Warning: mysqli_num_fields() expects parameter 1 to be mysqli_result, boolean given in /home1/asz888/public_html/imahtalks.com/wp-includes/wp-db.php on line 3182

Mom’s Time Out

Mom’s Time Out di bawakan oleh Lifetime Asia


Mom's Time Out Title Frame

Jika ibu-ibu ini di beri pilihan untuk berehat dari melakukan kerja sebagai seorang ibu yang menguruskan hal-hal di pejabat dan di rumah. Alangkah bahagianya walaupun sehari. Siapa setuju?

Dengan itu, LIFETIME akan menayangkan siri realiti keluarga baharu Mom’s Time Out buat pertama kalinya pada 28 Ogos, yang menampilkan keluarga dari Singapura, Malaysia dan Filipina apabila mereka menjalani eksperimen sosial dengan menukar peranan mereka di rumah.

Mereka terdiri daripada:-

#TheJasons  keluarga dari Malaysia.

The Jasons

Jason & Leishia Kalaichelvams, with Arianna (4yo) & Olivia (2.5yo)

#ThePangs keluarga dari Singapura

The Pangs

Christopher & Julie Pang, with Marcus (12yo), Michael (8yo) & Matthew (4yo)

#TheBaileys keluarga dari Filipina

The Baileys

Kenneth & Emerald, with Briah (2.5yo)

Tiga orang ibu tersebut iaitu Leishia, Julie, dan Emerald akan pergi bercuti selama 5 hari ke Vietnam bersama-sama, meninggalkan si ayah menjaga dan menguruskan anak-anak dan rumah tangga. Rancangan ini akan ditayangkan pada setiap hari Khamis jam 9 malam selama setengah jam, siri lima episod ini memaparkan peristiwa yang menarik dan kadangkala lucu apabila si bapa yang tidak biasa menjaga anak dan menguruskan rumah tangga terpaksa memikul tanggungjawab tersebut.

Mom Time Out  Mom Time Out2

“Kami ingin menerokai idea bahawa menjadi seorang ibu adalah soal sikap dan bukannya sekadar hubungan biologi, jadi kami mengujinya ke atas tiga orang bapa dari Malaysia, Singapura dan Filipina. Ia merupakan tema yang menyeronokkan dan menarik untuk kami jadikan sebagai penerbitan asli pertama kami untuk LIFETIME,” kata Chris Humphrey, Pengarah, PenerbitanA+E Networks Asia.

Mom Time Out4

Chris Humphrey, Pengarah, PenerbitanA+E Networks Asia.

Mom’s Time Out menggalakkan tema kekeluargaan, iaitu fokus utama dalam budaya Asia, dan telah menarik perhatian jenama-jenama seperti Angsana Lăng Cô, Central VietnamKidZania Kuala Lumpur, SANRIO HELLO KITTY TOWN dan The Little Big Club untuk menjadi sebahagian daripada siri ini.

Mom’s Time Out akan membawakan kepada penonton pengalaman skrin kedua interaktif menerusi perbincangan mingguan. Penonton boleh memuat turun aplikasi ScanAd pada peranti Apple dan Android mereka dan menyertai perbincangan keibubapaan yang memperkatakan pelbagai topik dari menguruskan tabiat sosial anak hingga mengendalikan anak yang mengamuk.

“Kami berbesar hati menjadi tuan rumah kepada ibu-ibu dalam siri Mom’s Time Out yang selama ini telah bekerja keras menguruskan rumah tangga. Dengan pemandangan indah Laut Timur dan gunung-ganang yang memukau, resort percutian tropika Angsana Lăng Cô yang anggun, kontemporari dan penuh keseronokan menawarkan pelbagai pilihan aktiviti dan bersantai. Kami yakin bahawa ibu-ibu ini akan menghargai waktu percutian mereka di Angsana Lăng Cô dan benar-benar seronok menerokai Vietnam Tengah,” kata Jacqueline Kennedy, Pengarah Kawasan bahagian Jualan dan Pemasaran bagi Angsana Lăng Cô, Central Vietnam.

Themed Attractions and Resorts, yang mengendalikan taman tema terkenal KidZania Kuala Lumpur, SANRIO HELLO KITTY TOWN, dan The Little Big Club, berbangga menyediakan destinasi pendidikan dan rekreasi untuk keluarga siri Mom’s Time Out. “Destinasi yang menawarkan sesuatu yang relevan dan berguna kepada ibu bapa dan anak-anak sememangnya mengeratkan talian kekeluargaan. Taman-taman tema kami berbuat demikian dengan membolehkan ahli keluarga meluangkan masa berkualiti untuk bermain bersama,” kata Philip Whittaker, Ketua Pegawai Pemasaran, Themed Attractions and Resorts.

Mom Time Out3

Ikuti pengembaraan keluarga yang lucu ini dalam Mom’s Time Out pada bulan Ogos ini di saluran LIFETIME. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.lifetimeasia.com/MomsTimeOut.

Anda berpeluang untuk memenangi percutian 3 Hari 2 Malam di Angsana Lang Co, Vietnam semasa and memuat turun aplikasi ScanAd pada telefon pintar anda. Buka aplikasi tersebut dan imbas semasa rancangan di tayangkan untuk akses pelbagai lagi kandungan mengenai Mom’s Time Out. Anda juga boleh bertukar-tukar pendapat dan mempelajari sesuatu dari ibu bapa yang lain semasa anda menyertai perbincangan mingguan di aplikasi tersebut.

Jadi jangan ketinggalan Tonton #MomsTimeOut menerusi LIFETIME™ditayangkan di Astro Saluran 709, Pek Variasi bermula khamis ini 28/8 pada jam 9 malam. Pada ibu-ibu sekelian… Mom’s Time Out.


About LIFETIME

Lifetime™ is an entertainment destination offering the highest quality dramas, movies and reality. A television network infused with passion and empowerment, it is the leading channel for women in the US. Lifetime™ reflects the full spectrum of the modern female experience, delivering top tier, female-focused entertainment that encourages co-viewing

About A+E Networks™ Asia

A+E Networks™ Asia is owned by the award-winning, global media content company, A+E Networks™, which is dedicated to offering consumers a diverse communications environment ranging from television networks to websites, to home videos/DVDs to gaming and educational software.  A+E Networks Asia is comprised of Lifetime®, HISTORY®, bio.®, H2™ and Crime & Investigation Network®. A+E Networks Asia operates and distributes its portfolio in Singapore, Malaysia, Brunei, Hong Kong, Macau, Taiwan, Korea, Cambodia, Indonesia, the Philippines, Papua New Guinea, Palau, Myanmar, Laos and Thailand.