Rawatan resdung (sinus), punca, tanda tanda dan pencegahan awal

Rawatan resdung (sinus), punca, tanda tanda dan pencegahan awal

Rawatan Resdung Seri Emas

Resdung atau nama sainstifiknya sinus memang sinonim dengan orang melayu kita. Resdung juga adalah singkatan bagi masalah resah hidung. ADAKAH korang sering mengalami bersin, selesema, mata gatal dan hidung tersumbat secara berterusan melebihi tempoh sebulan?

Jika keadaan begini berterusan, korang dinasihatkan berjumpa doktor bagi memastikan sama ada korang mengalami masalah resdung (sinus) kronik ataupun tidak.

Jangkitan bakteria ke atas rongga hidung pada sekelilingnya adalah salah satu punca resdung , juga  di panggil sinus. Resdung sebenarnya adalah rongga-rongga yang terdapat pada tulang muka dan bersambung ke hidung melalui saluran-saluran sangat kecil.

Sinus terbahagi kepada empat bahagian iaitu: sinus frontal, sinus etmoid, sinus maksila, dan sinus sfenoid. Ia terletak pada bahagian muka seperti di antara dua mata, pipi di bawah mata, hanya sedikit di belakang hidung turut serta meliputi di bahagian dahi seseorang.

Kategori Sinus - Rawatan Resdung

Kategori Sinus

Resdung juga berpunca akibat kegagalan rerambut halus silia dalam sinus untuk menyempurnakan fungsinya dalam membantu pengaliran mukus.

Jangan tak percaya aktiviti berenang ataupun menyelam juga merupakan antara faktor mengakibatkan risiko resdung selain dari asap rokok juga telah dikenal pasti sebagai punca radang hidung.

Biasanya hidung tersumbat, kerap bersin, selesema serta mata berair dan gatal adalah tanda tanda awal resdung. Itupun dalam keadaan macam ni tidak ramai yang berani pergi mendapatkan rawatan resdung serta nasihat doktor kerana alasan penyakit yang korang hidapi tak teruk sangat..

Ubat Resdung

Resdung

Alahan terjadi apabila perubahan cuaca, telinga tengah dan tekak membengkak akibat menghidu debunga, hama serta habuk. Perkara itu berlaku kerana hidung mula bertindakbalas lalu mengakibatkan simptom seperti bersin, selesema, gatal mata serta hidung berlarutan.

Sekiranya ia dibiarkan berlarutan rongga sinus akan menyebabkan hidung tersumbat. Sepatutnya rongga sinus berfungsi untuk pengudaraan tetapi telah terhalang. Akibatnya bakteria akan terperangkap pada rongga hidung, yang boleh membuatkan nanah terkumpul.

Rawatan Resdung - Perbezaan Rongga Sihat dan Tidak sihat

Perbezaan Rongga Sihat dan Tidak sihat

Pesakit juga terdedah kepada jangkitan telinga tengah atau kegagalan Tiub Euschasian. Ketika itu pesakit akan merasa kurang selesa di muka, bendalir hijau meleleh dari hidung sekiranya lambat dirawat akan menyebabkan jangkitan kuman di otak. Terdapat juga pesakit menghidap asma akibat resdung yang berterusan kerana hidung bersambung dengan paru-paru.

Lazimnya, penghidap resdung akan berhadapan keadaan seperti kerap bersin, dengkuran yang kronik, batuk, gata-gatal hidung, demam, letih serta berasa sakit kepala pada waktu pagi manakala bagi yang sudah kronik pula, resdung boleh memberi kesan kepada telinga sehingga menyebabkan seseorang itu pekak. Lebih menakutkan, sekiranya resdung dibiarkan tanpa sebarang rawatan, ia sebenarnya boleh mengundang maut akibat komplikasi pada otak.

cara merawat resdung

rawatan resdung

Sekiranya gejala resdung masih berterusan, kaedah baru akan dilakukan di mana rongga-rongga sinus terlibat akan dibuka menggunakan alat-alat khas di bawah penglihatan kamera skop. Pembedahan sinus endoskopi ini sama sekali tidak memerlukan belahan pada kulit kerana segala prosedurnya dilakukan di dalam rongga hidung. Ini berbeza dari kaedah lama pembedahan di mana belahan terpaksa dibuat pada sekeliling kawasan hidung.

Pun begitu, gejala alahan hidung masih boleh terjadi selepas pembedahan dan hanya dapat dikawal melalui penggunaan ubat rawatan resdung. Cara terbaik untuk mencegah resdung ialah dengan segera mendapatkan rawatan sebelum ianya melarat.

Tanda tanda dan simptom resdung:

* Hidung tersumbat

* Lendir daripada hidung serta tekak

* Muka berasa sakit dan berat terutamanya pada bahagian antara mata

Tanda tanda Resdung (sinus)

Tanda tanda Resdung (sinus)

* Sakit tekak berpanjangan dan berulang-ulang

* Demam atau rasa tidak sedap badan yang berpanjangan akibat gejala di atas

* Gejala alahan seperti bersin, gatal hidung dan sebagainya.

Punca resdung:

* Susunan tulang dalaman hidung yang sempit

* Hidung bengkok

* Mandi dan terjun dalam air yang kotor

* Jangkitan gigi atas

* Ketumbuhan dalam hidung

* Objek dimasukkan ke dalam hidung, contohnya putik kapas, manik dan kertas

* Tisu belakang hidung bengkak terutamanya kanak-kanak.

Komplikasi resdung:

* Jangkitan nanah pada sekeliling kawasan mata serta hidung

* Jangkitan otak (meningitis)

* Sakit tekak yang kronik

* Jangkitan tulang muka

* Memburukkan keadaan lelah

* Berdengkur yang kronik

* Jangkitan telinga dan tonsil, terutamanya kanak-kanak

*  Hidung sensitif

* Selesema biasa yang melarat.

Diagnosis:

* Skop hidung untuk melihat punca dan solusi rawatan resdung

* Scan CT hidung untuk melihat rongga-rongga yang terlibat dan kawasan putih menkorangkan lendir atau dipenuhi nanah

Rawatan Resdung:

Berdasarkan gejala pesakit dan hasil diagnosis, rawatan resdung bersesuaian akan disyorkan oleh pakar perubatan

* Antibiotik akan di pertimbangkan antara cara merawat resdung (10 hingga 14 hari bagi resdung akut)

* Ubat selesema

* Dekongestan; ubat rawatan resdung titis atau semburan hidung

* Pembedahan hidung hanya akan dipertimbangkan setelah rawatan-rawatan lain tidak berkesan ataupun jika ada sesuatu dapat menghalang sinus dan ia sukar disembuhkan dengan ubat rawatan resdung.

Tips mencegah dan rawatan resdung:

* Bagi pesakit yang mempunyai resdung disarankan agar elakkan menyapu rumah tetapi sebaiknya menggunakan vakum atau mop. Alternatif lain sekiranya ingin melakukan kerja-kerja pembersihan, gunakan topeng muka atau tutup hidup dengan kain untuk mengelak dari kotoran debu dan hama.

* Elakkan makanan yang boleh menyebabkan alahan seperti makanan laut yang kaya protein atau belacan

* Banyakkan berehat. Berbaringlah menggunakan bahagian badan yang membuatkan korang bernafas dengan lebih baik kerana ia berupaya melegakan resdung

* Hirup sup atau cecair panas seperti teh.

rawatan resdung

Cara merawat resdung

* Lap muka korang menggunakan tuala yang dibasahkan dengan air suam ataupun melakukan pernafasan wap

* Buat urutan pada wajah seperti mengurut pada sekitar hidung, pipi dan mata.

* Cara merawat pastikan jangan menggunakan semburan hidung dekongestan lebih dari tujuh hari kerana bimbang bengkak sinus akan menjadi lebih teruk selepas korang memberhentikan penggunaannya

* Bilas saluran sinus menggunakan larutan salina yang boleh didapati di farmasi

* Korang juga boleh menggunakan ubat-ubatan seperti acetaminophen dan parasetamol untuk merawat kesakitan

* Berbincanglah dengan doktor korang sebelum mengambil ubat demam kerana sesetengahnya boleh memburukkan gejala resdung ataupun menimbulkan lain-lain masalah

sabun seri emas - cara merawat resdung

sabun seri emas

Selain daripada rawatan resdung di atas, ada berita baik untuk korang. Terdapat juga cara mudah dan tidak menyakitkan dapat membantu mengurangkan masalah resdung juga membantu cara merawat masalah jerawat iaitu dengan menggunakan Sabun Seri Emas. Kenapa anda perlu cuba Sabun Seri Emas ini?

Sabun Seri Emas - cara merawat resdung

Sabun Seri Emas

Cara merawat resdung

cara merawat resdung

cara merawat resdung

Koleksi Testimoni Sabun Seri Emas ====> KLIK SINI 

Bukan setakat testimoni pengguna jer. Seri Emas formulasi resdung ni pun dapat liputan meluas dari Blogger-blogger Malaysia. Boleh baca review dia orang kat SINI

Untuk info lanjut mengenai produk berkesan membantu mengurangkan alah resdung, sila layari Seri Emas segera.

Rawatan Resdung Seri Emas

Fanpage : www.facebook.com/seriemasmy
Website : www.seriemasbeauty.wordpress.com
Whatsapp : 0132298329

***Info sumber rujukan dari MyHEALTH KKM

Nak lebih tips dari Imahtalks ? Layari Review & Tips