Mentholatum Botanics

Mentholatum Botanics Pencuci Muka dan Pupur berasaskan Alam Semula Jadi


Bertemakan kebaikkan alam semula jadi, pada 30 Januari yang lalu bertempat di One Utama, Mentholatum telah memperkenalkan jenama baru siri penjagaan wajah iaitu Botanics yang bukan sahaja memberikan hasil kulit terbaik malah harga pun berpatutan. Botanics menggunakan hanya ramuan-ramuan berkualiti tinggi yang berasal dari tumbuh-tumbuhan dan bunga-bungaan semulajadi. Setiap herba dan bunga-bungaan telah dipilih dengan teliti berdasarkan keunikkannya untuk menawarkan anda penjagaan kulit yang selamat, berkualiti dan berkesan.

Mentholatum Botanics

Botanics mempunyai empat rangkaian produk iaitu pembersih wajah, pembersih berbuih, pembersih dengan pam dan pupur topeng untuk menawarkan pengguna pengalaman penjagaan kulit berasaskan alam semulajadi yang menenagkan. Setiap satu daripada produk ini dicipta untuk jenis kulit yang berbeza. Pembersih wajah dalam tiub hadir dalam 4 varian iaitu Hydra Whitening, Pore Refining, Deep Cleansing dan Hydrating; Pembersih dengan pam hadir dalam 2 varian iaitu Deep Clean dan Moisturising & Brightening. Pembersih berbuih hadir dalam 2 variasi iaitu Oil & Blemish Control dan Whitening dan akhir sekali pupur topeng dalam 5 varian iaitu Aloe Vera Hydrating Facial Mask, Pomegranate Anti-Oxidant Facial Mask, Rosemary Pore Refining Facial Mask, Rosehip Oil Brightening Facial Mask dan Lavendar for Soothing Facial Mask.

Face Wash, 100g (RM14.90)

Pembersih wajah ini sesuai untuk semua pengguna yang memilih tiub yang mudah digunakan dan boleh membersihkan wajah dengan berkesan.

Mentholatum Botanics Deep CleanTube

Mentholatum Botanics Deep Clean Tube

•Deep Cleansing Face Wash
-Dirumus dengan aroma serai, Deep Cleansing Face Wash memberikan anda keharuman yang menyegarkan. Ia mengandungi ekstrak Ylang-Ylang dan ekstrak Tea Tree sebagai bahan utama. Kandungan lain termasuklah ekstrak teh putih dan daun pokok zaitun yang memberikan kesan pembersihan mendalam, membantu menyeimbangkan minyak dan membebaskan liang roma yang tersumbat.
-Pembersih ini juga membantu menentang jerawat dan bintik hitam
-Sesuai untuk kulit berminyak dan jenis kulit kombinasi

Mentholatum Botanics Pack Hydra White Tube

Mentholatum Botanics Pack Hydra White Tube

• Hydra Whitening Face Wash
-Ia dirumuskan dengan Arbutin dari ekstrak tumbuhan Bearberry yang membantu menyeimbangkan tona kulit dan meningkatkan kecerahan kulit. Ia juga mengandungi ekstrak dari tumbuhan Agave yang membantu mengekalkan kelembapan kulit dan menggalakkan sintesis kolagen untuk melindungi kulit daripada tekanan alam sekitar.
-Pembersih wajah ini berkesan menanggalkan kotoran jauh di dalam kulit, mengawal minyak berlebihan di samping mengekalkan keseimbangan kelembapan pada kulit.
-Sesuai untuk semua jenis kulit

Mentholatum Botanics Pack Hydrating Tube

Mentholatum Botanics Pack Hydrating Tube

•Hydrating Face Wash
-Aroma Jasmine memberikan anda perasaan tenang ketika anda mencuci wajah. Pembersih ini membekalkan kelembapan yang mendalam agar kulit kekal lembap dan lembut.
-Ia mengandungi ramuan bunga Calendula dan Jasmine sebagai bahan utama dan juga ekstrak Aloe dan Violet yang berkesan memberikan hidrasi pada kulit. Manfaat menenangkan juga memberi nafas baru pada kulit yang kering, rengsa dan sensitif
-Sesuai untuk jenis kulit kering dan juga kombinasi

Mentholatum Botanics Pack Pore Refine Tube

Mentholatum Botanics Pack Pore Refine Tube

•Pore Refining Face Wash
-Mengandungi aroma Orange Flower yang menaikkan semangat, pembersih ini membersihkan liang-liang pori secara mendalam untuk menghilangkan minyak dan kotoran.
-Ia mengandungi ramuan herba Rosemary dan bungaan Witch Hazel sebagai bahan utama dan juga bijian Lentil serta Teh Hijau yang membantu mengecilkan liang pori, mengawal minyak dan bakteria yang menyebabkan jerawat
-Ia sesuai untuk jenis kulit berminyak dan kombinasi.

Pump Wash, 150ml (RM21.90)

Pembersih dengan pam sememangnya mudah dan ia mengawal jumlah penggunaan yang lebih berkesan. Hanya perlu satu atau dua pam sahaja untuk pembersihan muka dengan efektif.

Mentholatum Botanics Pack Deep Clean Wash

Mentholatum Botanics Pack Deep Clean Wash

 •Deep Clean Face Wash
-Mengandungi ramuan bungaan Ylang-Ylang dan Ekstrak Tea Tree sebagai bahan utama untuk mengawal minyak, menetang jerawat dan juga menenangkan kulit. Ia juga mengandungi ramuan yang berkesan untuk menenangkan dan melembapkan kulit seperti Mentimun dan Aloe Vera
-Aroma serai memberikan kesegaran pada kulit anda ketika anda membersihkan wajah dan menyumbang kepada mood yang menenangkan
-Ia sesuai untuk jenis kulit berminyak dan kombinasi

Mentholatum Botanics Pack Moist Bright Wash

Mentholatum Botanics Pack Moist Bright Wash

•Moisturising and Brightening Face Wash
-Dirumuskan dengan Minyak Rosehip yang kaya dengan Vitamin C dan ekstrak serbuk Mutiara untuk membantu mencerahkan, menyeragamkan tona kulit untuk memberikan anda kulit yang lebih cerah berseri.
-Ia sesuai untuk semua jenis kulit

Foam Wash, 160ml (RM25.90)

Jika anda sukakan pembersih wajah yang berbuih maka ini produk untuk anda.

Mentholatum Botanics Pack Oil Blemish Control Foam

Mentholatum Botanics Pack Oil Blemish Control Foam

•Oil & Blemish Control Foam Wash
-Ia mengandungi ekstrak bungaan Ylang-Ylang dan Ekstrak Tea Tree sebagai bahan utama serta ekstrak bunga Pansy liar yang berkesan dalam menentang jerawat.
-Kulit akan terasa segar dan dibangkitkan selepas di cuci
-Aroma serai sungguh menyegarkan dan menenangkan selepas seharian bekerja
-Ia sesuai untuk jenis kulit berminyak dan kombinasi

Mentholatum Botanics Pack Whitening Foam

Mentholatum Botanics Pack Whitening Foam

•Whitening Foam Wash
-Nikmati haruman Mawar menakjubkan sambil anda membersihkan wajah
-Ia mengandungi ekstrak Aloe dan bungaan Narcissus yang mempunyai manfaat pelembapan dan pencerahan kulit
-Ia sesuai untuk semua jenis kulit

Sheet Mask, 22ml/paket (RM6.90)

BOTANICS Sheet Mask diperkaya dengan pati herba dan Asid Hialuronik untuk mengembalikan kelembapan dan menyegarkan kulit. Ia hadir dalam 5 varian seperti berikut:

Mentholatum Botanics Hydration & Brightening Face Mask

Mentholatum Botanics Hydration & Brightening Face Mask

▪Aloe Vera Hydrating Facial Mask
Diformulasi dengan adunan yang terbaik daripada Ekstrak Herba Semula jadi seperti Aloe Vera dan bungaan Narcissus yang menghidratkan dan melegakan kulit di samping menyerikan semula kulit kusam dan letih. Pupur ini sesuai untuk semua jenis kulit terutamanya kulit kering

Mentholatum Botanics Anti Oxidation & Hydration Mask

Mentholatum Botanics Anti Oxidation & Hydration Mask

▪Pomegranate Anti-Oxidant Facial Mask
Diadun dengan Delima dan ekstrak herba semula jadi, ia melindungi kulit daripada kerosakan radikal bebas yang menyebabkan penuaan kulit. Ia juga membangkitkan dan melembapkan kulit dengan antioksidan semula jadi. Pupur ini sesuai untuk semua jenis kulit.

Mentholatum Botanics Pore Refining Mask

Mentholatum Botanics Pore Refining Mask

▪Rosemary Pore Refining Facial Mask
Dengan herbal Rosemary dan ekstrak bungaan Witch Hazel sebagai bahan-bahan utama, pati-pati herba dalam pupur ini membantu mengurangkan penampilan liang pori untuk tekstur kulit lebih halus, lembut dan licin sambil mengekalkan kelembapan dan keanjalan kulit. Ia juga diperkaya dengan Vitamin B3 untuk melindungi kulit daripada kerosakan alam sekitar. Pupur ini sesuai untuk semua jenis kulit terutamanya kulit berminyak dan kombinasi.

Mentholatum Botanics Brightening & Firming Mask

Mentholatum Botanics Brightening & Firming Mask

▪Rosehip Oil Brightening Facial Mask
Minyak Rosehip adalah kaya dengan Vitamin C untuk membantu mencerahkan warna kulit dan meningkatkan seri cahaya kulit menjadikan kelihatan sihat dengan seri semula jadi yang dipertingkatkan. Ia juga diperkaya dengan Vitamin B3 yang melindungi kulit daripada kerosakan alam sekitar sambil membantu memulihkan kulit kusam dan menyeragamkan tona kulit untuk kulit yang lebih berseri dan sihat. Pupur ini sesuai untuk semua jenis kulit.

Mentholatum Botanics Soothing & Repairing Face Mask

Mentholatum Botanics Soothing & Repairing Face Mask

▪Lavendar for Soothing Facial Mask
Segar dan bertenaga semula dengan ramuan-ramuan ekstrak bungaan Lavender dan Chamomile yang membantu untuk menenangkan dan menyegarkan kulit. Ia juga membantu mengembalikan kelempbapan kulit sambil melindungi kulit daripada kerosakan alam sekitar. Pupur ini sesuai untuk semua jenis kulit terutamanya kulit sensitif.

Rangkaian BOTANICS boleh didapati secara eksklusif di Guardian seluruh negara bermula Januari 2016.

Korang juga boleh layari http://www.botanics.com.my untuk maklumat lanjut atau status terkini di facebook Botanics Malaysia