Lawatan sambil belajar di Rupini’s Beauty Spa dan Himalaya

Hari ni merupakan hari yang membuatkan aku teruja. Yerla first Event yang aku join bersama2 geng Butterfly yang lain… Aku merupakan salah seorang yang terpilih untuk merasai sesi memanjakan rambut bersama Produk Himalaya. Terima kasih Team The ButterflyProject sebab pilih aku si ulat beluncas yang baru nak menapak mencari ilmu.

hm9

Acara ni di buat di Rupini’s Beauty Spa Bangsar.  Sesampai jer aku kat sana aku di sambut mesra oleh Shireen. Bila masuk jer kat dalam aku tengok butterfly2 yang lain sedang sibuk ambil gambar dan ada juga tengah tunggu giliran nak wat pemeriksaan rambut. (Nak kena cari geng ni!)

hm6

Sambil menunggu giliran, Aku sempat la berkenalan dengan sorang blogger gak. Kena ramah la kan? Bila dah duduk kat situ aku di beri 2 kertas. Satu explaination pasal produk dan satu lagi teka silang kata. Wow! aku tak tau lak ada test macam nak jawab periksa. Heheheh. Dari  dok tunggu buang masa aku pun sempat baca sampai habis cuma nyer teka silang kata tak jawab lagi. Kantoi! Hahahaa. Credit kat Himalaya sebab aku tak terlintas ada test.

Kali ini Himalaya nak memperkenalkan salah satu rangkaian Anti Hair Fall Shampoo dan Anti Hair Fall Cream. Shampoo ni di formulasikan 2-1 untuk menyuburkan dan menyihatkan rambut. Ia juga memperbaiki tekstur rambut dengan mengurangkan keguguran akibat dari kerosakkan.

Kandungan Utama dalam Anti Hair Fall Shampoo ni terdiri dari :

i) Butea Frondosa – Untuk menguatkan rambut

ii) Eclipta – Memperbaiki tekstur rambut

iii) Pongamia Pinnata – Berkesan secara semulajadi anti kulat.

 

Untuk Anti Hair Fall Cream pula :

i) Eclipta dan Licorice – Untuk merangsang pertumbuhan rambut

iii) Chickpea – Dari sumber protein dan vitamin semulajadi untuk  menyuburkan rambut dari akar.

Kenalah dengan aku yang selalu gugur rambut.  (berapa banyak rambut da…)

hm4_edited-1

 Bila sampai turn aku. Orang dari Himalaya tu pun check kulit kepala aku guna alat dia. Menurut orang tu kita memang akan keguguran rambut sebanyak 50 urat sehari. Itu normal katanyer. Di tambah lagi kalau rambut sihat dalam satu liang kulit kepala akan ada 3 urat rambut. Kalau 1-2 tu biasa. Kat kepala aku ada part yang okay ada part yang kena di amik perhatian. Sebab kalau kelimumur atau fungus ni menutupi liang kulit kepala kita, ia menyebabkan botak. TIDAK!!!!  Nah korang tengok la sendiri. Aku pun takut gak bila dia zoom kulit kepala aku besar macam ni.

hm3_edited-1

contoh rambut sihat

hm2_edited-1

contoh rambut yang kurang sihat

Lepas scan kulit kepala, aku di beri layanan istimewa urutan kepala dengan menggunakan Himalaya Revitalizing Hair Oil. Kegunaan hair oil ni untuk mencegah dari keguguran rambut, menggalakkan pertumbuhan rambut baru dan mengawal kegatalan kulit kepala. Nikmat tak terkata iyalah stress2 semua hilang. Urutan tu nak bagi pelancaran darah supaya rambut kita sihat dari ke akar umbi. Kalau dah sihat rambut pun tak gugur.

Revitalizing-Hair-Oil

Dah habis cuci rambut semua. Himalaya ada bawak sorang jemputan iaitu seorang hair stylist – David. David bagitau kalau setakat nak trim rambut 1-2 inch tak bawa banyak beza. Kalau nak nampak perbezaan potong pendek terus. Ala2 miley cyrus or emma watson. Penjelasan yang simple dan menarik.

hm8

Akhir sekali, semua bloggers tersenyum lebar dapat goodie bag dari Himalaya dan Rupini’s sambil pegang belon. heheheh…

Himalaya Event

Terima kasih banyak2 kepada The Butterfly Project sebab pilih aku. Tidak lupa kepada Himalaya Healthcare dan Rupini’s Beauty Spa kerana menaja acara belaian rambut pada kali ini. 🙂

Cer teka ada apa dalam goodie bag tu? Tadaaa….

hm10

Himalaya Anti Fall Shampoo, Anti Hall Fall Cream dan Voucher Hot Oil Massage. Yeay!!!