Warning: mysqli_num_fields() expects parameter 1 to be mysqli_result, boolean given in /home1/asz888/public_html/imahtalks.com/wp-includes/wp-db.php on line 3091
Mandian Antibakteria AIKEN

Rangkaian Mandian Antibakteria AIKEN Kekal dilindungi tanpa bauan seperti “ubat”

Aiken Key Visual

Rejim penjagaan badan melibatkan mandian harian bagi memastikan kita dilindungi daripada kuman yang tidak kelihatan sepanjang hari dan malam, maka produk mandian antibakteria adalah pilihan terbaik. Bagaimanapun masih ramai enggan menggunakan krim mandian jenis ini ekoran pegangan skeptikal bahawa semua produk mandian antibakteria berbau seperti “ubat”.

03

AIKEN, jenama dipercayai dalam produk penjagaan peribadi antibakteria dan perubatan selama tiga dekad, melancarkan Rangkaian Mandian Antibakteria AIKEN produk seisi keluarga yang diperkaya dengan ciri antibakteria untuk pengalaman mandian yang menyegarkan lagi harum tanpa bau ubat! Rangkaian Mandian Antibakteria AIKEN menyingkirkan 99.9% bakteria berbahaya dan memberikan perlindungan 24 jam daripada kuman dalam setiap mandian.

04

Rangkaian Mandian Antibakteria AIKEN menyediakan perlindungan antibakteria yang amat dikehendaki. Ia juga diperkaya dengan kombinasi bahan semula jadi. “Produk mandian Aiken berbau harum, menjadikan setiap mandian sebagai sesi memanjakan diri yang memuaskan,” ujar Edward Chen, Pengurus Pemasaran WIPRO-UNZA (Malaysia) Sdn. Bhd.

Aiken Protect & Care Refill Pack Aiken Extra Protection Refill Pack

Kemuncak acara itu termasuklah mempertontonkan komersial televisyen baharu yang berisi humor dan pek-pek isi semula baharu Rangkaian Mandian Antibakteria AIKEN – kedua-duanya akan berada di pasaran menjelang November depan.

Rangkaian Mandian Antibakteria AIKEN selamat untuk kegunaan harian dan sesuai buat seisi keluarga termasuk kanak-kanak. Dapatkan perlindungan 24 jam buat diri anda dan orang tersayang serta nikmati faedah-faedah alam semula jadi sambil membunuh 99.9% bakteria berbahaya dan ia juga harum.

01

Rangkaian Mandian Antibakteria AIKEN disediakan dalam dua saiz. Botol bersaiz 250ml dijual pada harga RM5.90 setiap satu manakala botol bersaiz 900ml ditetapkan pada harga RM16.90 setiap satu. Varian Extra Protection dan Protect & Care turut ditawarkan dalam dua saiz pek isi semula, 450ml dan 850ml yang masing-masing dijual pada harga RM6.90 dan RM11.50. Rangkaian Mandian Antibakteria AIKEN boleh didapati di semua cawangan peruncit utama, pasar raya besar dan farmasi utama.

4 Varian Rangkaian Mandian Antibakteria AIKEN (untuk perlindungan 24 jam daripada kuman)

Aiken 900ml Extra protection

Krim Mandian Antibakteria AIKEN Extra Protection
Krim Mandian Antibakteria AIKEN Extra Protection menyediakan perlindungan menyeluruh untuk seisi keluarga. Buih-buih berkrim yang mewah membersih kulit jauh ke dalam daripada sebum berlebihan dan kekotoran. Diperkaya dengan ekstrak antibakteria semula jadi seperti Rosemary, Bergamot dan Ginseng, ia memberi perlindungan sepenuhnya. Krim Mandian Antibakteria AIKEN Extra Protection menyingkirkan 99.9% bakteria berbahaya.

Aiken 900ml Protect & Care

Gel Mandian Antibakteria AIKEN Protect & Care
Bebas sabun bersama pH seimbang, Gel Mandian Antibakteria AIKEN Protect & Care membantu membersih, melembap dan memberi khasiat kepada kulit agar ia kekal sihat dan licin. Gel Mandian Antibakteria AIKEN Protect & Care menawarkan perlindungan sepanjang hari dan menyingkirkan 99.9% bakteria berbahaya. Diperkaya dengan Minyak Pokok Teh dan Taim (Thyme), ia mencegah pembentukan bakteria penyebab akne serta meninggalkan kulit anda dengan haruman menyenangkan.

Aiken 900ml Protect & Revitalize

Krim Mandian Antibakteria AIKEN Protect & Revitalise
Selepas sesi senaman di gim atau mereka yang menjalani gaya hidup aktif pasti berdepan isu bau badan. Segarkan tubuh anda bersama Krim Mandian Antibakteria AIKEN Protect & Revitalise yang mengandungi Lemon Mirtel, Pokok Kayu Putih (Eucalyptus) dan Pudina (Peppermint). Krim Mandian Antibakteria AIKEN Protect & Revitalise menyingkirkan 99.9% bakteria berbahaya dan membantu menghapuskan bau badan yang kurang menyenangkan. Nikmati mandian menyegarkan apabila ia membersih kulit jauh ke dalam daripada sebum berlebihan dan kekotoran. Krim Mandian Antibakteria AIKEN Protect & Revitalise membuatkan kulit anda segar dan harum sepanjang hari.

Aiken 900ml Protect & Nourish

Krim Mandian Antibakteria Aiken Protect & Nourish
Krim Mandian Antibakteria Aiken Protect & Nourish sesuai untuk mereka yang mahu mengekalkan kelicinan, kelembutan dan kecantikan kulit serta dalam masa yang sama, mendapat perlindungan daripada bakteria berbahaya. Diformulasi bebas sabun dengan pH seimbang bersama buah Pohon Ros (Rosehip) dan Kenanga (Ylang Ylang), Krim Mandian Antibakteria AIKEN Protect & Nourish membantu membersih, menghidrasi semula dan memberi khasiat dengan lembut kepada kulit sambil menyingkirkan 99.9% bakteria berbahaya. Ia memberikan anda keyakinan, terlindung daripada bakteria berbahaya dan berbau harum.