Jalan-jalan Mid Valley

Shisseido

Seperti biasa hari ni aku ajak hubby dan anak tercinta pergi window shopping sambil memulakan aktiviti meng-redeem free sample. Kali ni aku pergi kat mid valley. Mula2 tu aku singgah kat center court. Sebab Shiseido ada wat promotion kat situ sempena make me beautiful. Yang aku lak kan rajin belek FB. Jadi aku ada baca satu post kat wall shiseido tu. Untuk 30 orang pertama yang ambil gambar kat dinding yang dia sediakan pastu post kat wall sendiri akan dapat hadiah misteri bernilai RM 60. Aku pun tak ketinggalan la.

 

Dah tunjuk gambar aku kat FB pastu dapat la satu mini lipstick dan make up removal. Aku pun tak pasti memang ini ke hadiah dia. Sebab mungkin ramai yang tak tau ada giveaway ni. Jadi aku pun terima seadanya apa yang dia orang bagi. Sebelum tu berkumpul juga la semua promoter tu pasal nak bagi ke tidak giveaway tu. Mungkin aku ni tak sebahasa dengan dia orang jadi. Aku lantakkan saja la apa dia orang nak cakap. Janji aku follow instruction kat page depa. Hehehe. Woit jangan ingat aku tak tau walaupun bahasa menjadi perbedaan namun kerana “mata kita sama” jadi naluri ku merasakan faham sangat apa yang mengkome dok bertekak pasal nak bagi menda tu.

sd

 

Stesen berikutnyer, Lancome. Aku ni salah seorang penggemar majalah Pearl. Ala.. Majalah AEON untuk membercard dia. Aku baca kat satu page tu dia tulis. Tunjuk Jcard atau sekarang di kenali sebagai AEON Card kat kaunter Lancome AEON Mid Valley, Bandar Utama, Tmn Maluri tu dapat la sample seminggu Lancome SPF Moisture hanya untuk 100 orang sahaja. Huuhuhuhu…. Hampa sikit. Tak dapat. Bukan sebab dah habis tapi barang tak sampai lagi. Adusss…. Sabar jerla Imah…

 

Port last sekali Biotherm. Aku pun gi kat belah LG kebetulan nak gi cari tempat nak makan. Ada lak Biotherm wat promotion kat situ. Tanpa segan dan silu aku tunjuk sms yang aku register kat Website dia. Tadaaa….. Dapat 3 pcs sample Pure-Perfect. Sebelum ni aku nak gi redeem kat Pavillion tapi akak kat situ kata dah habis… Sambil2 redeem yang aku punya. Biotherm pun ada free sample untuk lelaki. Jadi korang tau la kan. Mesti kerja aku register untuk suamiku yang tercinta. Walaupun konfem dia tak akan pakai tapi dek kerana nak mengambil hati aku. Dia pun redeem la untuk collection free sample aku. heheh. So yang lelaki nyer sample tak boleh la aku nak buat review.