P&G melancarkan kempen ‘Daripada Ibu Kepada Ibu’, di seluruh negara bertujuan membantu ibu-ibu tunggal sempena kempen ulang tahun ke-30 P&G Malaysia

p&g dari ibu kepada ibu

Procter and Gamble Malaysia (P&G) bersama pelakon dan hos televisyenMalaysia yang diminati ramai, Izreen Azminda serta Food Aid Foundation telah bekerja sama untukmelancarkan ‘Daripada Ibu Kepada Ibu’, sebuah kempen seluruh negara yang menggalakkan rakyatMalaysia untuk membantu mengurangkan beban para ibu tunggal semasa bulan Ramadhan ini denganmemberikan sumbangan barangan.

‘Daripada Ibu Kepada Ibu’ akan berlangsung dari 15 Mei sehingga 15 Jun di 50 buah cawangan pasar rayayang terlibat (Giant, Tesco, MYDIN dan AEON) di seluruh negara. Para pembeli yang membeli produkP&G bernilai RM30 atau lebih, bakal layak menerima sebuah ‘Beg Hati’. Mereka kemudiannya digalakkanuntuk mengisi beg tersebut atau mana-mana beg lain dengan barangan tak mudah rosak seperti makanan kering atau makanan tin, minyak masak atau sabun cuci, dan meletakkannya di kotakpengumpulan yang ditempatkan di cawangan-cawangan yang terlibat. Food Aid Foundation kemudiannya akan mengumpul barangan tersebut di akhir kempen ini dan mengagihkannya kepada paraibu tunggal di seluruh Malaysia.

p&g dari ibu kepada ibu

“Sempena menyambut ulang tahun ke-30 P&G di Malaysia, kami telah memilih untuk memperbaikikehidupan masyarakat bagi komuniti-komuniti yang memerlukan. Di P&G, kami percaya bahawa peluanguntuk kita membawa perubahan dan berbuat baik kekal terbuka setiap hari. Kami telah membantu paraibu serta seisi rumah dari dahulu lagi dan kami percaya bahawa peranan seorang ibu dalam keluargamemerlukan kekuatan dan tidak boleh ditukar ganti. Kami berharap, menerusi kempen ini dan denganbantuan seluruh rakyat Malaysia yang murah hati, kami dapat meringankan beban para ibu tunggalsepanjang musim perayaan ini,” kata Ong Yuh Hwang, Pengarah Pengurusan bagi P&G Malaysia,Singapura & Brunei semasa pelancaran ‘Daripada Ibu Kepada Ibu’.

Izreen Azminda, duta bagi kempen ‘Daripada Ibu Kepada Ibu’ P&G Malaysia berkata, “Sebagai seorangibu tunggal, saya memahami cabaran yang dihadapi oleh ibu tunggal yang lain yang perlu menjadipencari rezeki sambil menjadi penjaga utama buat keluarga. Sokongan dari keluarga dan rakan-rakansememangnya memainkan peranan dalam menceriakan hidup kami terutamanya pada musim Raya dimana perbelanjaan sering kali lebih tinggi dari biasa. Saya bangga dapat menjadi sebahagian daripadakempen ini untuk memberi sokongan kepada suatu isu yang begitu bermakna buat saya.”

Di Food Aid Foundation, kami percaya bahawa semua orang layak untuk mendapat makanan yang secukupnya. Ibu tunggal biasanya kurang diendahkan oleh masyarakat namun kami berharap, menerusi kempen ini, kami dapat mengetengahkan cabaran yang mereka hadapi setiap hari dan bekerjasama untuk meringankan beban mereka sempena bulan Raya ini,” kata Mohamad Faisal Ghazali, Pengasas bagi Food Aid Foundation, yang turut hadir pada majlis pelancaran tersebut.

P&G sedar akan kepentingan menjadi warganegara korporat yang baik, dan dengan itu, mereka berusaha untuk memastikan bahawa komuniti di mana P&G bertapak kekal kukuh dan berkembang. Selain daripada ‘Daripada Ibu Kepada Ibu’, P&G Malaysia bakal melakukan kerja-kerja amal yang lain sebagai sebahagian daripada kempen ‘P&G Malaysia Membalas Budi’ sepanjang tahun ini. Antara komuniti lain yang bakal dibantu termasuklah kanak-kanak Orang Asli, mangsa banjir, dan rakyat Malaysia yang sukar mendapat air minuman yang bersih dan selamat.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang kempen  ‘Daripada Ibu Kepada Ibu’ dan senarai penuh cawangan yang mengambil bahagian, sila layari www.daripadaibukepadaibu.com.my untuk memainkan peranan dalam membawa perubahan besar pada kehidupan para ibu tunggal dan keluarga mereka di bulan Ramadhan ini.