Nature’s Baby Organics Shampoo & Body Wash – Lavender Chamomile | imahtalks.com

Nature’s Baby Organics Shampoo & Body Wash – Lavender Chamomile


Salam semua…. Wee…. Tinggal beberapa hari jer lagi nak raya. Ibu budak ni juga yang excited terlebih. Tahun lepas Imran baru setahun… Jalan pun tak berapa lagi. Sekarang ni dah masuk 2 tahun. Bukan setakat berjalan siap kena kejar pulak kalau pergi jalan-jalan kat mall sebab lari 4×100 meter…

Nature's Baby Organics Shampoo & Body Wash

 Bila cerita pasal anak ni. Semua benda aku nak yang terbaik buat Imran. Dari susu, makan, pakaian, lampin dan toiletries. Contohnya sabun mandi. Kalau boleh aku nak yang tiada bahan kimia. Biar selamat.. Nama pun bebudak lagi. Takkan dah nak pakai produk murah tapi kandungan punuh dengan bahan kimia.

 Nature's Baby Organics Shampoo & Body Wash

Kebetulan Nature’s Baby Organics ni merupakan produk semulajadi. Aku ambil peluang untuk buat review sikit mengenai jenama ni. Barang yang aku dapat kali ni ialah Syampu kanak-kanak yang di beri nama Shampoo & Body Wash – Lavender Chamomile. Ia boleh di gunakan dari rambut sampai ke kaki. Mudah… kalau nak travel pun bawak 1 botol ni jer dah ok.

Nature's Baby Organics Shampoo & Body Wash

Masa mula-mula pakai, Imran macam takut-takut kena mata. Ialah budak-budak. Mana reti pejam mata kalau kita dok gosok kepala dia. Tapi bila dia tengok buih-buih keluar. Seronok pulak dia main bubble… Senang kerja ibu. Boleh la nak sental badan, kaki, tangan semua.

 Nature's Baby Organics Shampoo & Body Wash

Dari segi packaging Nature’s Baby Organics Shampoo & Body Wash botolnyer kecil sahaja. Cuba tengok gambar, Imran pun boleh pegang. Warna syampu kelabu-putih. Untuk bau, agak menyenangkan sebab bau lavender. Memang favourite.. Menghasilkan buih yang sederhana. Yerla bahan organic memang kurang buih. Bagi aku, produk Nature’s Baby Organics memang sesuai untuk kanak-kanak sebab dia lembut jer pada kulit bayi. Selamat dan bebas bahan kimia. Aku yakin dengan produk ni sebab tengok tiada iritasi pada Imran. Alhamdulillah.

Nature's Baby Organics Shampoo & Body Wash

Kat mana nak dapatkan? Mudah sahaja. Korang boleh klik link di sini. Bermacam-macam jenis produk keluaran Nature’s Baby Organics Shampoo & Body Wash boleh di dapati di Hishop. Produk baby pun ada tau. Sebab tu aku suka beli barang online dekat Hishop ni.  Harga RM42.90 bersaiz 8oz. Untuk semua pembaca imahtalks yang ingin membeli produk ini, apa yang perlu korang lakukan ialah key in imahtalks semasa melakukan pembayaran dan korang akan dapat 15% rebate.

Jangan lupa bertandang : http://www.hishop.my
Daftar Akaun : http://www.hishop.my/create-account
Like Hishop : https://www.facebook.com/hishopmy
Follow twitter : https://twitter.com/hishopmy
Follow Instagram : http://www.instagram.com/hishopmy