Menang tempat pertama pertandingan SEO 2017 | imahtalks.com

Menang tempat pertama pertandingan SEO 2017


Bismillah. Syukur Alhamdulillah. Setelah kesekian kalinya sertai pertandingan SEO. Pada tahun ni dapat rezeki lebih menang tempat pertama dalam contest SEO.

Seperti pertandingan yang sebelum-sebelum ni keyword 2-3 patah perkataan tapi pada kali ni 4 patah perkataan sampai rasa nak patahkan apa yang ada berdekatan sewaktu wat post ri tu.

Seo ni bukan satu perkara yang kekal jika tidak di perhatikan selalu ranking akan turun berdesup atau hilang terus dalam search engine. Kesabaran tu penting untuk memastikan ia selalu berada di atas. Hanya orang pernah buat SEO sahaja yang tahu. Aku bukan sifu dan seo yang aku buat hanyalah dari pembacaan dari blog-blog sahaja.

Suka atau pun tidak jika nak selalu di pandang google rajin2 lah update post. Buatlah dalam 2000 patah perkataan dalam satu post. Itu yang selalu aku buat untuk post yang nak di SEO kan. Mungkin juga kurang dari 2000 patah perkataan boleh juga berada di kedudukan atas cuma kena pandai onpage SEO. Selalunya orang lain akan upah sesiapa kat fiverr untuk buat backlink. Hurm… keberkesanannya tu aku tak pasti sebab tak pernah lak upah-upah orang ni.

Bagi aku kepuasan untuk sertai pertandingan SEO tu biarlah kita usaha sendiri. Barulah seronok bila menang. Tapi kalau nak menang cepat mungkin orang lain akan upah wat backlink. Yang penting menangkan? Hurm.. entahlah itu bergantung kepada individu tu macam mana nak wat kat post dia.

Lantaklah korang! Janji aku dah buat sebaik mungkin bersengkang mata untuk pastikan post aku sekurang-kurangnya ada di page pertama.

SEO ni bukan macam hari ni buat besok ko duduk kat page pertama rank pertama sampai bila-bila dok kat situ tak berubah. Ada dia orang kisah? Hahahah…. Faham ke idak?

Marah ke Imah? Hehehe. Mana ada marah… Cuma nasihat! Pot pet..Pot pet dah pukul 3 pagi. Okay Sign out dulu. Jumpa lagi next post kalau ada lagi pertandingan SEO.