Lipice Mogitate Lipbalm | imahtalks.com

Lipice Mogitate Lipbalm


Tengah dok sibuk2 bagi si comel aku ni makan. Tetiba dapat call dari courier mana ntah tanya lokasi rumah kat mana. Aik! Pelik lak aku. Barang apa lak nak sampai ni. Pukul 1.30 ptg tadi dapat lah aku satu bungkusan yang besar tetapi isinya kecil. Bila di buka. Lipbalm from Lipice. Aku dapat giveaway la sebab buat slogan sempena Lipbalm tu.

993046_648096621869560_79822245_n

 Lipbalm ni brand Lipice. Dan bila Lipice korang mesti tau dia keluaran Metholantum. Aku ni memang penggemar Lipice dari sekolah menengah lagi. Hampir semua perisa buah-buahan aku dah cuba. Bukan setakat yang bebuah yang boleh tukar2 kaler pun aku pakai. Kekonon malu nak pakai lipstick jadi berjinak2 la dulu dengan lipbalm ni.

Yang kat bawah ni lah lipbalm yang aku dapat.

Untitled-1

 Kali ni aku dapat kiranya macam limited edtion la. Sebab nyer aku rasa belum sampai kat Malaysia kot jenis yang ni. Packaging dia pun tulis Jepun. Perisa Lemon. Aku belum cuba lagi sebab sayang lak lipbalm aku masih berlambak lagi. Jadi, korang tunggu la sampai bila nak muncul post baru. Review pasal pelembap bibir yang aku dapat ni. Hehehe. Jangan marah… Excited nak bagi tau awak dapat benda ni. Thanks Lipice Malaysia.