Nivea In-Shower Skin Conditioner Bukan Sahaja Untuk Wanit

Nivea In-Shower Skin Conditioner Bukan Sahaja Untuk Wanita! (Review En Suami)

NIvea In Shower Skin Conditiner

Nivea In-Shower Skin Conditioner

Cuaca tak menentu sekarang ni hujan dan panas buat kulit kita kering. Jadi untuk mlembapkan kulit kali ni aku sekeluarga guna Nivea In Shower Skin Conditioner yang merupakan cara mudah baharu bagi melembapkan kulit ketika waktu mandi.

Direka untuk digunakan selepas gel mandian, dapat menjadikan kulit terasa lembut, licin dan lembap, walaupun selepas dikeringkan.

Nivea In-Shower Skin Conditioner

Jika sebelum ni aku dah buat review mengenai Nivea In Shower Skin Conditioner botol putih. Sekali-sekala apa salahnya aku nak minta di kalangan keluarga aku sendiri yang review. Sebelum tu biar aku jelas produk ini bukan sahaja boleh di gunakan oleh kaum wanita sahaja bahkan kaum lelaki juga boleh pakai.

Sebab apa? Ia di buat khas untuk melembapkan kulit. Tak semestinya wanita sahaja ada kulit keringkan dan nak jaga kulit? Jadi aku suruh cik abangku guna NIVEA In-Shower Whitening Skin Conditioner.

NIvea In Shower Skin Conditiner

Produk ni dirumus khas untuk kulit kusam. Ia diperkaya dengan 50x Vitamin C daripada Camu-Camu yang dikenali dengan antioksidan semula jadi dan agen pencerah kulit. Jadi bolehlah kita tengok perbezaan kulit sebelum dan selepas nanti.

Setelah beberapa hari Encik suami aku pakai. Pertama sekali yang keluar dari mulutnya dia rasa macam ada sensasi dingin (cooling effect). Segar sekali. Lepas tu kulitnya rasa lembut dan licin.

Nivea In-Shower Skin Conditioner10

Dan yang paling dia suka ialah baunya yang tak kuat macam sesetengah produk penjagaan kulit sebab dia rasa bau macam talkum bayi. Memang betul setiap kali lepas mandi, bau produk yang melekat pada kulit tu berlegar-legar dekat rongga hidung. Mild sangat.

Bila dah lap badan kering-kering dia rasa kulit macam ada coating tapi sebenarnya bila dia cuba sentuh pada kulitnya memang tak ada benda yang melekit hanya perasaan sahaja. Selain tu, dia kata kesan kelembapan berkilau tu bertahan sepanjang hari. Hasil dari penggunaan setiap hari membuatkan kulit menjadi cerah sedikit berbanding sebelumnya.

Nivea In-Shower Skin sebelum  Nivea In-Shower Skin selepas

                                                                                                                                                                                             Sebelum                                                                  Selepas

Suami aku pun tanya, “macam mana NIVEA In-Shower Skin Conditioner bertindak sedangkan guna pada kulit yang basah lepas tu kena bilas serta-merta?”

Okay magik pada produk ini bila kita guna ketika kulit basah, pori-pori terbuka dan menjadikan ia waktu terbaik untuk kulit menyerap khasiat dengan mudah. Formula unik NIVEA In-Shower Skin Conditioner diaktifkan oleh air untuk melembapkan kulit sepenuhnya.

Nivea In-Shower Skin Chart

Kagum sangat pulak ada produk macam ni. Hehehe…. Memang sesuai untuk lelaki katanya. Mana taknya, jarang lelaki pakai losyen jadi ini salah satu alternatif untuk kaum lelaki yang nak jaga ketrampilan.


Sambil mandi sambil boleh jaga kulit. Tak buang masa. Faham-faham jerla lelaki. Kalau boleh semua benda nak mudah. Kalau cari syampu pun nak yang 2 dalam 1. Dengan adanya Nivea In Shower Conditioner ni ibarat pakai losyen masa mandi.

Nivea In-Shower Skin Conditioner8

NIvea In Shower Skin Conditiner

Jadi sekarang ni kami berkongsi menggunakan Nivea In Shower Skin Conditioner. Nampaknya kami kena beli dan simpan stok banyak-banyaklah. Confirm cepat habis kalau dah share. :p Harap-harap Nivea In Shower Skin Conditioner variant cocoa and milk masuk market Malaysia. Sudah pasti aku akan cuba…

Di datangkan dengan variasi, Saiz dan harga seperti berikut :-

NIVEA In-Shower Intensive Skin Conditioner

  • 250ml – RM16.90

  • 400ml – RM22.90

Nivea In-Shower Skin Intensive 250ml

  • 250ml – RM16.90

  • 400ml – RM22.90

NIVEA In-Shower Skin Conditioner

Nivea In-Shower Skin Hydrating 250ml

  • 250ml – RM16.90

  • 400ml – RM22.90

NIVEA In-Shower Whitening Skin Conditioner

Nivea In-Shower Skin Whitening 250ml

  • 250ml – RM18.90

  • 400ml – RM24.90

Sekarang ada promotion di Nivea Fanpage di mana korang akan dapat voucher potongan bernilai RM6 untuk pembelian Nivea In-Shower Skin Conditioner bersaiz 400ml selepas korang daftar. Pembelian hanya di Guardian SAHAJA.

*Tertakluk pada terma dan syarat.

Untuk maklumat lanjut mengenai produk Nivea boleh layari www.nivea.com.my info terkini Nivea fanpage

NiveaLogo