Klairs Rich Moist Soothing Sheet Mask Review

Klairs Rich Moist Soothing Sheet Mask Review


Hi semua! Apa khabar? Hari ni rasa teruja nak cerita pasal face mask. Aku memang suka mask dan aku begitu ingin tahu bagaimana mask ini melaksanakan tugas dengan sebaiknya. Baik musim panas atau musim hujan, ia akan menyebabkan kekeringan pada kulit kita jadi kulit kita memerlukan perlindungan yang lebih terhadap kekeringan.

Klairs Rich Moist Soothing Sheet Mask

Antara mask muka yang sesuai ialah Klairs Rich Moist Soothing Sheet Mask. Ia adalah topeng pelembab pekat yang mengandungi campuran yang kaya dengan nutrien dan ekstrak tumbuhan. Ia dirumus khas untuk mengawal tahap minyak dan pH dengan 100% lembaran kapas. Sebelum tu, Klairs ialah produk penjagaan kulit dan alat solek yang sesuai untuk jenis kulit sensitif ,  dalam erti kata lain sesuai juga untuk semua jenis kulit. Aku juga pernah review produk Klairs sebelum ni. Boleh baca kat sini.

Klairs Rich Moist Soothing Sheet Mask

Cara penggunaannya sama seperti mask lain kena basuh muka dulu baru serum dia akan meresap sebaiknya ke dalam kulit. Apa yang menarik tentang mask ni, serumnya tidak terlebih-lebih. Kalau produk lain dalam pack dia pun masih banyak serum  dan kadang-kadang tertumpah. Rimas! Kalau dengan Klairs Rich Moist Soothing Sheet Mask ni just ngam-ngam untuk mask ni meresap dan senang di pakai sebab tak meleleh dan melekit. Rasa selesa. Biarkan mask selama 20 minit seperti yang diarahkan. Sepanjang 20 minit, aku dapat rasakan mask ni menyegarkan kulit.

Klairs Rich Moist Soothing Sheet Mask

Seperti yang ditunjukkan dalam gambar sebelum, aku mempunyai kulit yang agak kering dan parut jerawat yang banyak. Dan gambar selepas pula kulit kelihatan lembap berkilau. Parut dan tanda merah pun kurang kelihatan. Yang lebih penting wajah nampak lebih anjal.

klairs3

Setelah beberapa kali menggunakannya aku amat berpuas hati kerana tiada kerengsaan kulit berlaku. Memang pasti ia sesuai untuk kulit sensitif atau berjerawat macam aku ni. Kulit nampak lembap dan cerah.

Klairs Rich Moist Soothing Sheet Mask

Nak cuba Klairs Rich Moist Soothing Sheet Mask dapatkan di Natta Cosme dengan harga RM69 bagi 10 keping mask.

Jangan lupa bertandang : http://www.nattacosme.com

Like Natta Cosme : https://www.facebook.com/NattaCosme

Follow Instagram : http://www.instagram.com/nattacosme

Jom singgah pengalaman bersama onexox