Montagne Jeuness Mask Review

Montagne Jeuness Mask Review


Jaga-jaga ada orang perhati… Hehehe. Aku bukan kiah propa aku kiah popia… Dok  depan tv mak aku dok bukak Galaksi. Apa lah gosip2 kali ni…

Bila Imran dah masuk setahun ni. Lasak dia bukan main. Panjat meja, merangkak sana-sini dan yang paling terbaru ni dia suka nak masukkan jari dalam kipas… Ha..adventure anak aku ni kan? Jenuh la kipas tu kena tutup pakai kipas siling yang tak kuat tu…  🙁

Dah letih ke hulu hilir ngejor Imran. Aku pun nak relak2 jap. Hari tu aku beli mask ni. Brand Montagne Jeunesse. Semua mask dia di perbuat dari bahan2 semulajadi. Aku beli 3 jenis mask iaitu strawberry soufflé, fruit smoothie, mud pac. Aku beli ni trial size 0.18 oz kalau actual size dia 0.7 oz.

CONTEST_01_FACEBOOK_PRINT

 

Pilihan pertama aku nak pakai ialah fruit smoothie.  Kandungan buah-buahan dalam fruit smoothie ni ialah buah mangga, delima, raspberry dan peach. Mask ni kegunaan dia untuk membersihkan liang roma muka di samping mengecilkan pori-pori. Sesuai untuk kulit untuk semua jenis kulit.

img_9109

 Cara pakai sama macam kebanyakkan mask yang kita pakai. Memula cuci muka dulu. Pastu sapu kat muka. Kalau ada lebih sapulah kat leher sekali. Relaks tunggu 15-20 minit dan kemudian bilas. Warna mask ni kalo di lihat warna pink cair. Bau memang best gila. Rasa macam nak makan. Sib baik tak calit kat mulut or buat jam. Bagi hidung aku dia lebih kuat kepada bau raspberry. Texture dia likat sikit. Memula aku ingat trial size ni tak cukup nak sapu muka aku tapi nah korang tengok sendiri memang ngam2 untuk muka dan sekali pakai.

IMG01849-20131003-0514

 Sleeping Beauty Ahaks!

Bila dah agak2 kering dah boleh cuci. Aku dok biar sampai 30 – 45 minit. Aku ingatkan susah nak bilas. Bila splash jer air kat muka hamper separuh mask kat muka hilang. Memang senang nak cuci.

Mask ni aku beli online kat satu web tu. Harga pun tak dapat nak pastikan sebab bila aku tanya kat Montagne Jeuness Page  dia memang tak der lagi jual  lagi jenis kat convenient store macam Watson ke Guardian. Kalau apricot scrub memang berlambak kat Watsons. Dah 3-4 watson aku tengok memang ada apricot scrub sajer.

Aku memang suka mask ni dan kalau Tanya aku akan beli lagi? Dan jawapan aku ya. Aku akan beli lagi. Bila pakai aku rasa tenang sangat dengan bau buah-buahan dia. Cuma aku berharap Montagne Jeuness Malaysia dapat keluarkan jenis ni dekat Watsons atau Guardian.

Kalau nak cuba boleh la beli online kat sini