Kleneex Scented Tissue “Kleenex Power of Scent” | imahtalks.com

Kleneex Scented Tissue “Kleenex Power of Scent”


Bau-bau yang segar seperti bunga ros. Siapa yang akan tolak? Untuk itu Kleenex jenama tisu yang terkemuka telah mengeluarkan tisu keluaran baru dengan bau-bauan mawar yang segar.

kleenex8_b61165390bd2cf75c92ddb58b6ea894a

Sebaik sahaja aku buka kotak tisu ni. Bau ros dah mula berlegar di ruang meja makan. Tak sabar pula nak cuba. Tisu yang berwarna putih dan lembut ni terus aku sapukan di muka. Tenang jer rasa. Seperti di taman bunga ros.

kleenex2_bd57262f78ddff8256c2e504350019b4

Apa yang menarik pasal tisu ini. Bauannya di perbuat dari wangian pati minyak ros atau bunga sakura yang memberikan pengalaman yang indah dan bermakna kepada pengguna. Bila moody atau rasa tak ceria haruman seperti ini di perlukan untuk membangkitkan kesegaran.

kleenex3_f536c0718b4bdada7e4b68fa132bd580

Selain dari kegunaan sebagai tisu. Ia juga boleh di olah untuk di jadikan bungan. Bauan ros dan bunga memang kombinasi yang serasi. Lama juga aku browse dekat youtube cara-cara nak buat origami bunga menggunakan tisu ni. Inilah hasilnya setelah beberapa kali mencuba. Lebih cantik lagi kalau dapat buat banyak dan di letakkan di atas meja makan.

kleenex7_59c88cb12d0d8e8dae6d9d279ec1c194

Bila atau penat bekerja seharian, bauan tisu muka wangi ni boleh mengubah perasaan letih tu menjadi lebih relax. Letakkan di kereta, di ruang pejabat, di kamar tidur, di bilik mandi atau di atas meja. Bauan kesegaran jelas ternyata memberikan kesan positif.

kleenex6_9abdc4106a47cd09a3d60b4503d40019

Sebelum terlupa Kleenex Malaysia dengan murah hati ingin memperkenalkan tisu keluaran baru ini dengan memberikan sampel tisu muka lapis ini secara percuma. Apa yang perlu korang lakukan ialah daftarkan butiran di http://powerofscent.kleenex.com.my.

Jika ketinggalan korang juga boleh dapatkan tisu ini dengan harga RM10.30 untuk 4 bungkusan-74 helai atau RM14.55 untuk 4 bungkusan 114 helai serta pek kecil RM5.35 untuk 4 bungkusan 46 helai.

kleenex_d21a311de77d57dc0e6173303a2ac3a7

Sekarang tisu bukan sahaja kegunaan dia sebagai untuk membersih malah bauannya juga dapat buat kita rasa gemberi secara semulajadi. Kami sekeluarga sudah menggunakan kleenex scented sebagai tisu wajib ada di rumah.

#KleenexPowerofScent

Jom singgah pengalaman bersama onexox