L’Oreal Mega Sale in D’S Two Mall | imahtalks.com

L’Oreal Mega Sale in D’S Two Mall


Salam korang… Post pertama untuk bulan november ni pasal berjalan-jalan kat Seremban 2 sambil nak bawak Imran jumpa Tok Pah tersayang. Dah alang-alang sampai seremban aku singgah gi D’S Two Mall. Nak tau apa aku wat kat sana? Erm…. kali ni bukan lawatan sambil belajar tapi lawatan menghabiskan duit. Ngeee…

563578_625961320802432_1833709585_n

Sebenarnya kat sana ada sales barang dari produk Maybelline, Loreal dan Garnier. Masa sampai kat D’S Two Mall tu pun time hujan. Jadi banyak la masa aku belek2 apa yang patut untuk di beli….  Aku tau ada sales kat situ sebab aku follow page ni OnlyBeauty.

Memang murah giler dan rambang bijik mata bila dah melangkah masuk… Ikut nafsu semua item nak masuk dalam bakul… Sabar Imah.. sabar…  Tapi sebelum sesi nak membeli dan belah ni. Aku pun terus gi kat cashier tunjuk sms… Kalau tayang2 msg tu tandanyer ada la menda free yang aku nak redeem… Murah hati depa ni… siapa yang register kat online form dia orang boleh dapat 1 Loreal Revitalift Double Lifting dan Maybelline Hyper Diamonds Liquid Liner. Yeay!!!!

on1

Lepas dah redeem pusing 5 kali gak la kat situ sebab dah rambang mata…. @_@  Tak perlu la nak senaraikan apa menda sebab terlampau banyak dan harganya memang sangat2 murah… Imran pun seronok tolong pilihkan barang untuk ibu. Ayahnyer pun merembat jugak apa yang patut. Campur tolak bahagi tambah…. Total barang beli RM80++.  Memang murah giler. Kalau wat kat kl aku nak penuhkan koleksi eyeshadow, blusher, lipbalm… 😛

on2

Senyum.. tak perlu kata apa2..

on3

Antara barang2 yg aku beli….

Kalau korang tak nak ketinggalan mengenai sales yang sebegini rupa. Like page OnlyBeauty dan layari website www.onlybeauty.com.my