Kidzania Kota Keriangan Kanak-kanak | imahtalks.com

Kidzania Kota Keriangan Kanak-kanak


Seronok betul jadi budak-budak zaman sekarang ni. Macam-macam ada. Semua canggih dari makan, mandian, pakaian, permainan sampailah ada pusat khas untuk pembelajaran dan hiburan pengalaman interaktif seperti Kidzania.

Baru-baru ini aku sekeluarga di beri peluang untuk meninjau dan merasai sendiri KidZania yang terletak di Curve NX Mutiara Damansara. KidZania Kuala Lumpur merupakan sebagai negeri KidZania ke-3 di Asia Tenggara dan ke-11 di dunia , KidZania lebih di kenali dengan Kota Kanak-kanak terus berkembang dengan kemudahan baru dan lebih baik , aktiviti , operasi dan kandungan setiap masa.

kidzania1

Sejurus sampai kita boleh lihat signboard di mana antara syarikat yang bekerjasama bagi menjayakan aktiviti dan program di KidZania ni. Sebelum masuk kita kena tunjuk visa lawatan dekat kaunter. Jadi ni merupakan pas lawatannya. Kalau takder ni tak boleh masuk.

kidzania5

Bila dah masuk, task pertama sekali kena pergi kat CIMB Bank kat dalam tu untuk tunaikan cek. Jadi anak-anak korang akan di berikan wang seperti ni. Dengan cara ini anak korang akan di terap cara-cara menunaikan cek di bank.

kidzania4

Selepas tu kami singgah di KZ National painting school. Di sini anak-anak korang akan di ajar asas mewarna. Tengok daya kreatif masing-masing.

kidzania2   kidzania3

Mahkamah pun ada. Tengok tu Majistret dan peguam semua ada dengan saksi-saksi bagai.

kidzania13

TM turut buat aktiviti seperti semak dan rekod. Tak kurang dengan Pos Laju. Patutlah barang aku selalu cepat sampai…(Ada makna) Hehehe!

kidzania11   kidzania12

Yang paling aku suka sekali… Eh..eh… di KidZania ke MomZania. Aku yang teruja lebih. Mana taknya zaman aku tak berkesempatan nak ada ni semua. Ok..ok.. sambung balik cerita. Tempat yang paling “kami” suka tengok ialah cara pembuatan coklat di kilang Cadbury. Berjiran pulang dengan kilang membuat Oreo. Seronoknya dapat buat biskut kesukaan ramai. Putarrr…. Jilattt… Celup!!! Masa ni Imran tak berapa sihat. Nak baring…

kidzania9

kidzania8

Berhadapan dengan kilang coklat ni pula kilang proses air mineral Sea Master. Yang En Suami pulak dok explain kat aku macam mana proses tu berlaku dulu dia kerja kat Coca-Cola Bottler di Nilai… Mengimbau la kot.

kidzania10

Dah tinjau-tinjau kilang. Kita orang pergi pulak kat Sushi King. Comelnya tengok budak-budak ni semua pakai baju yang sama dengan kakak pembuat Sushi tu. Semua tu makanan betul tau. Berhampiran pulak Kitchen Ayam Brand.

kidzania7 kidzania6

Salun kecantikkan pun ada. Siap make over lagi si kecik tu. Last sekali kami pun just lalu depan Mini Studio Media Prima.

kidzania14 kidzania15

Memang bagus ada tempat seperti KidZania ni. Aktiviti pun menarik. Dari kecil kita boleh pupuk minat kerjaya kepada anak-anak kita. Jadi mereka pun ada idea nak jadi apa bila besar nanti.

kidzania16