Nature Republic Aloe Vera Soothing Gel kegunaan seisi keluarga

Nature Republic Aloe Vera Gel
Nature Republic Aloe Vera Gel

Aloe Vera atau di kenali sebagai daun lidah buaya banyak di gunakan dalam produk kecantikkan kita hari ni. Pelbagai guna dari hujung rambut ke hujung kaki.

Siapa pernah makan gel aloe vera yang asli? Aku pernah makan. Serius! Rasa manis-manis. Masa kecik-kecik dulu nenek aku selalu kata yang gel aloe vera asli bagus letak kat rambut supaya rambut lembut, sihat dan berkilau. Itu cerita dulu.

nature republic gel 6

Sekarang ni tak payah nak petik-petik. Banyak produk menggunakan aloe vera dan telah di komersialkan. Seperti contoh produk dari Korea dari jenama Nature Republic. Siapa yang tak kenal dengan gel aloe veranya?

Nature Republic Aloe Vera Gel

Antara kegunaan gel Nature Republic Aloe Vera ni ialah:

1) Sebagai kegunaan asas mekap.

-Jadi sebelum guna foundation sapukan sedikit di wajah supaya mekap tahan lebih lama. Atau lagi mudah campurkan foundation dan gel aloe vera  pada wajah dalam 2:1

nature republic gel 6

2) Pelembap pada muka

-Untuk pelembap muka korang boleh campurkan sedikit dengan minyak.

nature republic gel

3) Kegunaan selepas bercukur bagi lelaki

-Selepas bercukur boleh sapukan pada wajah bagi memberikan kelembapan dan mengelakkan keradangan.

4)Rawatan untuk rambut rosak

-Selepas cuci rambut. Ambil 1-2 sudu kecil dan sapukan pada hujung-hujung rambut. Untuk menggelakan hujung bercabang atau rambut kering.

5) Gel mata

-sesuai untuk mata yang letih atau bengkak. Letakkan gel ke atas kapas dan sejukkan dalam peti sejuk. Malam sebelum tidur letakkan di atas mata (Nyaman…..)

6) Pupur wajah

-Untuk masalah jerawat, eczema, radang kulit. Sapukan pada kulit yang bermasalah. 2-3 kali sehari untuk menyejukkan dan merawat secara semulajadi.

7) Pelembap badan

-Bagi menggantikan losyen, gel ini bertindak untuk melembapkan dan melembutkan kulit.

Nature Republic Aloe Vera Gel

Nature Republic Aloe Vera, produk bersaiz 300ml ni didatangkan dalam tub yang bewarna hijau. Ikut tema aloe vera. Mengandungi 92% ekstrak aloe vera dan mendapat kelulusan California CCOF. Gelnya pula jernih tanpa pewarna. Manakala baunya pula wangi, bau dedaunan hijau semulajadi. Untuk tekstur gel ni licin, sejuk dan cepat menyerap. Tidak melekit.

Nature Republic Aloe Vera Gel3Nature Republic Aloe Vera Gel3

Bagi aku, gel ni memang pelbagai guna untuk seisi keluarga mana taknya. Anak aku Akmal Imran pun boleh guna. Tips : Sapukan pada bekas gigitan nyamuk. Tak tinggalkan parut. Ini pula tips yang selalu aku gunakan. Buat sebagai pelembap bibir. Produk natural apa nak di risaukan.

nature republic gel

Harganya pula sangatlah berbaloi-baloi. Sekarang ni Hermo ada buat promosi untuk Nature Republic Aloe Vera – RM14.00 bagi satu tub bersaiz 300ml. Cepat-cepat dapatkan di Hermo atau klik gambar di bawah untuk mendapatkan penjimatan ini.Nature Republic Aloe vera gel

(Visited 6,553 times, 1 visits today)