Warning: mysqli_num_fields() expects parameter 1 to be mysqli_result, boolean given in /home1/asz888/public_html/imahtalks.com/wp-includes/wp-db.php on line 3102
Pembukaan cawangan ke-4 Happikiddo di Quill City Mall | imahtalks.com

Pembukaan cawangan ke-4 Happikiddo di Quill City Mall

Happikiddo

happikiddo13

Pada hari khamis yang lalu aku mendapat undangan sempena pembukaan Cawangan Happikiddo yang ke 4. Acara bertempat di tingkat 2 Quill City Mall. Ramai media dan blogger berserta pemenang hadiah Happikiddo Selfie contest yang hadir ke acara tersebut.

Happikiddo

Acara di mulakan dengan kata alu-aluan oleh Penagasas dan Pengarah Urusan iaitu Miss Elaine Chew. Menurut beliau Gedung Happikiddo dapat membantu ibu bapa yang sibuk bekerja untuk berbelanja semua keperluan bayi dan kanak-kanak dalam satu kedai. Dalam ucapan tersebut beliau berkata, “Happikiddo adalah lebih daripada sebuah kedai, kami juga adalah sumber perkhidmatan pelanggan untuk produk kanak-kanak. Kami dapat membantu ibu bapa dalam memilih produk yang baik dari segi kualiti yang terbaik dan mempunyai ciri-ciri keselamatan yang tinggi.”

happikiddo3    happikiddo8

Pada yang sama Happikiddo turut bekerjasama dengan Elaine Daily yang merupakan selebriti dan bakal ibu untuk memperkenalkan jenama Happikiddo. Seterusnya acara di meriahkan lagi dengan sessi memotong Giant Cake.

happikiddo11

Happikiddo juga mempunyai sebuah kafe keluarga yang di beri nama Big Daddy Little Chefs. Ia di reka khas untuk memenuhi selera ibu bapa dan kanak-kanak. Kafe ini menawarkan menu yang terdiri daripada makanan tempatan dan fusion yang menepati citarasa pelbagai peringkat umur.

happikiddo10 happikiddo

Terdapat juga kawasan untuk anak-anak bermain sementara ibu bapa boleh menikmati hidangan dengan selesa. Ia turut menawarkan workshop dari masa ke semasa, dan menerima tempahan untuk majlis-majlis terutama majlis harijadi.

10407577_763874117043869_5361699952283282898_n

Akhir sekali, selepas upacara perasmian dan penyampaian hadiah pada hari tersebut ialah sesi mengambil gambar berkumpulan. Para media dan blogger di jemput untuk melihat-lihat promosi dan produk-produk yang di pamerkan di dalam kedai.

happikiddo15

En Suami kata nak beli basikal ni untuk Akmal Imran. Hehe!

LEMBAR FAKTA

• Ditubuhkan pada tahun 2012, Happikiddo adalah sebuah kedai bayi konsep yang inovatif untuk ibu, bayi dan kanak-kanak.

happikiddo16 happikiddo20

happikiddo19 happikiddo18

happikiddo17

• Ia menawarkan lebih daripada 100 jenama antarabangsa dengan lebih daripada 10,000 produk di bawah satu bumbung terasuk makanan ringan, mainan pendidikan dan kelengkapan peribadi, pakaian dan perabot bayi.

happikiddo9

• Ia kini mempunyai empat cawangan di seluruh Lembah Klang, di buka 10:00-22:00 setiap hari:

1. Happikiddo Citta Mall
Lot No. F23-F25, Tingkat 1, Citta Mall, Ara Damansara, Petaling Jaya.
Tel .: + 603-7859 9330

2. Happikiddo Quill City Mall
Lot No. 2,26-2,31, Tingkat 2, Quill City Mall, 1018 Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur.
Tel .: + 603-2602 1596

3. Happikiddo Publika
Lot No. 9 Aras 1 UG, Publika Shopping Gallery, Solaris Dutamas, Jalan Dutamas 1, Kuala Lumpur.
Tel .: + 603-6206 1830

4. Ibu Sepanjang Bulan
Tahap G3-49, Publika Shopping Gallery
Tel .: + 603-6211 2258

• Web: www.happikiddo.com 

• Facebook: www.facebook.com/Happikiddo

• Instagram:thehappikiddo

Happikiddo