Rawatan resdung (sinusitis), punca , tanda-tanda dan pencegahan awal

Rawatan Resdung Seri Emas

Resdung atau lebih sainstifik di kenali sebagai sinusitis memang dah sebati dengan orang kita. Resdung juga merupakan singkatan bagi perkataan resah hidung.

Pernah tak korang sering selesema, bersin, mengalami gatal mata dan hidung tersumbat secara berterusan yang melebihi satu bulan. Dah dapatkan rawatan ke belum?

Jika keadaan begini berlarutan, baik korang berjumpa dengan doktor segera bagi memastikan sama ada korang mengalami masalah resdung atau alahan biasa.

Jangkitan bakteria ke atas rongga hidung pada sekelilingnya adalah salah satu punca resdung , juga  di panggil sinusitis.

Punca resdung terjadi jika terdapat jangkitan bakteria pada kawasan sekeliling rongga hidung kerana rongga-rongga yang ada pada tulang muka, bersambung ke hidung melalui saluran-saluran sangat kecil telah tersumbat.

Terdapat 4 bahagian sinus iaitu sinus frontal, sinus etmoid, sinus maksila, dan sinus sfenoid. Ia meliputi pada kawasan muka seperti pipi di bawah mata, di bahagian antara dua mata, di bahagian dahi seseorang dan hanya sedikit di belakang hidung.

Rawatan Resdung

Kategori Sinus

Resdung berpunca kerana rerambut halus silia gagal untuk menyempurnakan fungsi dalam membantu pengaliran mukus.

Percaya atau tidak, aktiviti sihat seperti berenang dan menyelam juga merupakan antara faktor punca risiko resdung kerana airnya yang tercemar tanpa kita sedari.

Tanda-tanda resdung yang ketara biasanya kerap bersin, hidung tersumbat, selesema, mata gatal dan berair. Itupun dalam keadaan seperti ini masih ramai yang tidak berani tampil mendapatkan rawatan resdung serta nasihat doktor atas alasan penyakit yang di hidapi tu tidak seteruk mana…..

Tanda-tanda Resdung

Alahan Resdung

Sekiranya korang biarkan perkara ini melarat. rongga sinus akan tersumbat. Sepatutnya rongga sinus berfungsi untuk pengudaraan tetapi telah terhalang kerana bakteria telah terperangkap pada rongga hidung, yang mengakibatkan nanah terkumpul.

Penghidap berisiko kepada jangkitan telinga tengah atau kegagalan Tiub Euschasian. Ketika itu pesakit akan merasakan tidak selesa di bahagian muka. bendalir hijau akan meleleh dari hidung sekiranya lambat dirawat akan mengakibatkan jangkitan kuman pada otak. Terdapat juga penghidap resdung mangalami asma akibat dari resdung yang berterusan kerana hidung bersambung dengan paru-paru. Sedikit menganggu sistem respitori.

Rawatan Resdung - tanda-tanda resdung

Perbezaan Rongga Sihat dan Tidak sihat

Lazimnya, pesakit resdung akan berhadapan dengan keadaan seperti kerap bersin, dengkuran yang kronik, batuk, gatal-gatal hidung & mata, demam, cepat letih serta berasa sakit kepala pada waktu pagi. manakala bagi yang sudah kronik pula, resdung boleh memberi kesan buruk terhadap telinga sehingga menyebabkan seseorang itu menjadi pekak. Lebih mengerikan, sekiranya resdung kronik dibiarkan berlarutan tanpa sebarang rawatan, ia boleh mengundang maut akibat komplikasi pada otak.

Tanda-tanda resdung

rawatan resdung

Jika simptom resdung masih berlarutan, terdapat teknologi baru di mana rongga-rongga sinus terlibat akan dibuka dengan menggunakan alatan khas di bawah penglihatan kamera skop. Pembedahan endoskopi ini tidak memerlukan belahan pada kulit kerana prosedurnya di buat di dalam rongga hidung. Rawatan terkini ini sangat berbeza dari kaedah lama kerana pembedahan perlu terpaksa dibuat pada sekitar bahagian hidung.

Masalah alahan hidung masih boleh terjadi selepas pembedahan dan ia dapat dikawal melalui penggunaan ubat resdung dan pantang yang sepatutnya. Mencegah merupakan cara terbaik ialah dengan segera mendapatkan rawatan resdung sebelum menjadi kronik

Tanda-tanda resdung dan Simptom :

Tanda-tanda Resdung (sinus)

Tanda-tanda Resdung (sinus)

* Pada bahagian antara mata akan berasa sakit dan berat

* Hidung yang tersumbat

* Berasa lendir pada tekak serta hidung

* Sakit tekak berulang-ulang dan berpanjangan

* Gejala alahan seperti bersin, gatal hidung dan mata.

* Demam atau rasa tidak sedap badan yang berpanjangan punca gejala di atas

Punca resdung :

* Susunan sempit  pada tulang dalaman hidung

* Hidung bengkok

* Mandi, menyelam dan terjun dalam air yang kotor

* Jangkitan pada gigi atas

* Terdapat ketumbuhan dalam hidung

* Objek kecil dimasukkan ke dalam hidung, contohnya putik kapas, manik dan kertas

* Tisu belakang hidung membengkak terutamanya pada kanak-kanak.

Komplikasi resdung :

* Jangkitan nanah pada sekitar bahagian mata

* Jangkitan pada otak (meningitis)

* Sakit tekak yang kerap dan kronik

* Jangkitan pada sekeliling tulang muka

* Memberi kesan teruk pada pesakit lelah

* Berdengkur kuat

* Jangkitan telinga, tekak dan tonsil, terutamanya kanak-kanak

*  Hidung yang sensitif

* Selesema yang berlarutan

Diagnosis resdung:

* Skop hidung di lakukan untuk melihat punca dan solusi rawatan resdung

* Scan CT hidung untuk melihat rongga-rongga yang terlibat dan kawasan putih menkorangkan lendir atau dipenuhi nanah

Rawatan Resdung :

Rawatan resdung yang bersesuaian  akan di cadangkan oleh doktor berdasarkan simptom gejala pesakit dan hasil dari diagnosis yang di perolehi.

* Antibiotik akan di berikan selama 10 – 14 hari bagi pesakit resdung

* Ubat selesema yang bersesuaian

* Ubat resdung jenis titis atau semburan hidung lebih di kenali sebagai Dekongestan

* Pakar perubatan akan mempertimbangkan pembedahan hidung setelah rawatan-rawatan resdung lain tidak efektif ataupun terdapat sesuatu yang menghalang sinus dan ia sukar disembuhkan dengan hanya ubat-ubatan resdung.

Tips pencegahan dan rawatan resdung :

* Bagi pesakit resdung, disarankan agar elakkan menyapu rumah tetapi sebaiknya menggunakan mop dan penyedut hampagas.

* Elakkan makanan seperti makanan laut yang kaya protein atau belacan yang boleh menyebabkan alahan

* Rehat yang secukupnya. Berbaringlah supaya dapat bernafas dengan lebih baik kerana ia berupaya melegakan keadaan resdung

* urutan ringan perlu di buat di sekitar kening, mata, hidung & pipi.

* Hirup sup atau air panas seperti teh.

rawatan resdung

Rawatan resdung

* Gunakan tuala yang telah di basahkan dengan air suam dan lap pada muka  ataupun kerap lakukan pernafasan wap

* Jangan menggunakan semburan hidung dekongestan lebih dari tujuh hari kerana bimbang bengkak sinus akan menjadi lebih teruk selepas korang memberhentikan penggunaannya

* Gunakan larutan salina untuk bilas saluran sinus yang boleh didapati di farmasi.

* Untuk merawat kesakitan, anda boleh menggunakan ubat-ubatan seperti acetaminophen dan parasetamol.

* Sebelum mengambil ubat-ubatan berbincanglah dahulu dengan doktor  kerana sesetengahnya boleh memburukkan lagi gejala resdung ataupun menimbulkan masalah lain.

Rawatan resdung

Sabun Seri Emas

Selain daripada rawatan resdung di atas, ada berita baik untuk korang. Terdapat juga cara mudah, serta tidak menyakitkan dapat membantu mengurangkan masalah resdung juga membantu cara merawat resdung jerawat iaitu dengan menggunakan Sabun Seri Emas. Kenapa anda perlu cuba Sabun Seri Emas ini?

Tanda-tanda resdung - sabun seri emas

Sabun Seri Emas

rawatan resdung

Testimoni sabun resdung seri emas

sabun resdung seri emas - rawatan resdung

Testimoni sabun resdung seri emas

tanda-tanda resdung

Testimoni sabun resdung seri emas

tanda-tanda resdung

Testimoni sabun resdung seri emas

Koleksi Testimoni Sabun Seri Emas ====> KLIK SINI 

Bukan setakat testimoni pengguna jer. Seri Emas formulasi resdung ni pun dapat liputan meluas dari Blogger-blogger Malaysia. Boleh baca review dia orang kat SINI

Untuk info lanjut mengenai produk berkesan membantu mengurangkan alah resdung, sila layari Seri Emas segera.

Rawatan Resdung Seri Emas

Fanpage : www.facebook.com/seriemasmy
Website : www.seriemasbeauty.wordpress.com
Whatsapp : 0132298329

Shopee: seri emas beauty

***Info sumber rujukan dari MyHEALTH KKM

Nak lebih tips dari Imahtalks ? Layari Review & Tips

(Visited 104,616 times, 1 visits today)