Jom cantik Raya bersama Althea Malaysia

Althea Raya Free Giveaway

Salam semua. Duduk tak duduk dah seminggu kita berpuasakan? Mesti yang dah mula buat persiapan untuk raya. Ada yang dah sibuk buat kuih raya, cari baju raya, cat rumah. Serba-serbi nak cantik. Tapi jangan korang lupa bila raya nanti mesti nak nampak cantik kan?

Althea Malaysia

Cakap pasal nak cantik. Dah tentu kena sediakan duit lebih nak beli make up dengan skincare. Supaya raya nanti nak nampak comel ala-ala artis korea. Kalau nak rupa macam k-pop kena lah guna kosmestik dan skincare dari sana. Jadi korang faham-faham jer la. Harga produk dari Korea confirm mahal kalau kita beli dekat store di Malaysia.

So… aku nak dedahkan rahsia macam mana nak dapat produk Korea dengan harga yang berpatutan, akan menyebabkan korang hari-hari surf kat sini…. Korang boleh berbelanja di Althea Malaysia. Bagi yang belum kenal lagi dengan platform online ni. Sebenarnya ia merupakan laman sesawang yang menjual produk kecantikkan Korea. Namakan jenama apa sahaja. Hampir ke semuanya ada. Apa yang lebih menarik harga memang jauh lebih murah dari web pesaing yang menjual produk dari jenama yang sama.

Althea Raya

Okay dah cerita pasal web Althea, sebenarnya aku pun nak beli beberapa produk di sini. Sempena hari Raya ni, Althea Malaysia turut menyediakan kotak bungkusan limited edition. Kotak berwarna hijau pastel ni memang kena dengan tema raya. Sejuk jer mata memandang. Ada 3 saiz kesemuanya.

Althea Raya Free Giveaway

Apa yang lebih istimewa tentang Althea kali ni. Sempena promosi Hari Raya. Bagi menghargai pelanggan di bulan yang mulia ni setiap pembelian produk di Althea, korang akan dapat pilih 1 produk kosmetik secara PERCUMA. Terhad untuk 1 barang bagi 1 pelanggan. Korang kena cepat tau. Tawaran ni selagi stok masih ada. Antara pilihan produk yang korang boleh pilih ialah Etude House Dear Darling Water Gel Tint, It’s Skin Macaroon Filling Cream Cheek, Witch’s Pouch Love Me Blusher dan banyak lagi. Althea Raya Giveaway

 Selain dapat barang percuma dengan pembelian melebihi RM99 kos penghantaran adalah juga PERCUMA. Di terbangkan terus dari Korea. Kualiti terjamin 100% produk asli. Apa tunggu lagi korang boleh dapatkan produk K-Beauty di Althea Malaysia tanpa was-was.