Lazada Online Revolution Blogger Contest 2017

Lazada Online Revolution Blogger Contest 2017

Lazada blogger revolution contest 7

Salam semua, korang semua mesti dah biasa dengan online sales pada 11/11. Begitu  juga dengan Lazada yang mengadakan Online Revolution Sales bermula dari 11 November hingga 14 November 2017. Memang meriah dengan tawaran potongan harga yang istimewa.

Lazada blogger revolution contest

Okay setiap kali Lazada mengadakan sales, pasti ada peluang untuk blogger untuk sertai contest. Aku pun ambil kesempatan ni julung-julung kalinya aku join blogger contest under Lazada ni. Tema untuk contest kali ni ialah Online Revolution Blogger Contest. Contest ni bermula dari 1 november hingga 14 november 2017. Apa yang menariknya tentang contest ni ialah setiap blogger yang sertai perlu menjawab 4 soalan yang di berikan dengan jujur 🙂 Jom baca!

Adakah anda masih ingat produk pertama yang pernah anda beli dalam talian?  dan bagaimanakah pengalaman anda?

Lazada blogger revolution contets

Lazada blogger revolution contets2

Soalan ni buatkan akan mengimbau perkara pada 4 tahun yang sudah. Masa tu Imran baru masuk usia setahun 3 bulan. Siapa tak sayang anak kan? Oleh kerana Imran masih baby lagi aku belikan Imran Simple Dimple Anti Mosquito Bracelet. Dengan harapan nyamuk-nyamuk semua tak berani dekat nak meratah anak aku tu. Nak pakai krim takut pulak, yerla mana tak tahu apa isi kandungan. Sekurang-kurangnya gelang ni aku pakaikan kat kaki. Dari segi pengalaman pulak kalau tak silap aku dalam 2 hari jer dah sampai. COD lagi tau. Cepat betul. Start pada tu aku mula percaya nak beli barang online dekat Lazada.

Jenis produk mana yang anda lebih suka beli dalam talian?

 

Lazada blogger revolution contest

Oleh kerana aku ni wanita sejati. Kebanyakkan barang yang aku beli online ialah produk kecantikan seperti kosmetik, produk penjagaan kulit dan produk kesihatan serta perfume. Kalau ada sales memang rambang mata nak beli. Kat atas tu antara bukti aku suka beli online produk-produk kecantikan. Aku akan ada kan budget khas untuk beli benda-benda ni. Kerana diriku begitu berharga. heheheh!

Apa yang anda suka tentang membeli-belah dalam talian?

Perkara yang menyebabkan aku selalu beli dalam talian kebanyakan produk akan di hantar terus dari warehouse. Contoh jika beli produk Maybelline dari Online Official Store di Lazada, kita tahu produk tu produk yang asli. Tambah-tambah pulak kita nak pakai sapu kat kulit kan. Sebab kedua, “selalu” ada promosi yang gila-gila yang jarang ada dekat kedai kat luar. Cyber sale, black friday, cyber monday campur lagi dengan promosi setiap perayaan yang ada kat Malaysia ni. Mewah betul. Sebab ketiga, semuanya di hujung jari. Klik… klik.. Bayar… Tunggu barang sampai rumah. Tak payah keluar susah-susah, jalan sana-sini nak cari barang yang nak beli. Itu pun belum tentu ada.

Produk manakah yang anda beli atau anda merancang untuk beli di Lazada semasa Online Revolution Sales?

Lazada blogger revolution contest 5

Produk yang aku teringin dan rancang untuk beli ialah NESCAFE Gold Blend Barista ni. Sebab kami satu keluarga hantu nescafe. Kalau tak pekena sehari tak best. Jadi jika ada rezeki lebih NESCAFE Gold Blend Barista ni lah aku akan beli nanti. Tengok macam-macam jenis minuman yang boleh kita bancuh sendiri. Ala-ala barista. Boleh sukat nak yang macam mana. Bestnyer kalau dapat beli.

Semua persoalan dah terjawab. Kalau korang nak join contest ni masih belum terlambat. Untuk maklumat lanjut tentang penyertaan boleh baca di sini.

Meh aku share sikit hadiah-hadiah yang di tawarkan. Mana lah tahu boleh bagi semangat kat korang join contest ni. Kita sama-sama naik. In Sha Allah kalau ada rezeki.

Less than 200 Participants (RM3,150 to 25 winners):

1st Prize: 1 x RM300
2nd Prize: 9 x RM150
3rd Prize: 15 x RM100

More than 200 Participants (RM6,150 to 50 winners):

1st Prize: 1 x RM500
2nd Prize: 15 x RM150
3rd Prize: 34 x RM100

More than 350 Participants (RM10,400 to 80 winners):

1st Prize: 1 x RM750
2nd Prize: 35 x RM150
3rd Prize: 44 x RM100

More than 500 Participants (RM14,500 to 111 winners):

1st Prize: 1 x RM1,000
2nd Prize: 50 x RM150
3rd Prize: 60 x RM100