Johnson’s Baby Day and Night Regime

Bila bercakap soal produk yang sesuai untuk kulit bayi. Dalam fikiran aku hanya jenama Johnson’s Baby. Mana taknya turun  temurun dari aku kecik hinggakan anak aku yang bersusia 2 tahun ni pun aku tetap setia dengan Johnson’s Baby. Sebab apa aku gunakan Johnson’s Baby kerana produk ini telah menapak sejak 100 tahun lebih dan sudah tentunya lebih pengalaman dalam penjagaan kulit bayi.

jb17

Banyak lagi sebab-sebab kenapa aku suka bagi anak aku guna Johnson’s Baby. Antaranya produk Johnson’s® Baby diuji secara klinikal sebagai selamat, lembut dan berkesan, justeru memastikan setiap produk menepati piawaian “Best for Baby™ Standard”:

  • selamat, kerana semua bahan mempunyai tujuannya dan disokong oleh bukti saintifik, diuji dengan piawaian ketat yang menepati atau melebihi tahap keselamatan yang diterima; ini termasuk pembungkusan dan juga dakwat yang digunakan untuk mencetak;
  • lembut, Johnson’s® Baby melakukan ujian berulang kali ke atas produk pembersih dengan bantuan pakar bebas untuk menilai potensi produk – daripada agen pembersih hinggalah kepada wangian malah buihnya juga – demi memastikan produk tersebut tidak menyebabkan kemerahan, rasa pedih dan kerengsaan pada kulit, rambut dan mata bayi;
  • berkesan, dengan manfaat dan keberkesanan terbukti untuk menghormati dan menjaga keperluan unik kulit bayi.

Johnson Baby Day Time

Selain selamat dan berkesan. Dengan penggunaan Johnson’s Baby turut mengeratkan hubungan aku dan anakku Imran. Tengoklah, dia pun turut seronok lepas mandi. Tak sabar nak guna bedak, minyak dan losyen. Jom aku kongsikan keseronokkan Akmal Imran dengan product Johnson’s Baby. Untuk mengelak kulit dari bergeser atau ruam aku gunakan Johnson’s baby powder kerana ia menyerap air 2 kali lebih pantas. Cuba tengok tu. Nak sapu bedak sendiri.

jb7

Korang tahu tak, rata-rata  60% daripada bayi mengalami kulit kering?Jadi untuk memastikan kulit anak lembut dan halus. Aku gunakan Johnson’s Baby Lotion untuk melembapkan kulit.Jika nak pastikan kulit sentiasa lembap.. Korang juga boleh gunakan Johnson’s Baby Oil. Ia mengekalkan kelembapan 10 kali lebih pada kulit basah berbanding losyen pada kulit kering. Selain itu, tips dari aku ialah aku suka sapukan baby oil dekat rambut Imran yang tengah basah. Senang di sikat. Selain tu rambut pun sentiasa wangi. Cubalah! Urutan pada setiap kali selepas mandi membuatkan anak sentiasa riang dan mengeratkan kasih sayang antara ibu dan anak.

jb9 jb6

 jb5

Imran pun rasa ceria dan seronok selepas ibu buat spa urutan dekat badan dia. Lepas ni boleh sambung main.

jb3

Aktiviti pada siang hari Imran suka main tangga. So, dah jadi tanggungjawab akulah tengok si kecil ni naik turun tangga. Bila budak semakin membesar semua perkara dia nak teroka. Macam kita juga… heheheh

 jb 10

Selain aku guna regime Johnson’s Baby untuk Imran pada waktu siang. Aku juga suka Johnson’s Baby Bedtime pada waktu malam. Ia sama seperti produk yang digunakan pada waktu siang Cuma rumusan untuk range Bedtime ini memudahkan anak tidur awal dengan lebih lena dan nyenyak. Di rumuskan dengan naturalcalm essence, aroma yang menenangkan.

Johnson Baby Night Time

Selepas gunakan produk Johnson’s Baby Bedtime. Anak manja aku ni akan ajak aku baring sebelah dia. Belai-belai dia sebelum nak tidur. Dah puas bermain dengan ibunya. Apalagi tidur nyenyak di samping patung kegemarannya.

jb13

Imran seronok berlari sambil bawa Johnson’s Baby Bedtime Lotion dan Baby Oil.

jb12

Memang terbukti dengan menggunakan produk ini dapat membantu tidur lena lebih awal.

jb18

Untuk maklumat terkini mengenai produk layari Fanpage Johnson’s Baby Malaysia