MYCHAMPION aplikasi kerjaya untuk kanak-kanak

MYCHAMPION aplikasi pembelajaran terkini untuk anak-anak 7-12 tahun

MYCHAMPION APPLICATION

Pada hari selasa yang lepas, aku telah menghadiri pelancaran aplikasi MYCHAMPION, ia merupakan aplikasi yang di reka oleh sebuah jenama makanan tambahan kanak-kanak iaitu CHAMPS Vitamins dengan kerjasama Watsons Malaysia.

MYCHAMPION APPLICATION

Aplikasi ini dapat membantu anak-anak kecil kita untuk memahami dan terokai cita-cita mereka. Terdapat 5 profesion pekerjaan seperti Doktor, Atlet, Selebriti, Pilot dan Chef. Dalam aplikasi ini, anak-anak dapat berpeluang belajar tentang 5 skop pekerjaan yang berbeza, seperti contoh kerjaya sebagai seorang Doktor, ia bermula dengan Sains mudah seperti mengenal anggota badan, ubat dan diagnosis.

MYCHAMPION APPLICATION MYCHAMPION APPLICATION

 

 

 

 

 

Kandungan aplikasi MYCHAMPION ini di reka dengan menarik dan soalan cepu minda untuk membantu anak-anak belajar melangkaui kurikulum sekolah. Pada seksyen ‘Did You Know’ telah tersedia fakta menarik yang dapat membantu anak-anak memahami setiap pekerjaan.

MYCHAMPION APPLICATION

Apa yang lebih menarik lagi tentang aplikasi MYCHAMPION ni, terdapat dua pilihan bahasa iaitu English dan Bahasa Malaysia. Sesuai untuk anak yang berusia 6 – 12 tahun. MYCHAMPION boleh di muat turun secara percuma bermula 1May di Apple Store dan Google Play.

MYCHAMPION APPLICATION

Sementara itu Champs turut mengadakan pertandingan di laman facebook Watsons di mana pengguna boleh memenangi set Virtual Reality, Promosi istimewa, dan banyak lagi aktiviti menarik. Aplikasi MYCHAMPS juga turut di siarkan dalam majalah Kuntum. Terdapat juga baucer tunai Watson di sertakan dalam majalah Kuntum.

Kesimpulan yang boleh di rumuskan, aplikasi MYCHAMP ni memang sesuai untuk menambah pengetahuan kanak-kanak, malah ia juga dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan di mana ibu-bapa dan anak-anak dapat  meluangkan masa bersama untuk menjawab soalan yang terdapat dalam aplikasi ni.