empunya resipi. Dapat gak merasa puding cokelat buatan sendiri.

Bahan-bahannya

20g agar-agar tali (kalau tak tali tak tau jadi ke tak)

1/2 cawan gula

1/2 cawan koko

1 tin susu pekat manis (boleh kurangkan kalau takut manis)

5 cawan air

Sebelum nak masak agar-agar ni lebih elok rendam dulu jap bagi kembang sikit. Okay kita mulakan dengan masukkan agar2 tali bersama-sama 5 cawan air. Bila agar2 dah larut, Kemudian masukkan gula.

resipi puding cokelat

Kacau pelan-pelan pastu masukkan susu pekat manis. Macam dalam resipi tadi aku ada bagi tau kalau takut manis boleh la kurangkan. Kalau macam aku dalam setengah tin jer lebih kurang satu cawan.

resipi puding cokelat

Kemudian yang terakhir masukkan koko. Kacau sampai sebati. Pastu dah boleh tuang dalam acuan atau loyang. Simpan dalam peti sejuk.

resipi puding cokelat

Inilah rupa lepas dah beku. Oleh kerana buat masa tengah puasa tak boleh nak budget rasa. Masa time berbuka tu cuba makan, rasanya okaylah manis-manis buah jer sebab aku tak letak 1 tin ikut macam resipi. Cuma cokelat dia tak berapa rasa sangat. Mungkin next aku bubuh 1 cawan. heheheh 😛 biar piau pahit cokelat tu. Patutlah tengok gambar orang lain nya cokelat hitam jer rupa, yang aku nyer coklat tak berapa hitam. Mungkin depa tambah koko lagi. Next boleh adjust lagi koko tu. Sebab aku ni memang hantu dark chocolate. So selamat mencuba. 🙂