Riang Ria Cuti Sekolah di Sunway Putra Mall bersama Finding Dory | imahtalks.com

Riang Ria Cuti Sekolah di Sunway Putra Mall bersama Finding Dory

finding dory

Cuti Sekolah dah bermula, apa kata korang semua bawak anak ke Sunway Putra Mall dari 27 May – 12 Jun sempena sekuel Finding Nemo yang telah lama di nanti-nantikan iaitu Finding Dory.

Finding-Dory1

Pada hari selasa 31 May, aku pun berkesempatan membawa si Imran ni bermain-main di ruang legar Sunway Putra Mall. Keseluruhan kawasan di sekelilingi dengan warna biru sempena tema berdasarkan hidupan dasar laut.

Finding Dory

Pelbagai aktiviti untuk kanak-kanak telah di adakan demi memeriahkan lagi sambutan Finding Dory. Sebelum memulakan aktiviti perlu daftarkan anak dahulu. Kemudian akan menerima satu kad di mana korang perlu melengkapkan ketiga-tiga aktiviti.

Aktiviti yang di sediakan seperti :

Help Dory Get Home – Di sini anak-anak akan di beri tugasan untuk mencari Dory.

finding dory3

Clean Up The Ocean – Perlu membersihkan laut dengan memancing bahan-bahan pencemaran

finding dory11

ARTopus Station – Aktiviti mewarna

Finding-Dory2

Imran juga tak ketinggalan sertai semua aktiviti. Bila dah lengkap dapatlah tebus Buku pelekat Finding Dory.

Finding-Dory3

Selepas selesai kesemua aktiviti bolehlah cuci-cuci mata di gerai berhampiran yang penuh dengan barangan terkini Finding Dory seperti patung, kasut, bag sekolah, botol air dan banyak lagi.

finding dory7

finding dory6

Memang seronok. Imran pun rasa teruja boleh lari sana-sini. Sambil tengok sedutan filem Finding Dory.Finding-Dory

Layari Fanpage Sunway Putra Mall untuk mengetahui aktiviti terkini yang sedang di jalan.

#findingdory #sunwayputramall #justkeepswimming #schoolholidayactivities