Modbox Review

Modbox Review


 

Seronok lak hari ni. Bukannya apa. Parcel aku dah sampai… 3 hari jugak tunggu. Kira cekap juga dia orang ni. Nak tau apa dia. Erm.. ni lah dia modbox. Aku ni kan suka cosmetic, perfume dan skincare. Jadi terdetik la satu hari tu. Aku mengusya website dia ni. Dengan pembelian RM9 tak termasuk kos pos korang boleh dapat semua ni. Murah lah kan?

 

IMG01795-20130912-0315

 

 

Untuk pembelian set RM 9 ni, korang boleh di beri pilihan untuk memilih apa sample yang korang rasa sesuai dengan citarasa korang. Nanti aku tunjukkan satu-satu. Dalam kotak tu ada Crabtree & Evelyn Lavender Hand Therapy (25gram), Somerset Meadow EDT vial (0.5ml), Tarocco Orange Body Lotion (5ml), Ronasutra 2-in-1 Mineral Foundation & Powder dan Murad Hybrids Eye Lift Illuminator (0.015ml)

 

IMG01797-20130912-0319

 

First benda yang aku cuba ialah Crabtree & Evelyn Lavender Hand Therapy. Perghh… bau dia memang best. Lembut setenang bau lavender.. Pakai sikit pun dah wangi tangan kau… Bila sapu tak der rasa oily. Harga bagi Hand cream ni kalo pergi kat store dia around RM30 for (25g). Ni kiranyer aku dapat actual size dia. Siapa lah tak seronok.

IMG01809-20130917-0227

 

 

Benda yang kedua pulak Somerset Meadow EDT. Kalau tanya aku bau dia macam mana. Aku rasa macam bau tembikai susu + green tea.. Manis2 ada lemak2 pun ada. Hehehe! Korang jangan makan pulak. Mungkin bau hidung setiap orang tu lain2.

 

IMG01812-20130917-0228

 

Tarocco Orange Body Lotion. Ni pun second favourite item dalam modbox ni. Lotion ni bau Citrus yang tak kuat sangat. Boleh di katakan macam bau buah markisar. Texture pulak. Sangat2 cepat meresap kat kulit. Tak der la berlengaih tangan korang. 

 IMG01811-20130917-0228

 

 

Ronasutra 2-in-1 Mineral Foundation & Powder. Tadi masa nak keluar sempat gak aku sapu kat muka. Texture dia tak tebal sangat. Rasa macam tak pakai apa sebab terlampau lah halus. Dah nama pun mineral water. Eh bukanlah! mineral foundation & powder. Masa sapu kat muka sempat gak aku bersin. Hehehehe. Zarah2 halus masuk kat hidung. Agak meng-cover jugak lar parut2 kat muka ni. Dia tak berkilat macam sesetengah mineral powder.

 

 IMG01810-20130917-0228

 

Readers Comments (2)

  1. bez gler blog ni..fiz time singgah n i will be ur fowollers yg setia la..bez gler kot!!hahahaha..klw bleh nak taip bez bnyk2 kli..hehehe..pe pun lgu a7x mmg syiok abez.. 🙂

  2. Your idea simply excellent

Comments are closed.