Neutrogena Deep Clean Set pelengkap dalam rutin pembersihan wajah

Hi korang. Post kali ini ialah mengenai produk dari Neutrogena. Dah hampir seminggu aku cuba set Neutrogena ni. Dan aku akan kongsikan pengalaman aku dengan ringkas mengenai produk Neutrogena termasuk produk terbaru mereka.

Neutrogena Deep Clean Blackhead Eliminating Daily Scrub8

Seperti pengenalan tadi aku dah cuba 3 produk Neutrogena iaitu Neutrogena Deep Clean Foaming Cleanser, Neutrogena Deep Clean Blackhead Eliminating Daily Scrub dan produk terbaru mereka Neutrogena Deep Clean Cleansing Oil to Foam.

Neutrogena Deep Clean Foaming Cleanser5

Pencuci muka Neutrogena Deep Clean Foaming Cleanser ni memang tidak asing lagi bagi aku kerana aku telah mencubanya dari Sekolah menengah lagi. Hanya picit tiub dan gunakan sebesar duit syiling 20 sen sudah memadai untuk membersihkan wajah. Buihnya yang berkrim memang cukup lembap untuk membuang kotoran dan minyak di muka serta sel kulit mati. Selepas bilas muka pun, kulit tak terasa kering atau tegang walaupun pencuci muka ni berfungsi sebagai pencuci pengawalan minyak. Clap! Clap! 😀Neutrogena Deep Clean Foaming Cleanser

Neutrogena Deep Clean Foaming Cleanser

Selain tu, aku memang suka guna pencuci yang ada beads malah produk yang aku guna seharian ialah Neutrogena Deep Clean Mulberry foaming Scrub dan Neutrogena Deep Clean Energizing Cleanser. Produk mesti beli sebab aku suka manik-manik halus dalam tu, rasa bersih dan puas setiap kali cuci muka. Rasa kotoran dekat pori-pori muka pun bersih sama. Jadi korang dah tahukan aku memang pengguna setia Neutrogena 😉 . Okay berbalik pada cerita asal, produk kedua yang aku nak ceritakan ialah Neutrogena Deep Clean Blackhead Eliminating Daily Scrub. Kalau nak scrub muka selalu di sarankan 2 kali seminggu kan? Tapi dengan Neutrogena Deep Clean Blackhead Eliminating Daily Scrub ni aku boleh bersih kotoran yang tersumbat di pori-pori wajah setiap hari tanpa perlu risau ia akan menipiskan kulit. Fungsi lebih kurang sama dengan produk yang aku cerita sebelum  ni, Cuma yang ni dia lebih tertumpu untuk mengurangkan blackhead. Butiran manik-maniknya lebih halus berbanding 2 produk yang selalu aku gunakan. Rasanya lepas ni bolehlah aku akan bertukar kepada Neutrogena Deep Clean Blackhead Eliminating Daily Scrub. Masih produk Neutrogena kan? Heheh. Bukan berpaling tadah.
Neutrogena Deep Clean Blackhead Eliminating Daily Scrub2

Neutrogena Deep Clean Blackhead Eliminating Daily Scrub3

Produk ketiga ialah Neutrogena Deep Clean Oil to Foam, produk ni agak baru di pasaran. Ada 3 jenis seperti  Neutrogena Deep Clean Hydrating Cleansing Oil to Foam (Botol warna Hijau), Neutrogena Deep Clean Brightening  Oil to Foam (Botol warna Merah) dan Neutrogena Deep Clean Cleasing Oil to Foam (Botol warna Biru) tapi yang aku nak review ni untuk jenis kulit normal. Produk ni ibarat macam kill two birds with one stone. Pada label packaging tertera Cleasing Oil tetapi bagi aku sebenarnya tekstur pembersih ini berbentuk  gel. Ia berfungsi sebagai penanggal makeup dan pencuci wajah. Kalau rasa nak jimat ruang toiletries bag boleh bawa 1 barang ni jer. Hehehe. Cara guna pun senang.

Tekan 1-2 pump ke tapak tangan, lumurkan ke muka. Gosok perlahan-lahan ke wajah untuk menanggalkan makeup

Neutrogena Deep Clean Cleansing Oil to Foam Neutrogena Deep Clean Cleansing Oil to Foam

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Kemudian basahkan dengan air, dan gosok semula muka untuk hasilkan buih-buih.

Neutrogena Deep Clean Cleansing Oil to Foam

Bilas muka seperti biasa. Tadaa… Muka pun kelihatan bersih dan segar.

Neutrogena Deep Clean Cleansing Oil to Foam

Ini pendapat peribadi ya. Dari foundation, eyasahadow dan lipstick semuanya dapat di tanggalkan kecuali eyeliner. Mungkin di sebabkan eyeliner yang aku pakai ni waterproof masih juga ada kesan eyeliner dekat waterline walaupun selepas cuci. Selain dari tu semuanya tiptop! Okay!

Kesimpulannnya antara kesemua produk Neutrogena Deep Clean, produk yang paling aku suka sekali ialah Neutrogena Deep Clean Blackhead Eliminating Daily Scrub. Ini di sebabkan ia amat sesuai umtuk kulit aku yang agak bermasalah, berminyak dan berjerawat. Selepas menggunakan Neutrogena Deep Clean Blackhead Eliminating Daily Scrub selama seminggu, ia bukan sahaja mengurangkan masalah bintik hitam, malah mengurangkan pertumbuhan jerawat baru serta memudarkan parut jerawat. Ini kerana manik-manik halus ni dapat membuanglan sel kulit mati dan menyingkirkan minyak punca kepada pori-pori muka tersumbat. Hasilnya kulit jadi lebih bersih, kurang berminyak dan ia menggalakkan pertumbuhan kulit baru. Memang antara produk terbaik!!!

Produk Neutrogena memang selamat di gunakan kerana telah di uji secara klinikal oleh Dermatologi. Harga pula berpatutan dan jimat. Boleh di dapati di Stor Farmasi Utama  yang berhampiran di seluruh Negara.

Untuk mengetahui info-info terkini mengenai produk Neutrogena boleh lah lawat:

Fanpage : Neutrogena Malaysia

Instagram : @NeutrogenaMy