Menang pertandingan seo tempat ke 2 buat kali kedua

Alhamdulillah. Syukur menang lagi pertandingan seo. Dengan segala usaha dan setiap hari cuba memperbaiki posting untuk mendapatkan ranking di page pertama. Seo bukan lah perkara yang mudah. Jika tak sabar, memang kita akan mengalah. Jadi ini lah hasilnya selama 2 bulan dengan kata carian pengalaman bersama onexox membuahkan hasil.

Pengalaman bersama onexox

Seronok cabar diri sendiri untuk buat. Bersaing di kalangan orang yang dah lama dalam bidang seo. Nak kata aku baru berkecimpung dengan seo ni pun tak juga dan aku juga bukan pakar seo. Aku dengan suami dulu pun selalu buat seo. English keyword bersaing dengan mat saleh. Blog tu hanya untuk adsense. 🙂 Kali ni aku cuma baru cuba2 masuk pertandingan seo ni sebab selain duduk kat rumah jaga anak dapat juga lah asah skill seo. Aku tak sehebat otai-otai yang ada teknik sampai boleh jual ebook. Cuma semangat untuk dapat page 1 selalu membuak-buak. Seo terbaru yang suka-suka bukan pertandingan ialah keyword “resdung” setakat ini di page 1 google.com rank masih google dancing. Bila ada kelapangan boleh la nak buat. Okaylah nanti aku sambung cerita pengalaman aku dapat cash out adsense, bidvertiser, infolink dan cash pro. Tu semua pengalaman masa anak dara dulu, terikut trend internet marketer cari duit sebagai publisher. Sekarang tengah usahakan untuk ROSE FACE SERUM ZEETA pulak

Selamat Hari Wanita…. tangan yang menghayun buaian mampu menggoncang dunia. 🙂