Warning: mysqli_num_fields() expects parameter 1 to be mysqli_result, boolean given in /home1/asz888/public_html/imahtalks.com/wp-includes/wp-db.php on line 3189
Nivea In Shower Skin Conditioner Review

Nivea In Shower Skin Conditioner – Losyen Badan Bilas Pertama

 Nivea In Shower Skin Conditioner Review

Korang nak kulit yang lembut tetapi malas untuk menyapu losyen kerana kesuntukkan masa? Erm.. Nivea ada penyelesaiannya dengan mengeluarkan produk inovasi terbaru iaitu Nivea In-Shower Body Lotion Skin Conditioner telah membantu korang yang terburu-buru sehingga mengabaikan kelembapan kulit.

Nivea In Shower Skin Conditioner Review

 Okay bunyi macam menarik. Macam mana nak guna losyen masa mandi? Ini bukan losyen biasa. Ini adalah pada dasarnya satu perapi untuk kulit. Daripada perlu menggunakan losyen badan selepas mandi, korang hanya menggunakan benda ini sahaja selepas gel mandian biasa korang sebelum membilas dan bersiap. Di rumus khas untuk melembapkan kulit. Jadi korang tak payah susah-susah nak bawa losyen sana-sini.  Syoknya!!! Tengok rajah kat bawah cara-cara nak guna.

Nivea In Shower Skin Conditioner Review

Nivea In Shower Skin Conditioner Review

 Ini pendapat peribadi aku. Aku gunakan untuk jenis kulit normal. Semasa menyapu Nivea In Shower Skin Conditioner ni aku rasa macam mandi guna losyen. Licin!!! Bila dah bersiap pakai baju semua, pada mulanya aku tak rasa apa-apa perbezaan yang ketara. Sehingga aku keluar dan cuaca kat luar pula panas, aku dapati kulit aku masih lembap, tidak kering, seolah-olah aku telah menggunakan losyen! Seronoknya! Aku sering keluar dan apabila pulang ke rumah pula pasang penghawa dingin. Dengan penggunaan Nivea In Shower Skin Conditioner kulit tetap lembut, lembap dan licin.

Nivea In Shower Skin Conditioner Review

Pernah juga aku mandi hanya menggunakan sabun mandian sahaja tanpa menggunakan Nivea In Shower Skin Conditioner. Aku dapati kulit berasa tegang dan perlukan losyen untuk memberi kelembapan semula. Kena tunggu losyen meresap baru selesa nak pakai baju. Leceh! Jadi aku betul-betul yakin dengan Nivea sebagai penyelamat dan menjimatkan masa. Kini korang tak perlu tunggu sehingga losyen kering.

nivea imah2_edited-2

Nampak tak perbezaan? Yang sebelah kiri tu nampak lagi segarkan.

Setiap kali aku gunakan Nivea In Shower Skin Conditioner, aku akan lebihkan sapuan pada siku, lutut, ketiak dan pelipat kerana di bahagian ini kita selalu melakukan pergerakan dan merupakan kawasan kulit kering dan kasar. Walaupun ia cecair yang licin tetapi tidak melekit seperti kebanyakkan losyen badan. Yang pasti aku sukakan baunya yang harum sama seperti bau produk Nivea yang lain. Jangan tak tahu. Aku sering cium lengan aku sendiri kerana baunya yang lembut dan menyenangkan. Hehe! 😛

Nivea In Shower Skin Conditioner Review

Rasa macam nak mandi sambil nyanyi.

Tonton klip dari Nivea.

Korang boleh cuba dan rasai sendiri. Ia di datangkan dalam dua jenis iaitu untuk kulit kering (packaging biru) dan kulit normal (packaging putih). Bersaiz 250 ml. Dalam pasaran berharga RM16.90. Boleh di dapati di Watson atau Guardian berhampiran. Nak cuba dulu? Sekarang Nivea ada beri sampel untuk 5000 orang pertama yang berikrar untuk melakukan perkara yang baik dalam kehidupan. Baikkan Nivea? Untuk maklumat lanjut layari Fanpage Nivea.

Nivea In Shower Skin Conditioner Review

(Visited 852 times, 1 visits today)

4 Comments on "Nivea In Shower Skin Conditioner – Losyen Badan Bilas Pertama"

  1. is very nice, after I tried I purchase more to use hehe.. nnnamesherry.com

  2. Fatimah Khaidir | March 11, 2014 at 8:41 am |

    Kena Cuba. Senang jer nak dapat. Tak mahal pun. 😀

  3. Good… Senang jer nak cari. Bukan mahal pun. 😀

  4. Nak cuba nanti.

Comments are closed.