Maybelline The Loaded Bolds Wickedly White

Maybelline wickedly white

Selamat Hari Raya!!! Kali sesaja nak cerita sikit pasal Lipstick Maybelline keluaran terbaru The Loaded Bolds. Ada 12 warna kesemuanya. Warnanya pulak tu, orang yang berani jer beli pakai. Macam aku. heheheh!

Maybelline wickedly white

 

Warna yang aku nak cuba Maybelline Wickedly White

Maybelline wickedly white

Di datangkan dengan bungkusan kemasan biru. Memang cantik.

Maybelline wickedly white

Maybelline Wickedly White, tekstur krim. Sekali sapu memang dah warna terang terus melekat kat bibir.

Maybelline wickedly white

Aku ni suka buat main-main campur warna. Jadi tunjuan utama nak beli warna putih jadi boleh lah campur dengan warna-warna gelap yang lain. Contoh macam gambar kat bawah ni. Mula-mula aku pakai Maybelline wickedly white dulu kemudian baru aku sapu warna yang agak gelap sikit. Sebenarnya lipstick yang kedua warnanya dark purple dari brand Catrice. Bila dah sapu, warna dia terus jadi pink. Boleh lah nak cuba untuk warna-warna yang lain nanti.

Maybelline wickedly white

 

Bukan tak mau pakai warna putih sahaja. Aku pernah pakai. orang yang duduk kiri kanan semua dok tengok pelik. heheheh. Mana taknya pakai pergi beraya. korang ada berani ke pakai pergi beraya 😛

Di sebabkan itu aku pun rasa mungkin lebih afdal kalau campur warna lain bila nak guna.

Harga pasaran RM29.90. Boleh dapatkan di Drugstore berhampiran.