Pengalaman Bersama ONEXOX telco terbaru dan terkini

Pengalaman Bersama ONEXOX

user get user - Pengalaman Bersama ONEXOXuser get user - Pengalaman Bersama ONEXOX

Pengalaman Bersama ONEXOX simkad? Hurmm…. Apa yang nak aku cuba ceritakan di sini ialah aku akan buat review sikit pasal telco yang agak baru bagi aku. Selain review pasal produk kecantikkan kali ni apa salahnya sekali-sekala cerita pasal Telco kan??

Sebelum tu nak cerita sikit dari mana asalnya ONEXOX ni. Ianya di tubuhkan pada tahun 2014 merupakan syarikat Bumiputera di bawah naungan One XOX Sdn Bhd dengan misi Menyediakan perkhidmatan berkualiti pada kadar berpatutan.

Seperti rangkaian telco lain. ONEXOX ni pun ada pasca bayar dan prabayar. Secara jujurnya dahulu aku pengguna prabayar “ku bersamamu~~~~”.  dan sekarang sebagai pengguna simkad prabayar ONEXOX, aku dengan teruja akan kongsikan pengalaman bersama ONEXOX.

Apa pengalaman yang syok sangat tentang ONEXOX ni?

Harga pek permulaan ONEXOX mampu milik

Pengalaman Bersama onexox - Starter Pack

Pengalaman Bersama onexox – Starter Pack

Macam ni lah rupa pek permulaan ONEXOX bakal korang terima nanti. Warna hijau gitu. Korang tidak harus menghabiskan lebih banyak wang kerana dengan hanya RM10 korang sudah mampu memiliki simkad ni. Sudah tersedia kredit RM5 di dalamnya. Harga mampu milik (RM10), bukan sahaja aku malah sesiapa pun boleh dapatkannya termasuk mahasiswa dan mahasiswi yang merupakan golongan terbesar menggunakan PRABAYAR!

Pengalaman Bersama ONEXOX Jimat dengan Family & Rakan

Dalam banyak-banyak faedah dan pengalaman bersama ONEXOX, inilah kebaikkan yang paling aku suka. Bukan nak bodek tapi korang boleh fikir sendiri. Korang boleh tambah 10 nombor family dan kawan-kawan korang yang melanggan rangkaian lain. Kalau masa pengalaman aku menggunakan servis “ku bersamamu” dulu ada limit jika nak tambah nombor dari rangkaian lain, paling maksima 4 jer dan selebihnya kena tambah nombor dalam rangkaian sama. Lepas tu akan dapat penjimatan seperti caj 6 sen untuk panggilan 30 saat manakala sms hanya 2 sen jer per sms. Banyak beza dengan “ku bersamamu” 6 sen per sms. Patutlah ONEXOX penjimatan terbaik.

1800 sms percuma

Betul ke ONEXOX ni? Tiba-tiba jer bagi sms percuma. Ceritanya begini sebagai pengguna baru korang akan mendapat 1800 sms percuma. Macam mana tu? Okay! sebagai tanda penghargaan korang sebagai pengguna baru, korang akan dapat 150 sms setiap bulan selama setahun. Jadi jumlah keseluruhan yang bakal di terima ialah 1800 sms. Seronoklah tu. Larat ke nak mesej bebanyak sampai lebam. Hehe!

Sms percuma ini hanya boleh di gunakan pada pengguna rangkaian ONEXOX sahaja

Pelan data yang berpatutan

Zaman teknologi serba canggih kalau tak ada smartphone rasa macam ketinggalan sikit. Yerla semua info dah boleh browse kat situ. Pernah tak korang ada pengalaman langgan internet mudah alih kononnya jimat? Aku selalu tertipu dengan rangkaian yang aku gunakan dulu. Mana taknya kekadang kita tak sempat guna pun dia dah siap-siap telan kredit. Terlebih guna pun tolak kredit. Stress. Tapi bersama ONEXOX korang tak payah risau pasal dia tiada risiko kehilangan kredit. Lega!

Boleh Buat Duit Tepi dengan Program User Get User

Pengalaman Bersama ONEXOX User Get User

Pengalaman Bersama ONEXOX – User Get User

Apa yang lebih menguntungkan bila kita ajak ahli keluarga, saudara-mara dan kengkawan untuk langgan ONEXOX ni. Kita dah kongsi banyak faedah bersama ONEXOX dan pada masa yang sama kita pun dapat 6% insentif setiap kali orang yang kita perkenalkan tu top up akaun dia. Jangan lupa pastikan nombor ONEXOX korang di masukkan bersama sewaktu pendaftaran di lakukan kepada pengedar yang sah. Jika jumlah ganjaran terkumpul dibawah RM50 ia akan dilunaskan dalam bentuk tambah nilai, sekiranya lebih RM50 ia akan di lunaskan dalam bentuk tunai ke dalam akaun bank. Ni baru adil. Untung dan kebaikkan ONEXOX kita kongsi bersama.

Top up akaun ONEXOX anda

Nak Top up pun senang jer. Macam aku selalu beli top up dekat 7E. Selain tu ada banyak lagi tempat boleh nak beli top up seperti :

a. E-recharge daripada pengedar-pengedar sah.
b. Slip top up / kod elektronik XOX daripada semua terminal e-pay, MOL (Money Online) dan 7Eleven.
c. Top up menerusi portal Self Care 

Pengalaman Bersama ONEXOX – Kekurangan dari segi servis

Eh takkan semua pengalaman bersama onexox ok? macam tak percaya jer. Sebenarnya adalah juga kekurangan dalam rangkaian ni. Selepas aku aktifkan simkad aku beberapa hari yang lalu aku pun cuba daftar online untuk ONEXOX sahabat. Tak sempat tukar password kemudian dia log out. Jadi apa berlaku? Bila aku nak log in tak boleh lah sebab dia mintak password. Nak daftar sekali lagipun dia keluar register invalid.

Pengalaman Bersama Onexox - Careline

Pengalaman Bersama Onexox – Careline

Aku pun terus call careline dia. Kalau call Careline 12273 guna nombor ONEXOX percuma tau. Tunggu punya tunggu tak sampai-sampai giliran. Call lagi sekali dia keluar No Circuit/Channel Available. Alamak! apa pulak ni? Setelah call Careline percuma dok keluar tu jer, aku pun rasa nak call Careline 1300888010 berbayar. Tak juga tiba giliran. Dari kredit aku habis call talian berbayar tanpa mengenal erti jemu (huhuhuh) aku call balik 12273 dan kemudiannya dapat. Magik pulak kejap dapat kejap tak. Lepas ajukan masalah yang aku hadapi masih tak selesai juga kerana careline ni hanya kendali masalah macam mobile data internet atau status nak kekalkan nombor korang yang sedia ada. Customer service ONEXOX tu suruh aku call no yang dia bagi. Rasa-rasanya bila pulak aku nak call. Benda baru tak semestinya semua sempurna. Banyak lagi yang perlu di perbaharui. Setakat ni, itu jer pengalaman kurang baik. Tapi aku rasa pengalaman bersama rangkaian lain pun careline dia lagi pening. Tekan sana tekan sini tak jugak dapat bercakap dengan careline dia.

Penaja Contest SEO – Pengalaman Bersama OneXOX

Pengalaman Bersama ONEXOX

Pengalaman Bersama ONEXOX – Contest SEO

Selain review pengalaman bersama ONEXOX, aku juga sedang sertai pertandingan SEO yang di taja oleh blogger-blogger tempatan. Berikut merupakan penaja-penaja untuk pertandingan pengalaman bersama onexox kali ni.

>>> Terima kasih penaja <<<<

Nak join contest seo pengalaman bersama onexox ? Klik Nak Simkad ONEXOX PERCUMA

Lebih tips dari Imahtalks ? Layari Review & Tips

Readers Comments (10)

  1. great product thanks!!!!!!!

  2. setelah guna onexox ni aku rasa banyak kelebihan onexox ni berbanding telco lain..cuma mereka masih baru memang ada beberapa perkara yang mereka perlu perbaiki…diharap onexox akan terus maju dan terus menjadi yang lebih baik

  3. Salam…
    Puan, ada berita mengejutkan…. Setakat ini ada 2 peserta contest SEO sudah Disqulified.. Nak dapatkan perkembangan terbaru tentang contest ini, boleh baca di blog saya… TQ

  4. Salam buat Imah… Pengalaman Bersama ONEXOX pasti tidak dapat dilupakan. Tulah…semua yang baru pasti ada masalahnya. Semoga pihak ONEXOX ambil perhatian terhadap aduan yang mereka terima dan cuba perbaiki dari masa ke semasa. Apa pun semoga berjaya buat IMAH.

  5. Terima kasih kerana sudi menyertai contest ini dan juga sudi berkongsi pengalaman menggunakan ONEXOX..

  6. @lela. internet tak cuba lagi tapi kalau friends and family memang jimat.

  7. Belum lagi. Baru ngetest2 dulu.

  8. speed internet kalau power nak juga try

  9. It also lists the benefit of a VPN under Hallmarks of the Best VPN Software.
    Essentially anyone who uses a public wi-fi hotspot
    is at risk. Tools such as firewalls and anti-virus software are very
    useful and highly recommended.

  10. ramai juga yang dah guna onexox…. kau ejen ke?

Comments are closed.